Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Cerita Cikgu

Mahalnya Sumbangan PIBG

Imej
"Keluarga saya dikecualikan membayar PIBG cikgu" "Kenapa?" "Cikgu boleh tanya Cikgu Mala, kenapa? Tahun lepas pun dia kecualikan saya" (Mala bukan nama sebenar😊) . Sejak kebelakangan ini kecoh berkenaan sumbangan PIBG. Kononnya guru menyalahgunakan duit PIBG  untuk kegunaan majlis hi-tea guru. Amboi mulut... . Contoh seorang ibu yang tidak  pernah hadir mesyuarat agung PIBG Kekecohan ini ditimbulkan oleh segelintir kecil ibu bapa yang tidak pernah hadir mesyuarat pibg, yang tidak aktif program PIBG. Diorang ingat guru-guru serakus itu ke? Jamuan hi-tea guru menggunakan duit kelab guru. Tiada sesen pun menggunakan duit PIBG. Jika ada pun, sekadar tajaan 1-2 hadiah untuk cabutan bertuah. Itupun kena tulis surat rasmi dan menghadap muka YDP PIBG (iaitu bapa murid). . Contoh seorang bapa yang tidak pernah hadir mesyuarat agung PIBG . Ada juga mulut gatal yang menuduh sekolah paksa rela ibu bapa membayar sumbangan PIBG. Amboi amboi🙄 (P...

KBAT: Relevankah?

Imej
Bismillah... BEBERAPA bulan sebelum saya berhenti mengajar di sekolah, saya sempat mengikuti latihan memperkenalkan sistem Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan iThink. Saya masih ingat, pertama kali kami warga guru diperkenalkan dengan perkataan KBAT dan iThink ini di bilik mesyuarat oleh seorang jurulatih yang sudah saya lupa nama dan jawatannya. Latihan di bilik mesyuarat itu berjalan dua kali, sebelum kami para guru diberikan ultimatum untuk terus mengaplikasikannya di kelas. Saya masih ingat lapan peta pemikiran iThink atau “thinking maps” yang wajib ditampal di belakang kelas kerana diwajibkan oleh guru besar. Peta tersebut adalah peta pelbagai alir, peta buih, peta buih berganda, peta alir, peta dakap, peta bulatan, peta titi dan peta pokok. Bagaimanapun sudah pastilah saya agak skeptik dengan projek ini. Saya tidak dapat memahami aspirasi orang luar yang tiba-tiba datang ke sekolah kami dan mula mengajar-ajar guru bagaimana mengajar dan lebih dahsyat, memaksa ...

Panduan Menyiapkan Tugasan PT3 SEJARAH 2015

Imej
Bismillah.... Tugasan PT3 Sejarah adalah berdasarkan dokumen Persetiaan Persekutuan 1895 Tugasan mestilah mengandungi beberapa perkara seperti di bawah: 1.  Tajuk kajian 2.  Nama penulis      3. Kandungan      Pengenalan- menjelaskan latarbelakang perjanjian dan menggambarkan keseluruhan kajian         secara umum        Menjelaskan faktor pemeteraian persetiaan persekutuan 1895        Menganalisis kesan setiap butiran perjanjian terhadap negeri-negeri melayu       Menghubungkait pembentukan persekutuan dengan kedaulatan malaysia       Rumusan         Sumber rujukan Nasihat saya kepada murid-murid...

Kemiskinan Tidak Salah

Imej
Dua orang murid kelasku dibuang sekolah. Sedih juga mengenangkan. Mereka bukanlah murid yang jahat. Keduanya agak pendiam ketika dalam kelas. Tidak banyak membantah jika diminta membuat kerja sekolah. Cuma sesekali mereka menjadi malas dan perlu dipujuk. "Ya cikgu" itulah jawapan yang mereka selalu berikan.

Gangster Cap Ayam

Imej
Bismillah.... . Aku ingin berkongsi kisah benar. Kisah benar yang dialami kebanyakan guru yang mengajar sekolah harian. Tiada yang tak benar, melainkan yang benar belaka😂. Pada suatu hari..

Transformasi Caca Marba

Bismillah... Dalam laporan UN Education Index Malaysia berada di kedudukan 98 daripada 181 negara. Manakala kajian “Programme for International Student Assessment” (PISA), Malaysia corot di tangga 55 daripada 74. Bagi keputusan kajian “Trends in Mathematics and Science Study” (TIMSS) 2011 pula menunjukkan penurunan prestasi Matematik dan Sains mendadak sepanjang empat kali penilaian daripada tahun 1999.” Apakah maksud semua laporan penilaian pendidikan antarabangsa ini? Maksudnya, para pelajar Malaysia adalah antara yang paling lemah apabila dibandingkan dengan pelajar-pelajar lain di seluruh dunia. Namun begitu... Dilaporkan juga Gred Purata Nasional (GPN) untuk peperiksaan PMR meningkat ketara untuk 5 tahun yang lalu iaitu 2.83 pada 2008, 2.78 pada 2009, 2.74 pada 2010 dan terbaru 2.71 pada 2011. Bilangan pelajar yang mendapat A di dalam Matematik juga meningkat dari 26.7 peratus pada 2010 kepada 28.9 peratus pada 2011 manakala untuk subjek Sains pula meningkat dari ...

SELAMAT HARI GURU : 1 Aspirasi 1 Agenda

Imej
    Selamat Hari Guru buat semua guru yg pernah mendidikku...

SPPBS: Apa Sudah Jadi?...Part II

Inilah yang aku DAPAT setiap kali hendak memasukkan prestasi SPPBS murid. Kalau berterusan begini bila agaknya kerja hendak siap? Server Error 500 - Internal server error. There is a problem with the resource you are looking for, and it cannot be displayed. Hanya prestasi SEGAK dan SATU eviden sejarah sahaja yg dapat dimasukkan ke dalam sistem SPPBS sejak DUA MINGGU lepas. Alahaiii... ADMIN : Aku tidak menghadap Lap Top 24 jam okay...

SPPBS : Apa Sudah Jadi?...Part I

Imej
Assalamualaikum wbt... Sistem Pentaksiran Pendidikan Berasaskan Sekolah (SPPBS) adalah sistem yg nampak comel atas kertas....namun SPPBS adalah antara sistem pendidikan yang tidak relevan yang pernah diperkenalkan. Kenapa SPPBS tidak relevan?

Apasal Kau Mengamuk Kat Aku? Aku Ada Ambik Laki Kau ke?

Imej
Assalamualaikum wbt... . Mengajar sesi petang tidaklah teruk sangat. Tidak seteruk pengalaman mengajar sesi petang di awal posting aku dulu... . Satu tika dulu darah memang naik sampai ke kepala, dada selalu terasa panas; baru hendak memulakan bicara, murid-murid terkejar ke sana terkejar ke sini. Boleh kau bayangkan? . Bukan semua, beberapa orang. Beberapa orang pun tetap menganggu pengajaran dan pembelajaran (PdP). Masa dihabiskan untuk menegur mereka. Kesian murid lain yang nak belajar. . Sekarang pun masih ada beberapa orang murid yang masih bersikap keanak-anakan; terutama murid lelaki. Cuma pengalaman membentuk kita menjadi lebih matang, lebih bersabar dan lebih pintar berdepan dgn kerenah murid seperti itu (Sabarkanlah aku Ya Allah). . Murid-murid bukanlah masalah utama. Di mana-mana sekolah harian pun sama. Memang ada murid nakal, ada murid pendiam. Jika pun ada 'gangguan' dalam kelas, semuanya akan berakhir apabila kaki melangkah keluar dari kelas....

Guru Hanya Mengajar BUKAN Mendidik?

Imej
Gambar sekadar hiasan   Disiplin pelajar sekolah semakin merosot hari ini apabila para guru tidak berupaya membentuk disiplin mereka kerana dihadkan oleh Kementerian Pelajaran.

eTukar : KPM Terlepas Pandang?

Imej
Anak2ku : Alif dan Batrisyia di KLIA bulan September baru2 ini Semua guru di sekolahku yang memohon eg-Tukar antara negeri untuk Januari 2012 "TIDAK DILULUSKAN" oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Adakah KPM terlepas pandang?

SAPS Memang Lembab! Tensionnya.

Imej
Apakah Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah?: Berdasarkan keputusan mesyuarat bersama Unit NKRA KPM, ketetapan telah dibuat bahawa semua guru SEKOLAH RENDAH dan SEKOLAH MENENGAH seluruh negara perlu mengisi markah ujian dan peperiksaan hanya melalui SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS). Ini bermakna semua sistem yang digunakan di JPN seperti ISIS akan dimansuhkan. Sehubungan dengan itu, semua guru SEKOLAH RENDAH dan SEKOLAH MENENGAH TERMASUK SBP perlu mengisi markah UJIAN BULAN MAC, PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN, PEPERIKSAAN PERCUBAAN/UJIAN BULAN OGOS DAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN di SAPS ini. SAPS ini  memang teruk. Lambat! Lembab!. Secara purata masa yg digunakan untuk key in markah satu matapelajaran bagi seorang murid ialah sejam. Bayangkan kalau 35 orang murid satu kelas, takkah 35 jam? Mengarut. Itu belum lagi matapelajaran lain, kelas lain. Alahaiii...!

Sekolah-sekolah Kenangan:)

Imej
Suamiku diarahkan berpindah kerja lagi. Ini kali ketiga sepanjang tempoh hampir 6 tahun usia perkahwinan kami. Sudah 4 buah rumah sewa... Sudah 3 buah sekolah..( 2 semasa aku masih bujang..hehehe) Sudah 7 org pengasuh...