Mahalnya Sumbangan PIBG

"Keluarga saya dikecualikan membayar PIBG cikgu"
"Kenapa?"
"Cikgu boleh tanya Cikgu Mala, kenapa? Tahun lepas pun dia kecualikan saya"
(Mala bukan nama sebenar😊)
.
Sejak kebelakangan ini kecoh berkenaan sumbangan PIBG. Kononnya guru menyalahgunakan duit PIBG  untuk kegunaan majlis hi-tea guru. Amboi mulut...
.
Contoh seorang ibu yang tidak 
pernah hadir mesyuarat agung PIBG

Kekecohan ini ditimbulkan oleh segelintir kecil ibu bapa yang tidak pernah hadir mesyuarat pibg, yang tidak aktif program PIBG. Diorang ingat guru-guru serakus itu ke? Jamuan hi-tea guru menggunakan duit kelab guru. Tiada sesen pun menggunakan duit PIBG. Jika ada pun, sekadar tajaan 1-2 hadiah untuk cabutan bertuah. Itupun kena tulis surat rasmi dan menghadap muka YDP PIBG (iaitu bapa murid).
.
Contoh seorang bapa yang tidak pernah
hadir mesyuarat agung PIBG
.
Ada juga mulut gatal yang menuduh sekolah paksa rela ibu bapa membayar sumbangan PIBG. Amboi amboi🙄 (Paksa dan rela bergantung kepada mata hati masing-masing)
.
PIBG itu apa benda? Sini akak nak habaq.
PIBG itu adalah persatuan ibu bapa dan guru. Salah satu fungsi PIBG adalah untuk menambah kewangan Sekolah bagi meningkatkan kemudahan fizikal sekolah dan pelaksanaan program murid dengan lebih berkesan.
Oleh itu ibu bapa setiap murid digalakkan menyumbang ke dalam akaun PIBG bagi tujuan ini (ayat serius dah😂)
.
Sumbangan PIBG bukan paksaan, tetapi ibu bapa digalakkan menyumbang (atau dalam bahasa islamik, digalakkan bersedekah). Jika tidak mampu menyumbang tenaga dan masa untuk memeriahkan program anak-anak di sekolah, sekurang-kurangnya menyumbanglah dalam bentuk kewangan. Hanya RM50 setahun.
.
Bendahari PIBG akan mengedarkan surat edaran melalui murid-murid seusai mesyuarat agung PIBG. Surat ingatan mesra menyusul pada penggal kedua kepada ibu bapa yang masih liat membayar sumbangan PIBG.
.
Isu timbul apabila katanya ada sekolah menyekat slip keputusan peperiksaan awam murid apabila ibu bapa/penjaga gagal menjelaskan 'yuran' sekolah. 'Yuran' sekolah yang awam fahami di sini ialah sumbangan PIBG.
Jika penulis maksudkan 'yuran' tersebut sebagai bayaran lain Allahualam; kerana yuran sekolah telah lama dimansuhkan.
(Jika ada yuran lain yang tuan puan faham dan ada pengalaman, dialu-alukan berkongsi di ruang komen)
.
Sama ada betul sekolah terbabit menyekat slip keputusan  murid, hanya penulis dan Allah sahaja yang tahu.
.
Pengalaman akak sebagai guru yang pengalaman baru setahun jagung;  8 sekolah yang akak telah berbakti, tiada satu pun sekolah menyekat slip keputusan peperiksaan awam murid kerana kegagalan ibu bapa mereka menjelaskan sumbangan PIBG. Sekolah tiada kuasa menahan slip keputusan  murid. Jika terbukti ada sekolah yang buat, sekolah tersebut boleh dikenakan surcaj.
.

PIBG Sekolah tidaklah kejam sangat memaksa ibu bapa (yang miskin) membayar sumbangan PIBG. Biasanya awal bulan oktober setiap tahun, bendahari PIBG (selepas mesyuarat AJK PIBG), akan mengeluarkan arahan supaya guru kelas memaklumkan ibu bapa (yang miskin) menulis surat pengecualian membayar sumbangan PIBG. Surat ini akan membebaskan ibu bapa daripada membayar sumbangan PIBG pada tahun tersebut. (jika PIBG sekolah anak tuan puan belum pernah buat pengecualian, boleh cadangkan dalam mesyuarat agung PIBG tahun depan)
.
Biasanya guru kelas akan memaklumkan ibu bapa murid tertentu untuk menulis  surat pengecualian setelah membuat sedikit siasatan. Siasatan termasuk meneliti data murid di apdm. Pemerhatian. Perbualan mesra dengan murid (juga ibu bapa). Paling menarik lawatan sosial ke rumah murid. (apdm = aplikasi pangkalan data murid😊)
.
Pernah satu tahun, akak tak mencadangkan pengecualian pada  seorang pun ibu bapa murid kelas akak. Setelah diberi peluang sejak awal tahun, setelah disiasat oleh detektif conan, mereka sebenarnya mampu, tapi buat tak tahu. Sumbangan PIBG sekolah-sekolah yang akak pernah berbakti biasanya hanya RM50 per keluarga setahun. Pernah juga hanya RM20 per keluarga setahun di sebuah sekolah pedalaman (kadar sumbangan PIBG diputuskan dalam mesyuarat agung tahunan PIBG).
.
Kes 1:
Bapa bekerja sebagai polis. Hanya seorang anak yang masih bersekolah.
"Ayah awak merokok ke?"
"Merokok"
"Rokok apa yang dia biasa hisap?"
"Dunhill cikgu"
Kes selesai. Tiada pengecualian.
.
Kes 2:
Bapa bekerja sebagai pegawai bomba. Tiada hutang rumah. Tiada hutang kereta. Ada 5 orang anak masih bersekolah yang ditanggung sepenuhnya oleh si ibu yang hanya bekerja sebagai jurujual (selepas berbual mesra dengan si ibu. Betul atau tidak. Allahualam)
Jadi akak menuntut sumbangan PIBG dengan si bapa, tapi tiada tindakan.
.
Kes 3:
"Raju minta pengecualian membayar sumbangan PIBG. Katanya cikgu tahu keadaan keluarganya" (Raju bukan nama sebenar)
"Cuba tanya dia, di rumah ada siaran astro berbayar tak?" Jawab Cikgu Mala selamba. Tapi aku faham maksudnya.
Masuk kelas hari itu, aku bertanya murid secara umum apa rancangan televisyen kegemaran mereka, hingga membawa kepada soalan "rumah siapakah yang melanggan astro?"
Majoriti murid mengangkat tangan termasuk Raju.
"Raju, ibu bapa awak langgan pakej apa?"
"Movie cikgu. Seronok. Setiap hari boleh tengok movie" jawab Raju tulus.
Kes selesai. Tiada pengecualian.
.
Secara purata murid yang gagal membayar sumbangan PIBG, hanya 3-4 orang  per kelas. Lebih ramai yang suka menyumbang. Terima kasih banyak-banyak kepada keluarga murid yang telah menyumbang dan aktif dalam program PIBG sekolah.
.
Kegagalan/keliatan ibu bapa membayar sumbangan PIBG tidak akan membawa kepada penahanan slip peperiksaan awam, kebanyakan sekolah biasanya akan menahan sijil berhenti sekolah saja. Jika ada, akak suka mengingatkan, bincang elok-elok dengan pihak PIBG sekolah, jika tak jalan, lapor kepada PPD terdekat, seterusnya JPN dan akhir sekali KPM. Jika semua tak layan, go ahead; gunakan saja kuasa media🙄. Pilihan di hujung jari masing-masing. 
.
Pernah juga ada seorang bapa bertanya..
"Saya tak tahu apa relevannya ibu bapa membayar sumbangan PIBG. Sekolah bukan ada buat apa pun. Apa program yang sekolah telah buat?!"
Amboi🙄 kau pernah hadir mesyuarat agung PIBG ke tak?
.
Akak tak akan jawab di sini. Nanti makin berjela posting ni.
Jawapannya..
Hadirlah mesyuarat agung PIBG tahun depan, baca dan fahamkan laporan kewangan PIBG yang akan dibentangkan oleh Bendahari. Laporan Kewangan itu bukan sembarangan, tapi laporan yang telah diaudit oleh auditor luar. 
.
Jika sukar hadir mesyuarat PIBG, tapi masih hendak tahu kegunaan duit sumbangan PIBG, boleh ketik pautan KEGUNAAN DUIT PIBG. 
.
Dijemput juga membaca CABARAN PIBG hari ini.
.
.
Terima kasih kerana membaca post ini sampai habis😊

Ulasan

BACAAN POPULAR

Pesanan Buat Semua Pelajarku

Kawan Terbaik Sekolah Menengah

Kod Makanan E471, E472 - Halal atau Haram?

BAHAYA POLISTERIN: Tolong Berhati-hati