Gambar kredit GreenBoc Tindakan Kerajaan Negeri Pahang yang telah meluluskan permohonan Syarikat Lynas Corporation Ltd untuk membina sebuah kilang memproses dan penapisan ‘rare earth’ telah menimbulkan bantahan daripada penduduk setempat. Bantahan ini dibuat kerana bahan ‘rare earth’ yang bakal diimport dari Australia itu dikatakan mengandungi bahan radioaktif. Menurut laporan berita New York Times, seramai 2,500 orang pekerja terlibat dalam pembinaan kilang tersebut yang menelan sebanyak AS$230 juta. Dalam masa yang sama proses perundingan dengan penduduk setempat masih berjalan.