Mahalnya Sumbangan PIBG
"Keluarga saya dikecualikan membayar PIBG cikgu" "Kenapa?" "Cikgu boleh tanya Cikgu Mala, kenapa? Tahun lepas pun dia kecualikan saya" (Mala bukan nama sebenar😊) . Sejak kebelakangan ini kecoh berkenaan sumbangan PIBG. Kononnya guru menyalahgunakan duit PIBG untuk kegunaan majlis hi-tea guru. Amboi mulut... . Contoh seorang ibu yang tidak pernah hadir mesyuarat agung PIBG Kekecohan ini ditimbulkan oleh segelintir kecil ibu bapa yang tidak pernah hadir mesyuarat pibg, yang tidak aktif program PIBG. Diorang ingat guru-guru serakus itu ke? Jamuan hi-tea guru menggunakan duit kelab guru. Tiada sesen pun menggunakan duit PIBG. Jika ada pun, sekadar tajaan 1-2 hadiah untuk cabutan bertuah. Itupun kena tulis surat rasmi dan menghadap muka YDP PIBG (iaitu bapa murid). . Contoh seorang bapa yang tidak pernah hadir mesyuarat agung PIBG . Ada juga mulut gatal yang menuduh sekolah paksa rela ibu bapa membayar sumbangan PIBG. Amboi amboi🙄 (P