Aku dan Melayu Part 2 : Sayang Seribu Kali Sayang
Bismillah dan Assalamua'laikum wbt....
Aku selalu melawat perkampungan melayu ini. Kali pertama aku melawat perkampungan ini adalah 10 tahun lepas...dari jalan depan. Naik bot dari kampung seberang. Lebih kurang 10km dari Pekan Lawas Sarawak.
Perkampungan melayu atas sungai. Sangat indah panaromanya. Semua rumah bersaiz besar. Ruang tamu besar. Dapur besar dan banyak bilik. Rumah-rumah dibina berdekatan. Rumah -rumah dihubungkan antara satu sama lain dengan pembinaan jeti. Sangat menarik. Sangat sesuai dijadikan destinasi pelancongan. Kampung ini dilengkapi pelbagai kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air paip, surau dan dewan orang ramai.. Masjid, sekolah dan klinik juga dibina berdekatan.
Anda juga boleh mengunjungi kampung air ini melalui jalan belakang. Hanya 35km dari Pekan Lawas. Jangan risau, ada kemudahan jalan raya berturap disediakan. Kereta kecil, kereta besar semua boleh lalu.
Oppps!
Berhati-hati apabila mengunjungi kampung ini ikut jalan belakang.
Jangan datang ketika air sungai sedang surut.
Jika tidak.. anda kemungkinan besar akan melihat permandangan seperti di bawah ini.
Gambar-gambar ini aku ambil tahun lepas. Ini baru sedikit.
Permandangan di bawah dapur hampir setiap rumah melayu di sini amat menyakitkan mata dan hati.
Bukan setakat sampah sarap, najis manusia pun terus dialirkan ke sungai.
Jangan salahkan kerajaan.
Kerajaan melalui Majlis Daerah Lawas telah menyediakan tong untuk pelupusan sisa buangan manusia. Kerajaan juga telah menyediakan tong sampah besar di tepi jalan utama.
Tetapi kenapa sikap tidak bertanggungjawab ini diteruskan?
Salah seorang penduduk menjawab:
"Tong tumbang kerana tidak dapat melawan arus sungai."
"Malaslah hendak berjalan ke jalan besar.
Lagipun kalau buang ke sungai, nanti akan dihanyutkan arus juga"
Adoiiii....
lucu + sedih + kecewa + marah. Semua perasaan bercampur baur.
Sikap negatif ini telah diwarisi dari generasi ke generasi. Akan terus diwarisi jika setiap lapisan penduduk kampung ini tidak diberi pencerahan tentang kepentingan menjaga kebersihan sungai. Gotong-royong sangat perlu. Selepas itu pihak berkuasa patut memberi amaran dan membuat penguatkuasaan; pemantauan berkala, kompaun dan sebagainya.
Botol plastik yang dibuang ke sungai akan terus terapung dan terapung. Ada sampah yang 'bertahan' di kampung ini, ada juga yang akan membawa diri ke laut (kerana kampung ini terletak berdekatan dengan muara sungai). Kasihan ikan-ikan dan kasihan burung-burung. Kasihan juga generasi akan datang yang akan mewarisi kekotoran air sungai ini.
Sayang seribu kali sayang. Penduduknya yang ramah + kampung yang cantik tetapi dirosakkan dengan sampah sarap melata di bawah rumah..(mengingatkan aku pada kawasan setingan tempat di mana aku pernah membesar satu ketika dulu. Aku akan cerita part setingan ini pada entri yang lain inshaAllah)
Penduduk kampungku iaitu orang iban jauh 'lebih islam' dari aspek penjagaan alam sekitar. Walaupun kerajaan tidak menyediakan pelbagai kemudahan asas kepada penduduk kampungku (lihat Syawal Yang Gelap). Tiada kemudahan elektrik. Tiada kemudahan air bersih. Tiada tong sampah besar di tepi jalan. Penduduk kampungku tahu berterima kasih kepada kerajaan dengan tidak membuang sampah merata-rata. Mereka mengali sendiri lubang sampah jauh di belakang rumah. Mengali sendiri lubang untuk menyimpan tong pelupusan najis. Malahan ada yang sanggup berjalan masuk ke hutan atau ke kebun masing-masing (seperti ibuku), mengali lubang untuk menanam sampah masing-masing.
Antara yang mengkagumkan; ada penduduk rumah panjang sanggup membuang sampah ke dalam tong sampah utama yg terletak di jalan besar yang jaraknya lebih kurang 11km dalam perjalanan mereka ke bandar Limbang Sarawak atau ke Brunei.
Tahniah kepada penduduk kampungku.
Diharapkan video memilukan ini memberikan keinsafan kepada kita semua
tentang peri pentingnya tidak membuang sampah merata-rata termasuk di sungai dan di laut.
Kita tidak hidup bersendirian di bumi ALLAH ini.
Admin:
Entri ini tiada niat rasis. Melayu dalam entri ini tidak mewakili semua melayu.
Seingat saya, Kak Nurul pernah bawa saya melawat kampung ini semasa saya melawat Kak Nurul di Lawas suatu masa dulu :)
BalasPadam