LEGOLand Part 1 : Transit Di Kluang Johor


 
Percutian ke Legoland kali ini tiada dalam perancangan. Perancangan awal hanya hendak merehatkan diri di rumah di Bangi + menyiapkan kerja2 sekolah....tentu sekali fail2 SPBBS.
 
Tetapi selepas terbaca blog beberapa orang blogger betapa bestnya percutian di Legoland bersama keluarga....so aku gunakan daya pujukku memujuk suami untuk bercuti di sana. Anak2 mesti suka. Suami kata pun kata ok...
 
Kami bertolak selepas solat Jumaat (31hb Mei). Pelan asalnya hendak terus ke Johor Bahru (JB)...tetapi kami terpaksa transit sekejap di Kluang untuk menyinggahkan dua orang cucu sedara suami yg belajar di sebuah sekolah arab di situ...
 
 
Sekolah Menengah Arab ini dibina atas tanah wakaf.
Berada dalam bidang kuasa MAIJ...
dengarnya KPM hendak mengambil alih sikit demi sikit
bermula dengan menempatkan pengawal keselamatan.
Guru HEM memberitahu KPM dalam usaha 'meneliti' sukatan pelajaran sekolah ini.
 
Singgah solat jamak dan qasar di Masjid berdekatan dengan sekolah.
(aku terlupa namanya...)


Selepas solat...singgah makan malam di sebuah restoran melayu Thailand.
Tak tahu nama restoran ini. Tak nampak tanda nama. Hanya lampu2 berkelipan.
Dah hendak selesai makan baru ingat hendak ambik gambar.
 

Inilah rupa hadapan restoran tu. Orang Kluang mesti tahu kan...
Model celik ini Batrisyia. Perut dah kenyang, mestilah happy:)
 

Kami tidak berada lama di Kluang.
Selesai makan...kami terus bergerak ke JB.
So tidak banyak gambar yg boleh diambil.
 
 
Kami bermalam di Tune Hotel JB malam itu.
Siang esok hendak bersuka2 di Legoland:)
 
 
 
 
 
 
Admin :
Pekan Kluang mengingatkan aku pada kampung halaman...hati menjadi sayu.
Selamat hari gawai buat indai, adik beradik, saudara mara dan rakan2 yg berada di Limbang dan Brunei. I MissUaLL
 
Ini bukan entri politik:)
 
 

Ulasan

BACAAN POPULAR

Kod Makanan E471, E472 - Halal atau Haram?

Pesanan Buat Semua Pelajarku

BAHAYA POLISTERIN: Tolong Berhati-hati

Kenapa Aku Menjadi Cikgu?