Assalamualaikum wbt... Sistem Pentaksiran Pendidikan Berasaskan Sekolah (SPPBS) adalah sistem yg nampak comel atas kertas....namun SPPBS adalah antara sistem pendidikan yang tidak relevan yang pernah diperkenalkan. Kenapa SPPBS tidak relevan?
Bismillah.... Pada 12hb Mac baru-baru ini suami mengajak aku dan anak2 dinner bersama rakan kontraktornya di sebuah restoran di Pelabuhan Kelang (maaf, terlupa nama restoran) Sambil makan-makan, kami bersembang pelbagai isu, terutama isu berkaitan krisis di Lahad Datu. Entri kali ini bukanlah hendak bercerita berkenaan krisis Lahad Datu. Aku kurang arif berkenaan krisis ini; terlalu banyak spekulasi. Apa yang menariknya; beliau (kontraktor tersebut) mengatakan sepanjang kerjayanya sebagai kontraktor (iaitu semenjak Selangor ditabdir oleh Barisan Nasional (BN), sekarang Pakatan Rakyat (PR)), dia telah berjumpa dgn pelbagai jenis orang (orang politik). Katanya; kebanyakan orang BN siang hari jadi orang, malam hari jadi hantu. Kalau orang PAS, siang hari jadi orang politik, malam hari jadi orang biasa (orang yang bekeluarga; bersama keluarga). Katanya. Bukan kata aku ok. Orang BN kaya-kaya. Orang PAS sederhana saja, katanya. Bukan kata aku ok. Gambar : Ustaz Azi...
Salam followers yang budiman, . Maaf sebab sudah lama tidak menulis di sini, Aku tidak pernah berhenti menulis, Insya-Allah, cuma bukan di sini buat masa ini, Kalian masih boleh membaca tulisanku di "facebook" . . Kini aku merapu di sana😜 . Jemput follow aku di sana dengan mengetik pautan ini http://facebook.com/gloriaabdullah . Jumpa di sana semua😘 .
Assalamualaikum wbt...:) Semasa aku beragama kristian dulu, Al Kitab adalah sahabat baikku. Aku memang selalu membaca Al Kitab. Setiap kali sebelum tidur aku akan membaca Al Kitab. Al kitab aku akan letakkan di tepi bantalku betul-betul dekat kepalaku..entahlah mungkin sebagai protection atau memudahkan aku mencapainya. Selama 23 tahun hidup sebagai penganut kristian..rasanya aku telah khatam Al Kitab itu lebih 10 kali...(sebenarnya aku tak kira pun). Aku lebih suka membaca Perjanjian Lama berbanding Perjanjian Baru. Perjanjian Lama banyak bercerita tentang kisah2 nabi sebelum Nabi Isa as. Perjanjian Baru kebanyakkannya mengandungi surat2 pengikut Jesus. Daripada 27 surat (jemaah kristian lebih suka mengelarnya sebagai injil), 11 adalah surat yg ditulis oleh Paulus atau Saint Paul. Siapakah Saint Paul?
Assalamualaikum wbt... Pada 19hb Mei (Ahad) baru2 ni, aku telah menghadirikan diri ke SBDdB anjuran Akademi DenaiHati (Denaihati) bertempat di Hotel Singgahsana Petaling Jaya. Majlis agak happening. Kehadiran peserta di luar jangkaan. Denaihati khabarnya menjangkakan kehadiran hanya 180 orang blogger. Paling2 pun lebih sikit.....tetapi lebih 200 orang blogger menghadirkan diri. Ramai juga blogger yg sudah ngetop menghadirkan diri. Muka2 yg aku kenal seperti eyriqazz.com (sekadar menyebut satu nama) turut menghadirkan diri. Apatah lagi blogger yg sangat kecik dan mentah dalam dunia blogging seperti aku.. (kan..kann..), mestilah KENA menghadirkan diri menuntut ilmu ber blogging ;-) Stop dulu membaca repekanku...JOM LAYAN gambar2 yg aku shoot sepanjang majlis dgn kamera Samsung SIII aku...
Ulasan
Catat Ulasan