Kisah Di Sebalik Pembesar Suara:)

  Benarkah berita ini?....



Apa cerita sebenarnya...?


(JHEAIPP) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu
menghentikan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara
 pada waktu subuh kerana amalan itu bercanggah dengan hukum syarak
dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.



Sebenarnya kerajaan negeri Pulau Pinang tidak pernah campur tangan dalam sebarang keputusan Majlis Fatwa Negeri yang melarang pembacaan Al Quran menggunakan pembesar suara sebelum azan subuh. Keputusan itu dibuat pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad dan dianggotai oleh para ulama, professional agama serta wakil daripada istana.

Lebih berita di MalaysiaKini

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin  pun turut menyokong fatwa ini. Beliau berkata,  "apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan dan selain itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain."

Lebih berita di Kelab GreenBoc

 
 
Orang melayu kita sangat cepat melatah. Sepatutnya gunalah akal yg dikurniakan oleh ALLAH SWT untuk mengkaji dan menyelidik dulu sesuatu berita sebelum mengambil keputusan mempercayainya atau tidak.


Justeru itu Allah berfirman dalam Al Quran, ayat 6, Surah Hujuraat, maksudnya, “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpa sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan.”


 
 

Ulasan

BACAAN POPULAR

Kod Makanan E471, E472 - Halal atau Haram?

Pesanan Buat Semua Pelajarku

BAHAYA POLISTERIN: Tolong Berhati-hati

Kenapa Aku Menjadi Cikgu?