Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2013

Syawal Yang GELAP:'(

Imej
Salam Syawal buat semua pengikut dan pembaca blog ini :) Alhamdulillah raya tahun ini aku berpeluang balik beraya ke rumah panjang indai (ibu). Aku sekeluarga berada di sana selama dua hari dua malam. Seronok sangat rasanya. Seronok dapat bertemu dan bermesra dengan ibu, adik beradik dan keluarga mereka, datuk nenek dan juga saudara mara sekampung:) Rumah indai. Rumah jiran di kiri kanan belum siap. Jadi belum boleh dipanggil rumah panjang. Keseronokan beraya  di rumah indai masih mengharukan mengenangkan nasib indai dan orang kampung yang belum terbela. Negara kita telah lebih 55 tahun merdeka, tetapi....  Nasib orang kampungku  masih belum terbela.