Kenangan Bersama Keluarga Ustaz Azizan
Bismillah....
Pada 12hb Mac baru-baru ini suami mengajak aku dan anak2 dinner bersama rakan kontraktornya di sebuah restoran di Pelabuhan Kelang (maaf, terlupa nama restoran)
Pada 12hb Mac baru-baru ini suami mengajak aku dan anak2 dinner bersama rakan kontraktornya di sebuah restoran di Pelabuhan Kelang (maaf, terlupa nama restoran)
Sambil makan-makan, kami bersembang pelbagai isu, terutama isu berkaitan krisis di Lahad Datu. Entri kali ini bukanlah hendak bercerita berkenaan krisis Lahad Datu. Aku kurang arif berkenaan krisis ini; terlalu banyak spekulasi.
Apa yang menariknya; beliau (kontraktor tersebut) mengatakan sepanjang kerjayanya sebagai kontraktor (iaitu semenjak Selangor ditabdir oleh Barisan Nasional (BN), sekarang Pakatan Rakyat (PR)), dia telah berjumpa dgn pelbagai jenis orang (orang politik). Katanya; kebanyakan orang BN siang hari jadi orang, malam hari jadi hantu. Kalau orang PAS, siang hari jadi orang politik, malam hari jadi orang biasa (orang yang bekeluarga; bersama keluarga). Katanya. Bukan kata aku ok.
Gambar : Ustaz Azizan
Tiba-tiba aku teringat Ustaz Azizan (sekarang Menteri Besar Kedah).
Aku pernah tinggal bersama keluarganya dalam perjalananku menuntut ilmu awal tahun 1999. Bapa angkatku seorang pensyarah Fakulti Pengajian Islam UKM yg memperkenalkan aku pada keluarga Ustaz Azizan. Semasa itu ustaz menjadi ADUN Sungai Limau Kedah. Aku pula dalam perjalanan untuk menuntut ilmu agama secara tidak formal di Kolej Islam Darul Ulum Pokok Sena. Aku transit di rumah Ustaz Azizan. Mereka sekeluarga tinggal di rumah rasmi ADUN Pas.

Menjejakkan kaki ke rumah tersebut, aku agak terkejut. Terkejut yang amat. Rumah tersebut sangat daif bagi seorang wakil rakyat. Rumah kayu lama dua tingkat. Sangat uzur. Ada kerosakan di sana sini. Tidak patut didiami oleh seorang YB. Rumah itu berada betul-betul di tepi jalan. Kiri kanan rumah orang kampung yang nampak lebih gah dari rumah seorang YB.
Dalam aku berasa kasihan (kerana rumah itu); aku mengkagumi isteri ustaz. Seorang wanita berkulit putih kuning yang sederhana, tetapi gagah. Dia memandu kereta mercedes antik ketika menjemputku di stesen kereta api. Aku bermalam semalam di rumah mereka; dan isteri ustaz juga yang menghantar aku ke kolej keesokannya. Aku tinggal di asrama bersama pelajar-pelajar lain.
Apa yang aku kagumi tentang wanita ini, segala urusan rumah tangga, hal ehwal anak-anak dia uruskan bersendirian. Mereka tiada orang gaji. Ustaz seorang wakil rakyat yang agak sibuk. Selalu berada di rumah, tetapi di rumah itulah dia bertindak sebagai wakil rakyat. Tempat rakyat berjumpa dengannya. Wow!
Setiap kali ada tertamu atau rakyat bertandang ke rumah; setiap kali itulah isteri ustaz akan membancuh teh; dan ustaz sendiri yang akan menghidangkan teh tersebut kepada tertamu. Mereka bebenar berkhidmat pada rakyat dan melayani rakyat.
Semasa di kolej, aku berpeluang tinggal di asrama kayu yang sangat sederhana bersama anak-anak pemimpin PAS yang lain termasuk anak dara Tuan Guru (TG) Hj Hadi. Mereka remaja yang amat amat aku kagumi. Khatam al quran sebulan sekali itu biasa. Aku? Masih bertatih (sekarang pun masih bertatih)
Zikir, tahmid, tasbih dan takbir sudah menjadi makanan harian mereka. Aku suka suasana di sini. Banyak yang aku pelajari.
Sebelum aku (mengada-ngada) melangkahkan kaki meninggalkan kolej ini, tangan TG Hj Hadi sendiri menyerahkan wang saku RM300 kepadaku. ( duit zakat untukku sebagai muallaf yang sedang berjinak-jinak menuntut ilmu). Tiada majlis. Tiada media. Hanya bersaksikan beberapa orang rakan pelajar perempuan yang menemaniku.

Tiga bulan di mengaji di kolej ini, banyak sekali kenangan yang amat bermakna.
Kebanyakan guru berkelulusan luar negara seperti Universiti Al Azhar (sekadar menyebut nama satu universiti); tetapi sanggup tinggal di rumah guru yang daif dan bergaji kecil atas nama perjuangan. Sangat kagum.

Sayang sekali, akhir tahun 1990an belum ada telefon bimbit berkemera. Aku pula tidak pernah memiliki kemera. Jika tidak; mesti banyak memori yg boleh dirakamkan. Tiada Facebook. Tiada Tweeter. Emel pun belum cukup relevan pada masa itu. Aku telah terputus hubungan dengan rakan-rakan di kolej. Juga terputus hubungan dengan keluarga Ustaz Azizan. Sayang sekali.
Apa- apa pun apabila mendengar Ustaz Azizan berjaya jadi Menteri Besar Kedah pada 2008; aku sangat teruja. Aku seronok bercerita pada suamiku yang aku pernah mengenali Ustaz Azizan dan pernah tinggal bersama keluarganya.
Aku mulai mengenali PAS sejak itu. Jatuh cinta pada personaliti pemimpin-pemimpinnya. Kebanyakan mereka begitu sederhana dan zuhud, inshaAllah.
Mudah-mudahan Allah membantu mereka mendaulatkan undang-undang islam di negara ini dan mengurniakan mereka kesyahidan. Amin.
Mudah-mudahan Allah membantu mereka mendaulatkan undang-undang islam di negara ini dan mengurniakan mereka kesyahidan. Amin.
Admin:
Ini bukan entri politik.
As-Salam. Saya rasa saya tahu punca kenapa kawan-kawan di UKM heboh melihat Kak Nurul bertudung labuh semasa dan selepas majlis konvokesyen 1999.
BalasPadamHihihi...akak bru kluar dr kolej msa tu. Tak stanby langsung utk majlis konvo.
PadamAsslmlkm, Gloria, di mana Gloria berada skrg ini? Isteri Allahyarham Ustaz terbaca crita ini dan dia ingin menghubungi puan. Tk..
BalasPadamMaaf...terlambat baca komen. Harap belum terlambat utk berhubung inshaAllah. Bole kontek sy di sini 0138371409.
Padam