Khamis, 27 Januari 2011

SAKIT PUAN : Perlukah bayi dibunuh?




 
Gambar hiasan : Bayi dalam rahim


Kes 1 :
Anita (bukan nama sebenar) sedang hamil 5 bulan. Berumur 29 tahun. Doktor mengesahkan dia mengalami ketumbuhan dalam rahim yg serius. Doktor meminta dia 'membunuh' bayi yg dikandungkan untuk membuang ketumbuhan dalam rahimnya. Dia tersepit. Siapakah yg perlu diselamatkan?
Ini bukan anak pertama. Dia ada anak2 yg lain. Namun dalam rahim ini jua darah dagingnya.

Dia bersetuju tetapi meletakkan syarat boleh membuang ketumbuhan tersebut dengan syarat tidak mencederakan bayinya. Alhamdulillah...bayi itu sihat walafiat dan telahkan membesar.




Kes 2 :
Salina (bukan nama sebenar) berumur 42 tahun. Menghidap sakit jantung. Tiba2 disahkan hamil 2 bulan. Doktor memberitahu kandungan itu membahaya untuk jantungnya. Dia ada anak-anak lain yg telah remaja dan sedang membesar. Apa sangatlah segumpal darah. Namun dia meletakkan ajal maut ketentuan ilahi. Dia tidak memperdulikan arahan doktor. Doktor hanya manusia biasa. Bercakap sekadar mengikut ilmu yg ALLAH anugerahkan kpdnya. Dia meneruskan kandungannya.

Alhamdulillah...cukup masa, dia selamat. Bayi pun selamat.



 
Gambar hiasan



Kes 3 :
Cempaka (bukan nama sebenar). Berumur 39 tahun. Sedang mengandung anak ke-5. Kandungan baru berusia 5 bulan. Tiba2 disahkan doktor menghidap barah rahim tahap ke-3. Ya ALLAH....Doktor mengarahkan supaya bayi 'dibunuh' untuk menyelamatkan ibu. Rahim perlu dibuang dengan segera untuk mengelakkan sel2 barah merebak ke anggota2 lain si ibu. Ibu tersepit. Perlukah bayinya dibunuh utk menyelamatkan nyawa dan tubuhnya?

Astaqfirrullahalazhim...bayi itu 'dibunuh'. Aku menitiskan air mata mendengar kisah ini dari mulut kakak bayi malang ini. Bayi lelaki ini telah diberi nama dan telah selamat dikebumikan. Al Fatihah....

Kenapa tidak menunggu 2 bulan lagi?.... Ibu kesakitan tetapi tiada bayi penawar duka.



Kenapa???????????? 100 kali...



Ya ALLAH....Ampunkan dosa hamba2Mu.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...