Sekadar Memuji?
Assalamualaikum wbt...
Aku memang suka menulis. Selepas perceraian ayah dan ibu, aku sentiasa ada idea untuk menulis. Semasa awal
sekolah rendah, tulisanku berbentuk komik manusia lidi..(hahaha)...tetapi
sentiasa ada mesej di sebalik komikku...”anak yg kurang kasih sayang”
disebabkan ayah dan ibu tiada di sisi.
Kawan seangkatan suka membaca komikku....walaupun
mereka tidak faham mesej yg aku sampaikan....tetapi mereka nampak seronok
membaca dan meminta supaya aku terus berkarya;P
Cikgu2 juga memuji...”Pandainya awak Gloria..” Aku
seronok. Pujian itu memberi aku kekuatan dan kreativiti untuk terus menulis.
Bila aku kenang semula baru aku tahu kenapa
cikgu-cikgu perlu memuji (kenapa orang dewesa perlu memuji..)
Pujian seorang guru kepada para
pelajar penting. Pujian ibu bapa kepada anak-anak sangat penting. Penting untuk
meningkatkan aura positif dalam diri
(minda seterusnya jiwa) seorang kanak-kanak....(seperti apa yg aku biasa lakukan sekarang
kepada para pelajarku dan juga kepada anak-anakku.
Keyakinan diri yg jitu dibina
oleh minda yg positif. Minda yg positif akan menunjukkan aksi yg
positif (gembira, berbaik sangka, tekun berusaha dan sebagainya); inshaaAllah akan membawa kepada hasil yg positif.
Biasakanlah diri untuk
memuji.....:)
Ulasan
Catat Ulasan