BAHAYA POLISTERIN: Tolong Berhati-hati





Seorang rakan guru memberitahu yang dia sekeluarga biasa makan nasi bungkus saja. Hampir setiap hari nasi bungkus. Keletihan bekerja seharian (+ membuat kerja2 rumah) menjadikan cara 'nasi bungkus' adalah termudah dan terpantas. Kalau dibungkus dengan kertas minyak mungkin tak apa (daun pisang lagi bagus:), masalahnya nasi bungkus hari ini banyak menggunakan polisterin.


BAHAYA POLISTERIN PADA KESIHATAN

POLISTERIN  biasa digunakan sebagai tempat makan styrofoam, tempat minum sekali pakai dan lain-lain. Ia  merupakan polimer aromatik yang dapat mengeluarkan bahan styrene apabila terkena haba panas.  Menurut Foundation for Advancements in Science and Education (FASE) pula menyatakan bahawa styrene, komponen utama dalam polistiren ini berpotensi untuk bercampur dengan makanan panas yang dimasukkan ke dalam bekas makanan polistiren.


Selain polisterin, styrene juga terdapat dari asap rokok, asap kenderaan dan bahan konstruksi gedung. Bahan ini harus dihindari, kerana selain berbahaya untuk kesihatan otak ia juga mengganggu hormon estrogen pada wanita yang mengakibatkan masalah reproduksi, pertumbuhan dan sistem saraf. Ketika dibakar, bahan ini akan mengeluarkan api berwarna kuning jingga dan meninggalkan jelaga.


ADAKAH KITA INGIN TERUS MENGADAI KESIHATAN KITA & ANAK2 KITA?





Menurut kajian yang dijalankan oleh Institute for Energy and Environmental Research (IEER) pada tahun 1992, polisterin yang dihasilkan dengan menggunakan HCFC-22 berkeupayaan mengancam persekitaran 3 hingga 5 kali lebih tinggi berbanding bahan-bahan buangan yang lain.

Malah Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat menyenaraikan polistiren sebagai bahan buangan yang ke lima paling bahaya untuk persekitaran serta mengancam sumber semulajadi.



BUMI BAGAIMANAKAH YG HENDAK KITA WARISKAN KPD ANAK2 KITA?







Admin :
- Kalau tiada pilihan, pastika makanan sejuk dahulu sebelum dimasukkan dalam polisterin
- Tolong berhati2 juga dalam pemilihan bahan plastik yg lain : GRED BAHAN PLASTIK




Ulasan

BACAAN POPULAR

Kod Makanan E471, E472 - Halal atau Haram?

Panduan Menyiapkan Tugasan PT3 SEJARAH 2015

Kawan Terbaik Sekolah Menengah

Pesanan Buat Semua Pelajarku

Old Malaya Kopitiam GANTI Old Town White Coffee