Baru-baru ini umat Islam Malaysia digemparkan dengan berita JAIS serbu gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya. Ramai yang memberikan pandangan dan komen mengenai kes serbuan ini. Saya pun masih lagi mencari berita yang benar, sebab banyak sangat versi cerita tentang serbuan tersebut dan susah hendak tentukan yang mana benar dan yang mana tidak benar. Seperti biasa dan telah saya jangkakan, mesti ada setengah pihak yang akan manipulasikan berita yang sebenarnya demi menjaga atau mencari pablisiti murahan. Sepatutnya kita semua kena cari jalan penyelesaian bukan buat masalah ini lebih parah lagi. Exco kerajaan Selangor bagi hal ehwal Islam, Datuk Dr Hasan Ali berkata JAIS melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya semalam kerana terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam. Tindakan ini dilakukan atas aduan orang ramai yang memberikan maklumat menyatakan bahawa kitab Injil dalam bahasa Melayu d...