Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2016

Hati Yang Khusyuk?

Bismillah... Ini kali kedua aku balik kampung selepas kembali kepada Islam. Kali ini aku balik melalui Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam. Ramai kaum kerabat tinggal dan mencari rezeki di sini. Aku transit di rumah ibu saudaraku (adik kepada ibuku) di Kem Polis Jalan Mata-mata Gadong. Sejak zaman sekolah menengah aku memang selalu ke sini. Setiap kali ke Brunei, mesti singgah di sini. Kadang-kadang bermalam, kadang-kadang balik hari. Mereka bukan islam tetapi telah biasa bergaul dengan orang islam di negara ini. "Antie, saya hendak tumpang solat" "Ok. Tapi tiada sejadah di sini"