Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2011

MENANGISI MURTAD DAN ZAKAT

Imej
Minggu lepas saya dan beberapa orang sahabat pergi menemui salah seorang dari 12 individu yang dikaitkan dengan isu murtad baru-baru ini. Dia seorang janda yang mempunyai tiga orang anak. Usianya masih muda. Latar pendidikannya saya rasa ‘amat sederhana’. Saya tidak pergi untuk mempersalahkannya kerana pergi ke gereja dan terjebak dalam usaha kristiansasi. Saya pergi untuk membolehkan dia merasakan bahawa masih ramai yang ingin mengambil berat tentangnya. Lebih penting lagi, saya pergi untuk mengetahui apakah yang membawa dia sehingga terpaksa meminta simpati dan bantuan hidup dari pihak gereja.

Video : Salam Ramadan Dari SOMALIA

Imej
Renung sejenak suasana ramadan di Somalia ... "Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya  hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain." (Maksud Hadis Riwayat: Imam Ahmad) 

SAPS Memang Lembab! Tensionnya.

Imej
Apakah Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah?: Berdasarkan keputusan mesyuarat bersama Unit NKRA KPM, ketetapan telah dibuat bahawa semua guru SEKOLAH RENDAH dan SEKOLAH MENENGAH seluruh negara perlu mengisi markah ujian dan peperiksaan hanya melalui SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS). Ini bermakna semua sistem yang digunakan di JPN seperti ISIS akan dimansuhkan. Sehubungan dengan itu, semua guru SEKOLAH RENDAH dan SEKOLAH MENENGAH TERMASUK SBP perlu mengisi markah UJIAN BULAN MAC, PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN, PEPERIKSAAN PERCUBAAN/UJIAN BULAN OGOS DAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN di SAPS ini. SAPS ini  memang teruk. Lambat! Lembab!. Secara purata masa yg digunakan untuk key in markah satu matapelajaran bagi seorang murid ialah sejam. Bayangkan kalau 35 orang murid satu kelas, takkah 35 jam? Mengarut. Itu belum lagi matapelajaran lain, kelas lain. Alahaiii...!

JAIS Serbu Gereja - Penyebaran Agama Kristian atau Bantuan Ikhlas?

Imej
Baru-baru ini umat Islam Malaysia digemparkan dengan berita JAIS serbu gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya. Ramai yang memberikan pandangan dan komen mengenai kes serbuan ini. Saya pun masih lagi mencari berita yang benar, sebab banyak sangat versi cerita tentang serbuan tersebut dan susah hendak tentukan yang mana benar dan yang mana tidak benar. Seperti biasa dan telah saya jangkakan, mesti ada setengah pihak yang akan manipulasikan berita yang sebenarnya demi menjaga atau mencari pablisiti murahan. Sepatutnya kita semua kena cari jalan penyelesaian bukan buat masalah ini lebih parah lagi. Exco kerajaan Selangor bagi hal ehwal Islam, Datuk Dr Hasan Ali berkata JAIS melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya semalam kerana terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam. Tindakan ini dilakukan atas aduan orang ramai yang memberikan maklumat menyatakan bahawa kitab Injil dalam bahasa Melayu d

Kisah Di Sebalik Pembesar Suara:)

Imej
  Benarkah berita ini?....

Kod Makanan E471, E472 - Halal atau Haram?

Imej
Selepas tamat sesi persekolahan petang semalam, kami (guru2) menghadiri ceramah "Kerja Itu Satu Ibadah" oleh seorang ustaz jemputan dari YPEIM Pahang. Pengisiannya memang menarik sehingga menimbulkan panik (dalam hati) di kalangan guru apabila sampai kepada makanan halal dan haram yg terdapat di pasaran. Kebanyakkan makanan yg dikatakan haram (kerana mengandungi Kod E471, E472 dan lain-lain) itu memang banyak terdapat di pasaran dan biasa kita makan. Kebanyakannya terdapat pada produk berasaskan tenusu juga makanan ringgan.

Budaya Fitnah - Tanda Kejatuhan Sebuah Kerajaan

Imej
Aku sebagai guru sejarah selalu berpesan kepada para pelajarku supaya belajar melalui sejarah. Sesiapa yang tidak mengambil pengajaran daripada sejarah akan mengulangi kesilapan sejarah itu. Inilah yang banyak berlaku pada pemimpin kita hari ini. Rasuah berleluasa. Harta rakyat dibuat seperti harta sendiri. Budaya fitnah memfitnah kerana kepentingan peribadi dan politik bermaharajalela. Ingatlah keruntuhan sesebuah kerajaan seringkali berpunca daripada penyebaran fitnah dalam politik.          Ilustrasi : Kejatuhan Kerajaan Melaka 1511 berpunca dari budaya rasuah dan fitnah berleluasa Di Malaysia, penggunaan fitnah sebagai senjata politik dapat dilihat apabila golongan politik sejak dahulu lagi kerap menyalahgunakan agama untuk menarik sokongan orang ramai. Begitu mudah bersumpah "dengan nama ALLAH" untuk membenarkan perbuatan mereka. Isu ini mungkin telah basi bagi sesetengah orang tetapi itulah yang berlaku dan akan terus berlaku da