RAKYAT DIDAHULUKAN atau RAKYAT YANG KENA DULU?



Gambar hiasan saja :)



Pada 3hb Disember baru-baru ini kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol RON 95 sebanyak 5 sen.



Kenaikannya tidak banyak, hanya 5 sen, tetapi implikasi politiknya cukup besar.


Bukan kenaikan 5 sen yang akan menjadi isu, tetapi kegagalan berpegang kepada janji bahawa tiada kenaikan untuk tahun ini bakal menjadi bahan politik.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Ismail Sabri Yaakob awal bulan lepas membuat kenyataan berikut:

“Bagaimanapun, mengikut jangkaan saya, tiada perubahan (pada harga petrol RON 95) sehingga akhir tahun ini, tetapi bagi tahun depan, ia masih tidak diketahui.”




Apakah kerajaan dan Kementerian terlepas pandang janji ini?



Gambar hiasan



Selain kenaikan harga petrol RON95 turut diumumkan  harga diesel naik 5 sen menjadi RM1.80 sen, gas pula naik 5 sen menjadi RM1.90 sen  dan gula juga naik 20 sen menjadi RM2.10 sen sekilogram. Semua kenaikan itu dibuat di sebalik jaminan kerajaan bahawa tiada kenaikan harga untuk tahun ini.

http://malaysiakini.com/news/149922




Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh muslihat, di mana akan dibenarkan padanya orang yang berdusta, dan akan didustakan orang yang benar. Akan dipercaya orang yang berkhianat, dan akan dituduh berkhianat orang yang terpercaya. Serta akan bertutur padanya Ruwaibidhah. Maka ada yang menanyakan: Apa itu Ruwaibidhah? Dijawab baginda s.a.w. : Iaitu, orang yang bodoh dan hina ditugaskan menangani kepentingan umum;- (Riwayat Ibn Majah)







Ulasan

BACAAN POPULAR

Pesanan Buat Semua Pelajarku

Kod Makanan E471, E472 - Halal atau Haram?

BAHAYA POLISTERIN: Tolong Berhati-hati

SAPS Memang Lembab! Tensionnya.

Jumpa di FACEBOOK