AMARAN BAHAYA untuk Penduduk di GEBENG KUANTAN PAHANG!

Bismillah,

Dukacita diumumkan bahawa semua penduduk yang tinggal di Gebeng Kuantan dan kawasan2 berdekatan berada dalam BAHAYA

Kenapa? Sebab Kerajaan Negeri Pilihan ANDA telah meluluskan pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth) yang paling besar di dunia, di Gebeng, Kuantan.

Wow! Terbesar di dunia? Mesti duitnya pun besar juga kan🙄

Cukup!
Jangan berasa seronok dulu. Projek  ini tidak diumumkan kepada awam. Tidak disiarkan di akhbar arus perdana (kalau ada pun mesti cerita keuntungan saja). So kita tidak bersempatan menilai baik buruk projek ini. Alhamdulillah ada sumber berita lain yg boleh membuka mata hati kita, insyaALLAH.

Ketahuilah wahai penduduk GEBENG dan kawasan yang berdekatan dengannya, jika projek ini diteruskan juga, bersedialah untuk mendedahkan diri kita, anak2 kita dan cucu cicit kita dengan kesan pencemaran (RADIASI) yang akan dibebaskan oleh pusat ini.


Bukan sesuatu yang pelik kenapa kerajaan Negeri Pahang sanggup meluluskan projek ini.  Kerana duitlah jawabnya. Siapa tak nak duitkan. Lagipun orang kuat projek ini dan mereka yang meluluskan projek ini tidak tinggal  menetap di kawasan berhampiran dengan GEBENG.

Inikah maksud Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan?

Miskin sangatkah Kerajaan Negeri Pahang sampai sanggup mengadaikan nyawa rakyatnya? (juga nyawa makhluk ALLAH lain yang turut menumpang berteduh di negeri ini). Wallahualam.


Gambar di bawah menunjukkan kerja2 projek yang dijalankan...








Sebab projek ini mesti kita dibantah dan kita hentikan!

•Tidak terdapat sebarang pengumuman awam sepenuhnya berhubung projek yang dicadangkan ini. Oleh itu, tidak terdapat sebarang ruang bagi orang ramai untuk meneliti cadangan langkah pencegahan dan potensi risiko dan mengemukakan bantahan mereka.


•Penilaian kesan alam sekitar lengkap tidak diperlukan memandangkan terdapat kelemahan dalam undang-undang kita.

Kenyataan syarikat yang menyatakan terdapat pendedahan paras rendah kepada radiasi amat membimbangkan kerana tidak terdapat paras selamat atau nilai ambang pendedahan radiasi pengionan.

•Untuk jangka panjang, pendedahan paras rendah (kronik) kepada radiasi amat berbahaya kerana tisu hidup dalam tubuh boleh mengalami kerosakan oleh radiasi pengionan.

•Pendedahan kepada sisa radioaktif boleh menyumbang kepada peningkatan insiden leukaemia awal kanak-kanak, kanser, keguguran, mencacatkan sistem imun dengan bilangan sel darah putih rendah yang luar biasa, paras plumbum yang tinggi kepada kanak-kanak yang boleh membawa kepada keracunan plumbum.


Kanak-kanak lebih mudah terjejas kepada kesan bahaya bencana radiasi berbanding penduduk umum kerana tubuh mereka menyerap dan memetabolismekan bahan secara berbeza, dan kerana mereka lebih cenderung mendapat kanser tertentu daripada pendedahan itu.

Kanak-kanak yang lahir daripada ibu bapa yang terdedah kepada radiasi boleh terjejas oleh pendedahan itu juga.

•Tidak terdapat cara yang selamat untuk melupuskan sisa yang dijana daripada loji penapisan itu.



Anda masih tidak berasa apa2?

Anda sepatutnya berasa risau. Anda yang tinggal berdekatan  perlu berasa risau.
Sesiapa yang ada saudara mara tinggal berdekatan juga patut berasa risau. Sesiapa yang lalu/mungkin lalu kawasan Gebeng, KUANTAN ini juga patut berasa risau.
Pencinta alam juga patut berasa risau.
Pencinta haiwan juga patut berasa risau. Kesimpulannya semua orang patut berasa risau dan mengambil berat masalah ini.


Paling dirisaukan sebenarnya  adalah anak2 (generasi kita).


Berdasarkan kepada semua risiko di atas:
Patutkah kita semua terus berdiam diri? TOLONG JANGAN BERDIAM DIRI.
Adakah kerajaan bersedia untuk mengorbankan nyawa demi untuk mendapatkan keuntungan? 


Kerajaan Negeri PAHANG mesti hentikan projek ini dgn segera!





SUMBER BERITA

Ulasan

  1. walaupun anda tidak tinggal b'dekatan, radiasi juga bole dibawa oleh angin, awan yg b'alih o angin, dan air ujan...so kita sume patut alert & b'sama2 m'desak kjaan negeri m'hentikan projek ini ngan apa cara skalipun...
    ..dan m'halang apa jua usaha kjaan nak mdirikan loji nuklear!

    BalasPadam
  2. sy copy yang ni je boleh ke??
    kalo boleh, bebila masa je,
    memang nak cuba naikkan isu ni, tapi ruang nak mengarang tu payah skrg ni..

    BalasPadam

Catat Ulasan

BACAAN POPULAR

Pesanan Buat Semua Pelajarku

Kod Makanan E471, E472 - Halal atau Haram?

BAHAYA POLISTERIN: Tolong Berhati-hati

SAPS Memang Lembab! Tensionnya.

Jumpa di FACEBOOK