Catatan

SYABAS VS Kerajaan Selangor : Siapa Betul?

Imej
Bismillah... . Tidak sedar masa berlalu. Begitu pantas. Kini dah hampir sebulan 2013. Harap belum terlambat mengucapkan selamat tahun baru semua...;) . Sejak beralih kerja ke sesi petang, aku agak sibuk. Banyak perkara perlu diselesaikan (dalam pada itu sempat juga membaca beberapa post kawan2 di Facebook dan beberapa blog;) . Aku tertarik untuk berkongsi dengan kawan2  mengenai 'Masalah Air' di Selangor. Betulkah  Selangor ada masalah air? Hmmm...

Program FREE Gaza SAVE Syria

Imej
Alhamdulillah. Aku dan anak-anak berkesempatan menghadiri Program "FREE GAZA SAVE SYRIA" anjuran MUSLIM CARE Malaysia  pada 9hb Disember 2012. Tidak banyak gambar dapat dirakam malam itu kerana khusyuk mengikuti perjalanan program (konon😂) sambil melayan kerenah anak-anak.  Antara tertamu cilik yang hadir...

Bercuti di Hospital

Imej
Assalamualaikum wbt... Ini kali ketiga si baby boy Izzat menempah percutian di hospital. Kali pertama pakej 2 malam 3 hari di HTAA Kuantan Pahang. Kali kedua pakej 3 malam 4 hari di HTAR Klang Selangor. Kali ketiga (sekarang) juga di HTAR Klang Selangor. Cuma bilik sahaja yang berbeza. Dulu berbintang sikit; kali ini nampak macam kurang bintang. Hihihi Izzat semasa masih di rumah Tidak pasti pakej berapa malam berapa hari kali ini. Harap tidak lama...

Video : Air Mata Di Gaza:'(

Imej
Aku kehilangan kata-kata atas apa yg berlaku pada saudara seagama kita di Palestine. Perasaan bercampur baur. Sayu. Sedih. Marah dan macam2 lagi.  Terlalu banyak kerosakan, penyeksaan dan kehilangan yg terpaksa ditelan oleh penduduk Palestine gara-gara perbuatan tangan kejam zionis Kerajaan HARAM Israel dan sekutu-sekutunya.   Tidak semua peristiwa di sana mampu ditulis dgn kata-kata. Tidak mungkin semuanya dapat dirakamkan dengan kemera. Tidak mungkin...

Al Fatihah Buat Arwah Adikku Rosela

Imej
Tiba-tiba aku terkenangkan arwah adik bongsuku, Rosela (arwah) semasa mengawas SPM awal pagi tadi. Air mataku menitis. Aku menangis... Semenjak aku ada anak-anak kecil, melihat mereka merenggek, menangis; aku kadang-kala digamit kenangan bersama arwah... Ketika itu aku masih belum bersekolah. Umur arwah belum sampai setahun. Tidak banyak kenangan bersama arwah yg boleh aku ingat. Dia belum boleh lagi diajak bermain-main seperti adik beradik yang lain. Dia hanya tahu menyusu, tidur, merenggek, menangis dan menangis. Bila aku terkenang semula aku akan mengalirkan air mata, menangis. Berderai air mataku. Entah apa yg aku kesalkan.

Tip Merawat Alergik Di Jari Tangan

Imej
Semasa masih anak dara sunti dulu, jari2 tangan halus dan mulus...yalah tidak banyak membuat kerja2 rumah...umur pun masih muda. Kolegen pun banyak lagi:) Apabila telah berkahwin dan beranak pinak horman mula berubah...+ perlu banyak membuat kerja2 rumah. Tangan kadang-kala tak sempat kering...asyik bersentuh mesra dengan air. Jari2 tangan mula kasar dan gatal2 terutama jari2 tangan sebelah kanan...tangan yg paling banyak bekerja. Banyak tahun juga aku 'menanggung derita' alergik jari2 tangan ni....hinggalah baru2 ini baru nampak semakin pulih. Gembira sesangat....Kegembiraan ini membuatkan aku suka sesangat berkongsi tip kesihatan ini di sini. InsyaAllah akan mendatangkan kebaikan kepada ramai orang.... Tip-tipnya.....

BE POSITIF GLORIA:)

Imej
Bismillah... Sudah menghampiri 3 minggu aku mengajar di sekolah baru, di Klang, Selangor. Alhamdulillah sekolah baru ok. Ini bukanlah kali pertama bertukar sekolah, sudah banyak kali. Alah bisa, tegal biasa. Gambar depan sekolah baru aku:) Namun.. Dua minggu pertama, memang meletihkan. Meletihkan aku, suami dan anak-anak. Dua minggu pertama kami sekeluarga berulang-alik sejauh kira-kira 130km setiap hari (ulang alik la) dari Bangi ke Klang, dari Klang ke Bangi. Kami terpaksa tinggal jauh di Bangi sementera menunggu kuarters di seksyen 16 Shah Alam selesai diperbaiki (kononnyalah. Campur tolak minggu kedua sudah 3 minggu kami menunggu)