Jumaat, 12 Ogos 2011

Kod Makanan E471, E472 - Halal atau Haram?



Selepas tamat sesi persekolahan petang semalam, kami (guru2) menghadiri ceramah "Kerja Itu Satu Ibadah" oleh seorang ustaz jemputan dari YPEIM Pahang. Pengisiannya memang menarik sehingga menimbulkan panik (dalam hati) di kalangan guru apabila sampai kepada makanan halal dan haram yg terdapat di pasaran. Kebanyakkan makanan yg dikatakan haram (kerana mengandungi Kod E471, E472 dan lain-lain) itu memang banyak terdapat di pasaran dan biasa kita makan.


Kebanyakannya terdapat pada produk berasaskan tenusu juga makanan ringgan.
Aku pun panik pada mulanya. Kebanyakkan gambar dan petikan yg ditunjukkan bersumberkan media cetak dan juga blog peribadi. Apa sekalipun sumbernya, ustaz tersebut berniat baik; mencari yang halal itu memang fardhu. Nasib baik ceramah tersebut disampaikan kepada guru sekolah yg insyaALLAH boleh berfikir dan boleh menceduk maklumat dari sumber lain terutama sekali hubhalal JAKIM dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).


Apa2 pun terima kasih banyak2 pada ustaz tersebut kerana perkongsian maklumat yg sangat berguna:)


Kod2 yang biasanya menimbulkan kontroversi bermula dengan E dikenali sebagai Kod E atau E Numbers. Ia dilabelkan di luar pek makanan dan minuman. Kod2 E adalah kod nombor untuk bahan tambahan atau aditif makanan (food additives) yang telah diuji penggunaannya untuk digunakan di Kesatuan Eropah(European Union). E di hadapan kod tersebut diambil dari huruf pertama European iaitu E.

Kod E merupakan tambahan makanan yang digunakan sebagai perasa, pewarna, pengawet, bahan pengental (penstabil) dan sebagainya. Kod2 E boleh dibuat daripada tumbuhan atau haiwan, bergantung kepada jenis Kod E. Ada yang boleh dibuat daripada mana2 sumber iaitu tumbuhan sahaja atau haiwan sahaja. Adakah ia halal?

Masalah timbul apabila Kod E dibuat daripada haiwan. Kod E adalah halal jika sumber haiwan itu bukan dari sumber yang haram seperti khinzir, anjing atau haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak. Keraguan terhadap Kod E meningkat dengan tersebarnya khabar angin bahawa sesetengah Kod E dibuat daripada sumber tidak halal.

Terdapat banyak produk2 di pasaran yang menggunakan kod2 E ini dan antara yang popular adalah aiskrim dan chocolate. Banyak pula produk2 yang menggunakan kod E yang dikatakan haram tetapi mendapat pengiktirafan JAKIM. Jadi, bagaimana sekarang? Adakah JAKIM terlepas pandang?

Semestinya JAKIM tidak terlepas pandang. JAKIM diurus oleh ramai orang yang juga pengguna muslim dan mereka juga semestinya mahu menggunakan yang halal. Jadi, proses pengeluaran pengiktirafan sijil halal adalah sangat teliti. Antara langkah2 memohon sijil halal ialah menyenaraikan semua bahan mentah produk.


Jadi di sini, JAKIM boleh memastikan sumber Kod E tersebut.


Salah satu contoh ialah Kod E yang paling popular iaitu E471. E471 ialah sejenis emulsifier yang merupakan asid lemak mono dan digliserida. Asid lemak sintetik ini dibuat daripada gliserol dan asid lemak semulajadi daripada sumber tumbuhan atau haiwan. Produk yang mempunyai E471 dan mendapat pengiktirafan halal JAKIM bererti E471 itu dibuat dari sumber tumbuhan atau haiwan(disembelih) yang halal. Justeru itu, produk tersebut adalah halal dan selamat untuk dimakan.


Lebih banyak maklumat boleh didapati tentang Kod E. Antaranya ialah:

http://en.wikipedia.org/wiki/E_number
http://en.wikipedia.org/wiki/E471



Berikut adalah respons JAKIM kepada produk2 yang mempunyai Kod E:


Salam, untuk pengetahuan tuan, kod E digunakan secara meluas sebagai penunjuk kepada bahan tambahan kimia seperti perasa, pengawet, pewarna, bahan pengental dan sebagainya. Ia didapati daripada sumber tumbuhan, haiwan dan kimia sintetik. Bagi pemegang sijil pengesahan halal JAKIM, kami memastikan sumbernya adalah nyata suci dan halal. Jika ia daripada haiwan, hendaklah ia daripada haiwan yang halal dimakan dan diproses/sembelih mengikut hukum syara'. JAKIM sentiasa memeriksa dan memantau dengan teliti dari bahan ramuan, proses, kendalian, pembungkusan sehinggalah premis pengeluar produk tersebut.Kesimpulannya, terdapat sumber lain bagi bahan berkod E tersebut selain daripada haiwan.

Sumber: http://www.halal.gov.my/


Assalamualaikum, terima kasih untuk soalan-soalan tersebut. Kod-kod E yang dinyatakan puan adalah terdiri dari bahan kimia makanan seperti pewarna, pengawet, perisa dan sebagainya. Bahan-bahan ini diperbuat daripada samada hasilan tumbuhan atau pun haiwan. Setiap barangan yang disahkan halal oleh JAKIM telah diperiksa kandungan dan dari mana hasilannya. JAKIM memastikan setiap kandungan dinyatakan dengan jelas status halalnya dengan meminta syarikat mengemukakan sijil halal dari JAKIM atau badan Islam yang diiktiraf JAKIM.Bagi produk yang disahkan halal oleh JAKIM, kami sudah memastikan ianya adalah halal dari prosesnya dan bahan ramuannya. Pengguna tidak perlu panik terhadap barangan yang telah mendapat sijil pengesahan halal JAKIM yang mengandungi kod-kod E tersebut. Harap maklum

Sumber: http://www.halal.gov.my/



Kesimpulannya, produk2 yang menggunakan Kod E adalah halal dan selamat dimakan jika produk tersebut mendapat pengiktirafan sijil halal JAKIM. JAKIM memeriksa dan memantau bahan ramuan setiap produk yang mendapat sijil halal.






Disunting dari JurnalHalal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...