Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel MESTI BACA

Mahalnya Sumbangan PIBG

Imej
"Keluarga saya dikecualikan membayar PIBG cikgu" "Kenapa?" "Cikgu boleh tanya Cikgu Mala, kenapa? Tahun lepas pun dia kecualikan saya" (Mala bukan nama sebenar😊) . Sejak kebelakangan ini kecoh berkenaan sumbangan PIBG. Kononnya guru menyalahgunakan duit PIBG  untuk kegunaan majlis hi-tea guru. Amboi mulut... . Contoh seorang ibu yang tidak  pernah hadir mesyuarat agung PIBG Kekecohan ini ditimbulkan oleh segelintir kecil ibu bapa yang tidak pernah hadir mesyuarat pibg, yang tidak aktif program PIBG. Diorang ingat guru-guru serakus itu ke? Jamuan hi-tea guru menggunakan duit kelab guru. Tiada sesen pun menggunakan duit PIBG. Jika ada pun, sekadar tajaan 1-2 hadiah untuk cabutan bertuah. Itupun kena tulis surat rasmi dan menghadap muka YDP PIBG (iaitu bapa murid). . Contoh seorang bapa yang tidak pernah hadir mesyuarat agung PIBG . Ada juga mulut gatal yang menuduh sekolah paksa rela ibu bapa membayar sumbangan PIBG. Amboi amboi🙄 (P...

KBAT: Relevankah?

Imej
Bismillah... BEBERAPA bulan sebelum saya berhenti mengajar di sekolah, saya sempat mengikuti latihan memperkenalkan sistem Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan iThink. Saya masih ingat, pertama kali kami warga guru diperkenalkan dengan perkataan KBAT dan iThink ini di bilik mesyuarat oleh seorang jurulatih yang sudah saya lupa nama dan jawatannya. Latihan di bilik mesyuarat itu berjalan dua kali, sebelum kami para guru diberikan ultimatum untuk terus mengaplikasikannya di kelas. Saya masih ingat lapan peta pemikiran iThink atau “thinking maps” yang wajib ditampal di belakang kelas kerana diwajibkan oleh guru besar. Peta tersebut adalah peta pelbagai alir, peta buih, peta buih berganda, peta alir, peta dakap, peta bulatan, peta titi dan peta pokok. Bagaimanapun sudah pastilah saya agak skeptik dengan projek ini. Saya tidak dapat memahami aspirasi orang luar yang tiba-tiba datang ke sekolah kami dan mula mengajar-ajar guru bagaimana mengajar dan lebih dahsyat, memaksa ...

Sudahkah Anda Menolong Orang Lain Hari Ini?

Imej
Bismillah.... Aku insan yang kerdil yang memiliki impian besar (dan banyak) Impianku ingin melihat dunia ini aman, dunia ini hanya dihuni oleh mereka yang ada rasa belas dan kasihan. Bukan dihuni mereka yang jahat, bukan dihuni oleh mereka yang menipu; apatah lagi seorang perompak (terutamanya yang merompak dari kaumnya sendiri)

Aku dan Melayu Part 2 : Sayang Seribu Kali Sayang

Imej
Bismillah dan Assalamua'laikum wbt.... Aku selalu melawat perkampungan melayu ini. Kali pertama aku melawat perkampungan ini adalah 10 tahun lepas...dari jalan depan. Naik bot dari kampung seberang. Lebih kurang 10km dari Pekan Lawas Sarawak. Perkampungan melayu atas sungai. Sangat indah panaromanya. Semua rumah bersaiz besar. Ruang tamu besar. Dapur besar dan banyak bilik. Rumah-rumah dibina berdekatan. Rumah -rumah dihubungkan antara satu sama lain dengan pembinaan jeti. Sangat menarik. Sangat sesuai dijadikan destinasi pelancongan. Kampung ini dilengkapi pelbagai kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air paip, surau dan dewan orang ramai.. Masjid, sekolah dan klinik juga dibina berdekatan. 

Realiti Al Qassam Vs ISIS

Imej
Bismillah... Mudah-mudahan video forum yang sangat menarik di bawah boleh membantu kita memahami siapa Al Qasam, siapa ISIS. Selamat menonton :-)

Old Malaya Kopitiam GANTI Old Town White Coffee

Imej
Bagi pengemar2 Old Town White Coffee inilah masanya untuk bertukar selera kepada Old Malaya Kopitiam, khasnya pengemar2 muslim.   Umum sedia maklum yg Old Town White Coffee begitu banyak kontroversi dalam bab kehalalannya;). So...alternatif lain untuk pengemar muslim, Old Malaya adalah pilihan terbaik. Kenapa OLD MALAYA Kopitiam?

Kod Makanan E471, E472 - Halal atau Haram?

Imej
Selepas tamat sesi persekolahan petang semalam, kami (guru2) menghadiri ceramah "Kerja Itu Satu Ibadah" oleh seorang ustaz jemputan dari YPEIM Pahang. Pengisiannya memang menarik sehingga menimbulkan panik (dalam hati) di kalangan guru apabila sampai kepada makanan halal dan haram yg terdapat di pasaran. Kebanyakkan makanan yg dikatakan haram (kerana mengandungi Kod E471, E472 dan lain-lain) itu memang banyak terdapat di pasaran dan biasa kita makan. Kebanyakannya terdapat pada produk berasaskan tenusu juga makanan ringgan.

Budaya Fitnah - Tanda Kejatuhan Sebuah Kerajaan

Imej
Aku sebagai guru sejarah selalu berpesan kepada para pelajarku supaya belajar melalui sejarah. Sesiapa yang tidak mengambil pengajaran daripada sejarah akan mengulangi kesilapan sejarah itu. Inilah yang banyak berlaku pada pemimpin kita hari ini. Rasuah berleluasa. Harta rakyat dibuat seperti harta sendiri. Budaya fitnah memfitnah kerana kepentingan peribadi dan politik bermaharajalela. Ingatlah keruntuhan sesebuah kerajaan seringkali berpunca daripada penyebaran fitnah dalam politik.          Ilustrasi : Kejatuhan Kerajaan Melaka 1511 berpunca dari budaya rasuah dan fitnah berleluasa Di Malaysia, penggunaan fitnah sebagai senjata politik dapat dilihat apabila golongan politik sejak dahulu lagi kerap menyalahgunakan agama untuk menarik sokongan orang ramai. Begitu mudah bersumpah "dengan nama ALLAH" untuk membenarkan perbuatan mereka. Isu ini mungkin telah basi bagi sesetengah orang tetapi itulah yang berlaku dan ak...

SAKIT PUAN : Perlukah bayi dibunuh?

Imej
  Gambar hiasan : Bayi dalam rahim Kes 1 : Anita (bukan nama sebenar) sedang hamil 5 bulan. Berumur 29 tahun. Doktor mengesahkan dia mengalami ketumbuhan dalam rahim yg serius. Doktor meminta dia 'membunuh' bayi yg dikandungkan untuk membuang ketumbuhan dalam rahimnya. Dia tersepit. Siapakah yg perlu diselamatkan?

10 TIP MEMIKAT HATI SI DIA :)

Imej
(tip dari lelaki untuk semua lelaki di luar sana...hehehehe) Gambar Hiasan Pertama : Selepas anda dan dia sudah halal dengan terlafaznya 'aku terima nikahnya', kucup dahinya dalam-dalam. Kalau berpeluang, kucuplah matanya. Kemudian, ucapkan di telinga si dia yang anda sangat cintakan si dia. Tapi, jangan lupa untuk ucapkan juga syukur pada yang mengurniakan cintanya pada anda, ALLAH. Sujud syukur! Lepas itu, ucapkan juga terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi menerima anda sebagai peneman hidup.

ALANGKAH SINGKATNYA HIDUP INI

Imej
Semasa sedang menghadap " laptop " lewat malam tadi aku dikejutkan oleh pesanan ringkas seorang rakan guru yang pernah sama-sama mengajar di sebuah sekolah di Selangor :

DOSA DI FACEBOOK :(

Imej
Dosa kecil disebut oleh nabi s.a.w boleh terhapus dengan solat fardhu, solat Jumaat, zikir, istighfar dan pelbagai amalan lain. Namun demikian, dosa kecil boleh berganda sehingga adakalanya amalan seseorang tidak lagi mampu memadamkan keseluruhannya. Fenomena mania laman sosial seperti facebook, twiter, blog dan sebagainya telah memberi laluan kepada berkembang biaknya dosa kecil ini.... Antara dosa kecil di Facebook ialah :- Memaparkan minat kita pada rancangan televisyen atau movie yang jelas bercampur aduk dosa dalam majoriti adegannya seperti 'Desparate Housewives', 'Friends', 'Pretty Women', 'Notting Hill', 'Kuch Kuch Hota Hai', 'HEROES' dan jutaan lagi filem sepertinya. Tontonan yang jelas bercampur aduk dosa itu, kita kongsikan dengan orang lain melalui pendedahan kita sendiri sama ada ketika bercerita adegan menarik mengenainya, mungkin dalam ulasan kita . Atau lebih teruk lagi dipamerkan di Facebook sebagai filem (...

SIAPAKAH KITA??????

Imej
Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

TIP-TIP BERCINTA DALAM ISLAM :)

Imej
Gambar Hiasan Seorang mangsa, Rozie, 20, dari Ampang tidak menyangka perkenalan dengan seorang jejaka melalui laman sosial Facebook bakal menjadi titik hitam dalam hidupnya. Katanya, menerusi laman sosial itu, Boy dilihat seolah-olah tidak mempunyai ramai rakan perempuan berikutan tiada kenalan wanita dalam senarai sahabatnya. "Ini menyebabkan saya menganggap Boy bukan kaki perempuan dan boleh dipercayai. "Kami bertemu buat kali pertama apabila dia mengajak saya ke majlis hari jadi rakannya," kata Rozie yang jatuh cinta dengan Boy yang bersopan-santun dan pandai menjaga hatinya."Di tempat kerja, saya kerap diganggu lelaki, tetapi Boy pula sering mengambil berat dengan menjaga saya daripada diganggu mereka," katanya yang bertugas sebagai pakar kecantikan di ibu kota. Akibat terlalu percayakan lelaki itu, Rozie mengandung hasil hubungan terlarang mereka selepas setahun menjalin cinta.

INDAHNYA ISLAM : Hikmah Sujud :)

Imej
Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi laranganNya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah  bersujud adalah :

ISTIMEWA UNTUK LELAKI

Imej
PESANAN BUAT SUAMI Oleh : Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah     1.  Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami. 2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

TIP UNTUK DIMURAHKAN REZEKI

Imej
BERDOA UNTUK ORANG TUA KITA - Murah REZEKI oleh : Tok Wan Rassulullah SAW pernah bersabda : " setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )  nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu..."

WAKTU DAN TANDA-TANDA LAILATUL QADAR

Imej
(Gambar Hiasan) oleh : Roziyah Ibnu Umar menyatakan yang ada beberapa orang sahabat nabi bermimpi Lailatul Qadar datang pada tujuh malam terakhir Ramadan. Rasulullah berkata, "Aku juga melihat tanda yang sama dengan kalian. Oleh sebab itu siapa yang menginginkan Lailatul Qadar, perolehinya pada tujuh malam terakhir."