Kemiskinan Tidak Salah


Dua orang murid kelasku dibuang sekolah.

Sedih juga mengenangkan. Mereka bukanlah murid yang jahat. Keduanya agak pendiam ketika dalam kelas. Tidak banyak membantah jika diminta membuat kerja sekolah. Cuma sesekali mereka menjadi malas dan perlu dipujuk.

"Ya cikgu" itulah jawapan yang mereka selalu berikan.


Mengikut rekod mereka tidak pernah terlibat dengan mana-mana pergaduhan sebelum ini. Tetapi hari itu atas niat 'menolong' seorang rakan, mereka turut 'menolong' membelasah seorang murid lain. 'Tolong menolong' lima lawan satu.

Semua dibuang sekolah.
Dapatkan sim kad ajaib di KedaiGloria
Keduanya bukan anak orang kaya. Salah seorangnya aku agak kenal. Aku pernah menjadi guru kelasnya ketika dia di tingkatan dua. Aku pernah berjumpa bapanya. Bapanya hanya pemandu lori, Mereka sekeluarga hanya tinggal di rumah flat. Sedih juga bila mengenangkan. Berair jugalah air mataku. 

Sebenarnya ada lagi  murid yang lebih nakal dalam kelasku. Beberapa orang. Selalu menganggu proses Pembelajaran dan Pengajaran (PnP). Selalu sangat bersikap biadap pada guru-guru yang mengajar. Selalu berkata kesat pada rakan-rakan sekelas dan guru-guru. Pernah membuat beberapa orang guru perempuan menangis. 

Mereka hadir ke sekolah kerana ibu bapa yang minta mereka hadir. Mereka hadir ke sekolah kerana hendak berjumpa kawan-kawan. 


Aku guru kelas hujung. Kebanyakan murid memang jenis malas belajar. Kebanyakannya lahir dalam keluarga yang miskin bandar. Tinggal atas rumah kedai. Tinggal di rumah flat. Ibu bapa kurang berkemampuan menyediakan ruang yg kondusif untuk belajar di rumah. Ibu bapa mereka hanya bekerja biasa-biasa. Kebanyakannya jenis jarang berada di rumah. Jenis ibu bapa yang tidak akan menghadiri Mesyuarat Agung PIBG dan Hari Pelanggan. Jenis ibu bapa yang hanya akan hadir untuk menerima bantuan persekolahan RM100. Malahan ada murid yang tinggal dengan saudara kerana diabaikan oleh ibu bapa. Sangat menyedihkan...


Kemiskinan bukan penyakit. Kemiskinan bukan diwarisi. Kemiskinan tidak salah. Ramai anak orang miskin yang berakhlak mulia dan berjaya dalam kehidupan mereka. 

Anak-anak ini cuma dilahirkan dan dibesarkan oleh ibu bapa yang ingin memiliki anak tetapi tiada ilmu keibubapaan.


Sangat sedih ......



Ulasan

BACAAN POPULAR

Kod Makanan E471, E472 - Halal atau Haram?

Pesanan Buat Semua Pelajarku

BAHAYA POLISTERIN: Tolong Berhati-hati