Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Aku dan Islam

Berhenti Bersembunyi

Imej
“kamu semakin jauh daripada islam. Kamu lebih sukakan hiburan..” kata seorang rakan guru semalam kepada murid-murid seusai ceramah israk mikraj. Rakan guru tersebut (mungkin juga rakan-rakan guru lain) berasa geram kerana kebanyakan murid mulai bersembang sedangkan penceramah belum lagi turun daripada pentas.  Bergerak saja penceramah ke kantin untuk kudapan, murid-murid terus dihadiahkan dengan tazkirah percuma oleh guru bertugas. Gambar hiasan

Hati Yang Khusyuk?

Bismillah... Ini kali kedua aku balik kampung selepas kembali kepada Islam. Kali ini aku balik melalui Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam. Ramai kaum kerabat tinggal dan mencari rezeki di sini. Aku transit di rumah ibu saudaraku (adik kepada ibuku) di Kem Polis Jalan Mata-mata Gadong. Sejak zaman sekolah menengah aku memang selalu ke sini. Setiap kali ke Brunei, mesti singgah di sini. Kadang-kadang bermalam, kadang-kadang balik hari. Mereka bukan islam tetapi telah biasa bergaul dengan orang islam di negara ini. "Antie, saya hendak tumpang solat" "Ok. Tapi tiada sejadah di sini"

Aku Dan Sekawan Semut

Imej
Assalamualaikum wbt semua, Aku ingin berkongsi 2 pengalaman ajaib awal pengislamanku di sini. Memang ajaib. Kenapa ajaib? Sebab pengalaman ini sangat langka dan terlalu mustahil untuk aku alami lagi waktu ini, setelah bergelar mukhalaf.  Bismillah, Pengalaman pertama Pengalaman ini pengalaman aku dengan binatang syurga iaitu semut. Aku mempunyai pengalaman yang sangat manis dengan tentera semut ni.

Islam Pilihanku, Ayah Ibu

Bismillah... Ketika menghadiri Kursus Asas Perbandingan Agama kelolaan Interative Da'wah Training (IDt) , aku berpeluang berkenalan dgn seorang saudara baru (muslimah). Kebetulan dia duduk bersebelahan denganku. Orangnya masih sangat muda. Aku kira dia masih belajar lagi. Berbangsa cina. Aku tahu dia berbangsa cina apabila terdengar dia bercakap dengan seorang urusetia yg berniqab. "Masih belajar ke? Kat mana?" "UNITAR.." "Berapa lama dah memeluk islam?" "2 tahun.." "Satu family atau awak seorang saja?" "Saya seorang..." "Parents dah tahu ke?" "Belum.."

Misteri Al Kitab : Persamaan Ajaran Kristian dengan Islam

Bismillahirahmanirahim... ( Bacalah dgn  nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...) Nabi Isa as (Yesus) diutus oleh Allah swt sebagai rasul bukan untuk menidakkan hukum Taurat (ajaran nabi2 sebelum baginda) tetapi melengkapkannya. " Janganlah kamu menyangka, bahwa Aku datang untuk meniadakan hukum Taurat atau kitab para nabi. Aku datang bukan untuk meniadakannya, melainkan untuk menggenapinya." (Matius 5 : 17) Ajaran nabi2 sebelum kedatangan Yesus diceritakan dalam perjanjian lama. Oleh itu perjanjian lama sepatutnya diterimapakai oleh gereja2 pada hari ini. Namun kebanyakan gereja hari ini menolak perjanjian lama dan hanya berpandukan perjanjian baru terutama surat2 yg ditulis oleh Paulus . Entri kali ini menyingkap misteri Al Kitab yg ada ajarannya menyamai amalan muslim (orang islam) hari ini. Ajaran ini diamalkan oleh muslim tetapi TIDAK diamalkan oleh gereja dan penganut kristian hari ini.

Perbezaan Asas Agama Kristian dan Islam

Imej
  Assalamualaikum wbt...:)       Semasa aku beragama kristian dulu, Al Kitab adalah sahabat baikku. Aku memang selalu membaca Al Kitab. Setiap kali sebelum tidur aku akan membaca Al Kitab. Al kitab aku akan letakkan di tepi bantalku betul-betul dekat kepalaku..entahlah mungkin sebagai protection atau memudahkan aku mencapainya.   Selama 23 tahun hidup sebagai penganut kristian..rasanya aku telah khatam Al Kitab itu lebih 10 kali...(sebenarnya aku tak kira pun). Aku lebih suka membaca Perjanjian Lama berbanding Perjanjian Baru. Perjanjian Lama banyak bercerita tentang kisah2 nabi sebelum Nabi Isa as. Perjanjian Baru kebanyakkannya mengandungi surat2 pengikut Jesus. Daripada 27 surat (jemaah kristian lebih suka mengelarnya sebagai injil), 11 adalah surat yg ditulis oleh Paulus atau Saint Paul.     Siapakah Saint Paul?