PPAS - Pusat Asuhan Terbaik:-)

Bismillah dan Assalamualaikum wbt semua...

Alhamdulillah syukur. Sesi persekolahan 2017 telah selesai. Kini masanya berehat dan fokus pada hobi yang lama tertinggal. 

Anak-anak tetap memilih mengunjungi perpustakaan. 




Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Raja Tun Uda Shah Alam sudah menjadi tempat kegemaran anak-anak. 
Aku memberi kebebasan untuk mereka beraktiviti. 
Membaca buku
Menonton animasi
Meningkatkan kemahiran sosial (berkawan).
.
Jadi, bolehlah ibunya menyiapkan kerja menulis/membaca di satu sudut lain di ppas ini (seperti juga ibu-ibu lain di sini)
Atau tulis entri baru untuk santapan korang😘
.

PPAS  adalah tempat terbaik untuk 'mengasuh' anak-anak di hujung minggu.
PPAS tidak pernah mengecewakan. Hampir setiap hujung minggu zon kreatif  ppas ada aktiviti untuk kanak-kanak; seperti membuat playdoh, membina kotak pensil dari bahan terbuang, membina stress ball, mencantum 3D puzzle dan bermacam-macam lagi.

.
Cuti sekolah ini, lagilah banyak aktiviti akan diadakan; aktiviti bermain sambil belajar.
.
Korang boleh ketik pautan ini http://www.ppas.gov.my untuk keterangan lanjut. Ajaklah anak-anak korang mengunjungi ppas atau mana-mana perpustakaan awam berdekatan pada cuti sekolah ini ya. Mesti mereka seronok.
.
Sabtu lepas  anak-anak menyertai aktiiviti membina stess ball dan melontar stress ball.
Mendapatlah izzat hadiah kerana berjaya melontar stress ballnya dengan tepat. 

Teruja dia bercerita. Aku perlu pinjamkan telinga beberapa kali mendengar dia bercerita berulang-ulang. Seronok betul dia.

.



Bunga untuk mama.

Buku untuk izzat.

Ulasan

BACAAN POPULAR

Pesanan Buat Semua Pelajarku

Kod Makanan E471, E472 - Halal atau Haram?

Mahalnya Sumbangan PIBG

Kawan Terbaik Sekolah Menengah

MURTAD JANGAN DIPANDANG SEBELAH MATA