10 TIP MEMIKAT HATI SI DIA :)

(tip dari lelaki untuk semua lelaki di luar sana...hehehehe)



Gambar Hiasan



Pertama :
Selepas anda dan dia sudah halal dengan terlafaznya 'aku terima nikahnya', kucup dahinya dalam-dalam. Kalau berpeluang, kucuplah matanya. Kemudian, ucapkan di telinga si dia yang anda sangat cintakan si dia. Tapi, jangan lupa untuk ucapkan juga syukur pada yang mengurniakan cintanya pada anda, ALLAH. Sujud syukur! Lepas itu, ucapkan juga terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi menerima anda sebagai peneman hidup.



Kedua :
Rancangkan bulan madu/dating bersama isteri. Tak perlu belanja yang tinggi, cuma pastikan peluang itu peluang yang berkualiti.


Gambar hiasan
Ketiga :
Selaraskan komunikasi, selaraskan denyut nadi dan serasikan matlamat serta tujuan hidup masing-masing. Bersedia untuk menerima kekurangan dan mengiktiraf kelebihan masing-masing. Bincangkan masa depan dan satukan imaginasi anda berdua.


Gambar hiasan

Ketiga :
Sekali sekala, adakan surprise untuk si dia walau hanya sekuntum bunga. Kalau ada bajet yang lebih, mungkin boleh dibelikan sesuatu yang lebih berharga.



Keempat :
Nafkah. Ini perkara penting yang telah digariskan dalam syariat kita. Jangan lewat untuk menunaikan kewajipan anda walaupun isteri ada kerjaya.



Kelima :
Bila anda terpaksa berpisah atau tinggalkan si dia sementara waktu, kucup dahi dan matanya sebelum tinggalkan rumah dan selalukanlah untuk utuskan kata-kata rindu supaya hatinya sentiasa subur dengan bunga-bunga cintanya terhadap anda. Pastikan kamu sentiasa menghubunginya setiap masa. Jangan terlewat walau sesaat cuma.


Gambar hiasan

Keenam :
Lebih penting, tunjukkan yang si dia lebih penting dari segala-galanya. Jangan pula anda liat untuk bertanyakan khabar kondisi si dia sedang dalam masa yang sama, anda saban hari memeriksa enjin dan kondisi kereta di depan tangga..



Ketujuh :
Jangan lupa, bincangkan secara baik, jadual pulang berhari raya. Bimbang si dia terluka kalau tidak pulang ke rumah mertua. Jadi, jangan kedekut untuk korbankan kampung halaman untuk kebahagiaan si dia.



Gambar hiasan


kelapan :
Bila dah ada cahaya mata nanti, cinta anda akan terbahagi dua. Separuh untuk isteri dan separuh untuk anak-anak. So, jangan lupa untuk ungkapkan penghargaan yang tidak terhingga sepanjang tempoh hamil sehingga selepas bersalin. Ungkapan kita akan menjadi penguat semangat si dia untuk terus menempuh saat kritikal sepanjang tempoh hamil dan proses melahirkan bayi. 



kesembilan :
Apabila anda sambut ulang tahun kelahiran anak-anak, hadiahkan juga cenderahati penghargaan kepada si dia yang berkorban 9 bulan mengandungkan anak-anak.


Gambar hiasan


Kesepuluh :
Istiqomah dalam menuntut ilmu rumah tangga dan mempraktikkannya dalam rumah tangga untuk kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat bersama keluarga anda....(yang ini saya tambah sendiri...)









Disunting daripada artikel "Memikat hati si dia" oleh Hasan Husaini iluvislam.com

Ulasan

BACAAN POPULAR

Pesanan Buat Semua Pelajarku

Kawan Terbaik Sekolah Menengah

Kod Makanan E471, E472 - Halal atau Haram?

Mahalnya Sumbangan PIBG

BAHAYA POLISTERIN: Tolong Berhati-hati