Assalamualaikum wbt... Sistem Pentaksiran Pendidikan Berasaskan Sekolah (SPPBS) adalah sistem yg nampak comel atas kertas....namun SPPBS adalah antara sistem pendidikan yang tidak relevan yang pernah diperkenalkan. Kenapa SPPBS tidak relevan?
Salam followers yang budiman, . Maaf sebab sudah lama tidak menulis di sini, Aku tidak pernah berhenti menulis, Insya-Allah, cuma bukan di sini buat masa ini, Kalian masih boleh membaca tulisanku di "facebook" . . Kini aku merapu di sana😜 . Jemput follow aku di sana dengan mengetik pautan ini http://facebook.com/gloriaabdullah . Jumpa di sana semua😘 .
Salam Syawal buat semua pengikut dan pembaca blog ini :) Alhamdulillah raya tahun ini aku berpeluang balik beraya ke rumah panjang indai (ibu). Aku sekeluarga berada di sana selama dua hari dua malam. Seronok sangat rasanya. Seronok dapat bertemu dan bermesra dengan ibu, adik beradik dan keluarga mereka, datuk nenek dan juga saudara mara sekampung:) Rumah indai. Rumah jiran di kiri kanan belum siap. Jadi belum boleh dipanggil rumah panjang. Keseronokan beraya di rumah indai masih mengharukan mengenangkan nasib indai dan orang kampung yang belum terbela. Negara kita telah lebih 55 tahun merdeka, tetapi.... Nasib orang kampungku masih belum terbela.
Bismillah... Ketika menghadiri Kursus Asas Perbandingan Agama kelolaan Interative Da'wah Training (IDt) , aku berpeluang berkenalan dgn seorang saudara baru (muslimah). Kebetulan dia duduk bersebelahan denganku. Orangnya masih sangat muda. Aku kira dia masih belajar lagi. Berbangsa cina. Aku tahu dia berbangsa cina apabila terdengar dia bercakap dengan seorang urusetia yg berniqab. "Masih belajar ke? Kat mana?" "UNITAR.." "Berapa lama dah memeluk islam?" "2 tahun.." "Satu family atau awak seorang saja?" "Saya seorang..." "Parents dah tahu ke?" "Belum.."
Permandangan dari tapak tanahku. Dapat dilihat saujana mata memandang kawasan hutan simpan dan NCR. Cerita ini cerita sebelum bulan puasa tahun ini. Tetapi aku baru mendapat tahu berkenaan cerita benar ini pertengahan bulan puasa apabila emak menghubungiku dari Limbang Sarawak. Dijadikan cerita, seorang tauke balak telah menyewa tapak tanah aku nunnnn di kampung sana untuk menyimpan kayu-kayu balak yg telah ditebang. Paling mengejutkan apabila emak meletakkan sewa tanah yg begitu rendah iaitu RM500 sebulan tanpa deposit. Hmmm
Ulasan
Catat Ulasan