Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2013

Old Malaya Kopitiam GANTI Old Town White Coffee

Imej
Bagi pengemar2 Old Town White Coffee inilah masanya untuk bertukar selera kepada Old Malaya Kopitiam, khasnya pengemar2 muslim.   Umum sedia maklum yg Old Town White Coffee begitu banyak kontroversi dalam bab kehalalannya;). So...alternatif lain untuk pengemar muslim, Old Malaya adalah pilihan terbaik. Kenapa OLD MALAYA Kopitiam?

LEGOLand Part 3 : Singgah di Singapura:)

Imej
Hari Ahad kami sekeluarga memang plan nak jalan-jalan di Singapura. Kami fikir  urusan kastamnya seperti urusan kastam di Brunei....   Passport kami anak beranak memang dah sedia...tiba-tiba sampai di Imigresen Johor (kompleks Sultan Abu Bakar) suami teringat dia tidak membawa salinan  passport  kereta ( Green Card la...). Adoii...Hendak dijadikan cerita semasa hendak keluar dari kompleks tersebut untuk patah balik ke Johor Bahru, suami tersilap belok..sepatutnya belok ke kanan tetapi suami belok ke kiri...So selamat datang ke Singapura jawabnya.   Di  tengah2 jambatan suami buat U Turn balik ke Johor. Nasib baik ada tempat untuk U Turn.   Macam mana hendak ke Singapura...kalau kereta tiada passport? hishishis...   Aku mencadangkan supaya kami naik bas sahaja. Tetapi...selepas  lunch di KFC Johor kami memandu ke Singapura. Suami bersedia menanggung risiko. Paling penting kami semua ada passport. Selagi ada passport, kami adalah pelancong dengan izin...hehehe:)

LEGOLand Part 2 : Perkara Yang Perlu Diambil Perhatian

Imej
Alhamdulillah... akhirnya  sampai juga kami di Johor Bahru (JB)...iaitu kira2 jam 1.30 am. Anak2 semua tertidur dalam perjalanan.   Kami terus check in di Hotel Tune Teluk Danga JB . Ini sajalah hotel yg ada bilik kosong untuk kami malam itu. Hotel2 lain baik yg 5 bintang hingga ke 3 bintang seperti Hotel Tune ini semuanya full house . Malam itu   full house , malam esoknya pun full house . Maklumlah cuti sekolah...   Ada beberapa perkara  rakan2 pembaca perlu ketahui sebelum merancang utk bersuka-suki di JB @ Legoland ... Perkara2 ini sesangatlah penting:)     1. Tempah bilik hotel kesukaan dan beli tiket Legoland awal2 ... jika tidak akan dapatlah bilik kecik macam kami ini. Ini semua gara2 last minute :) 

LEGOLand Part 1 : Transit Di Kluang Johor

Imej
  Percutian ke Legoland kali ini tiada dalam perancangan. Perancangan awal hanya hendak merehatkan diri di rumah di Bangi + menyiapkan kerja2 sekolah....tentu sekali fail2 SPBBS.   Tetapi selepas terbaca blog beberapa orang blogger betapa best nya percutian di Legoland bersama keluarga ....so aku gunakan daya pujukku memujuk suami untuk bercuti di sana. Anak2 mesti suka. Suami kata pun kata ok...   Kami bertolak selepas solat Jumaat (31hb Mei). Pelan asalnya hendak terus ke Johor Bahru (JB)...tetapi kami terpaksa transit sekejap di Kluang untuk menyinggahkan dua orang cucu sedara suami yg belajar di sebuah sekolah arab di situ...     Sekolah Menengah Arab ini dibina atas tanah wakaf. Berada dalam bidang kuasa MAIJ... dengarnya KPM hendak mengambil alih sikit demi sikit bermula dengan menempatkan pengawal keselamatan. Guru HEM memberitahu KPM dalam usaha 'meneliti' sukatan pelajaran sekolah ini.