Bahaya Sate
Anak-anakku pengemar sate...termasuk baby Izzat. Sekarang sudah berumur satu tahun lebih. Sudah pandai makan sate sendiri. Sate kegemaran anak-anak hanya Sate Kajang Hj Samuri . Mereka makan sate begitu sahaja tanpa kuah kacang. Budak2lah katakan.... Aku dan suami suka Sate Hj Samuri kerana kuah kacang dan sambal cilinya yg sedap. Resepi tersendiri. Rasa sate kajang sebenar gitu...:) Aku sebenarnya dah lama tahu sate atau apa2 makanan yg dibakar atas arang memang tidak baik untuk kesihatan...cuma kadang-kala terlupa atau lalai. Pagi rabu semalam barulah aku tersedar semula bahaya sate ni. Alhamdulillah...ada hikmahnya menunggu lama di Klinik Pediatrik pagi rabu semalam.