Tanah NCR Aku Diceroboh!
Permandangan dari tapak tanahku.
Dapat dilihat saujana mata memandang kawasan hutan simpan dan NCR.
Cerita ini cerita sebelum bulan puasa tahun ini. Tetapi aku baru mendapat tahu berkenaan cerita benar ini pertengahan bulan puasa apabila emak menghubungiku dari Limbang Sarawak.
Dijadikan cerita, seorang tauke balak telah menyewa tapak tanah aku nunnnn di kampung sana untuk menyimpan kayu-kayu balak yg telah ditebang. Paling mengejutkan apabila emak meletakkan sewa tanah yg begitu rendah iaitu RM500 sebulan tanpa deposit. Hmmm
tapi tauke tu memang sangat licik, dia tawar menawar lagi sehingga sewa menjadi RM400 sebulan, juga tanpa deposit.
tapi tauke tu memang sangat licik, dia tawar menawar lagi sehingga sewa menjadi RM400 sebulan, juga tanpa deposit.
Apabila aku memberitahu cerita ini pada suamiku, suamiku lagi terkejut. Tidak pernah ada dalam sejarah apatah lagi untuk tujuan komersial. Kebiasaannya syarikat akan membayar deposit dalam RM3000-RM4000.
Semasa balik cuti raya baru-baru ini, suamiku sempat berjumpa tauke balak itu di Lawas dengan ditemani abangnya. Tauke tu memang ‘samseng’ apabila enggan menandatangani perjanjian penyewaan tanah tersebut. Bincang punya bincang akhirnya sewa hanya RM500 sebulan dengan syarat tauke bersetuju untuk membayar deposit RM1000 dan membaiki jalan dan tanah yg rosak akibat kerja-kerja pembalakan.
Apa yang menyebabkan aku paling terkilan:
a) Menurut pak cikku(adik kepada emakku) Tuai Rumah dan JKKK 'sesuka hati’ (tanpa ilmu, tanpa perjanjian hitam putih yg sah) membenarkan tauke itu membalak di tanah adat penduduk kampung tanpa bertanya lebih lanjut tanah siapa yg akan diterjah (dibuat jalan laluan lori balak, tanah siapa yg akan digunakan untuk menempatkan kayu balak)
b) Pak Cikku (yg katanya mewakili dirinya dan emakku) menghadiri sesi perbincangan bersama Tuai Rumah dan Jkkk namun hanya membisu seribu bahasa (tapi selepas itu dia yg beriya-iya memujuk emak supaya membenarkan tauke balak menyewa tapak tanahku)
c) Tauke balak terus membuka jalan laluan lori balak tersebut melalui tanah kebun emakku dan tanah kebun getahku tanpa meminta kebenaran terlebih dahulu daripada tuan tanah sebenar. (iaitu emakku dan aku sendiri)
Itu cerita bulan puasa dan raya. Cerita selepas raya lain pula. Selepas syarikat membayar deposit RM1000 untuk sewa tapak tanah tersebut baru-baru ini, emak menelefonku bertanya, sudahkah tauke membayar ganti rugi anak-anak pokok getah dan buah-buahan yg ditumbangkan (disebabkan membuat jalan laluan lori balak tersebut)? Ya ALLAH, manalah aku tahu. Emak tidak pula memberitahu cerita ini lebih awal. Emak kata dia telah memaklumkan kepada penyelia projek balak berkenaan pokok-pokok tersebut, penyelia tersebut juga telah merekodnya.
Apa lagi, aku pun terus menghubungi tauke berkenaan. Tetapi dia tidak dapat dihubungi. Jadi, aku pun menghantar pesanan ringkas sahaja. Meminta dia membayar ganti rugi dan juga bayaran sewa dua bulan seperti yg dijanjikan.
Dipendekkan cerita pada tarikh entri ini dipost, kerja-kerja pembalakan di kampung telah selesai. Aku pula telah tiga minggu berada di bumi semenanjung. Aku diberitahu kayu-kayu balak juga telah diangkut bersih. Jalan berdekatan dengan tapak sewaan itu juga telah dibaiki. Namun jalan ke kebun emak belum dibaiki, sewa tapak tanah untuk dua bulan operasi belum dibayar. Begitu juga tuntutan ganti rugi emak. Bayaran kayu-kayu balak orang kampung juga belum diselesaikan oleh syarikat.
Apa cerita? Tu lah. Percaya sangat🙄.
Gambar-gambar yang sempat diambil semasa balik Limbang raya baru-baru ini :
Bertanda : Kayu yg diambil dari Kawasan Hutan Simpan
Bertanda K : Kayu yg diambil dari tanah adat (NCR) dan
bergeran orang kampung
Rumah storku 'disewa' untuk menempatkan pekerja- pekerja balak
AS-salam.
BalasPadamTanah Adat Bumiputera (NCR)akan terpelihara dan dimajukan secara adil apabila masyarakat bumiputera memiliki tahap pendidikan yang tinggi agar mereka celik akan hak yang mereka miliki.
huhuhu...
BalasPadaminsyaALLAH esk uncle aku nak buat report ke ipd limbang:)