SUBHANAALLAH...



"Subhanaallah indahnya ciptaan Ilahi" perkataan ini aku ulang semula tatkala menatap wajah si kecil buat pertama kalinya. Perkataan ini juga aku ucapkan dengan penuh kesyukuran di hati tika menatap wajah si kakak dua tahun yang lalu.


Alangkah nikmatnya menjadi ibu. Bukan mudah mengandung 9 bulan 10 hari. Alahan. Muntah. Loya. Sakit badan. Sakit belakang. Nak baring, nak duduk, puas mencari posisi yang selesa. Tetap tak selesa, apatah lagi jika perut dah memboyot.
Itu belum kira bab emosi lagi. Semasa mengandungkan si kecil ini dulu, emosiku memang celaru. Aku selalu nak marah. Ada saja yang tak kena. Sikit-sikit marah. Kasihan kakak, kasihan juga anak saudara aku Hakim yang tinggal bersama kami sekeluarga tika ini.
Maafkan mama kakak
Maafkan antie Ian.

Ketahuilah..
Bukan semua bakal ibu merasai mudahnya saat melahirkan. Aku tidak melalui proses melahirkan yang mudah. Masa nak melahirkan anak sulung, aku bertarung di wad bersalin lebih sejam sampai doktor terpaksa menggunakan vakum, tapi baby tetap tidak menampakkan kepalanya. Malu nak keluar.

Semasa bersalinkan si kecil ini, sekali lagi aku bertarung hampir sejam di wad bersalin sampai habis tenaga. Teran-teran baby tetap tak keluar. Akhirnya terpaksa c-sar kecemasan seperti anak pertama. Allahu.
Pengalaman.

Alhamdulillah, apa yang penting ibu selamat, baby sihat. Allah lebih tahu apa hikmah di sebalik setiap kejadian.
Bukan semua ibu melalui dua cara bersalin serentak kan; bersalin normal dan bersalin c-sar. Pengalaman ini sangat rare.

Cabaran semasa mengandung dan sakitnya bersalin tidak lagi terasa tatkala menatap wajah si comel yang mesra dalam dakapan. Ingin rasanya mengandung dan bersalin lagi dan lagi. SubhanaAllah. Alangkah indahnya kalau semuanya semudah memetik jari kan...

InsyaAllah aku masih boleh mengandung dan melahirkan anak lagi dengan sihat dan selamat dalam masa dua atau tiga tahun akan datang. Amin. (tak akan pernah serik. Hahaha)

Buat mereka yang sedang merasai nikmat menjadi ibu, tahniah. Sama-samalah kita memikul amanah Allah ini dengan sifat sabar dan  keimanan.

Kepada mereka yang masih berusaha, teruskan usaha. Jangan sesekali berputus asa dengan rahmat Allah SWT. Selepas kesukaran, pasti ada kemudahan, insyaAllah.


Alif semasa berumur seminggu...


Alif dalam dakapan neneknya tika di wad bersalin di Hospital Selayang



Buat semua warga kerja di Wad Bersalin Hospital Selayang:
Terima kasih banyak atas segala bantuan, rawatan, layanan dan
apa-apa yang sewaktu dengannya (18hb-23hb Julai 2010).
Semuanya 1st class. 
Saya bagi 5 bintang😊


Ulasan

BACAAN POPULAR

Kod Makanan E471, E472 - Halal atau Haram?

Pesanan Buat Semua Pelajarku

BAHAYA POLISTERIN: Tolong Berhati-hati