Sudahkah Anda Menolong Orang Lain Hari Ini?


Bismillah....

Aku insan yang kerdil yang memiliki impian besar (dan banyak)

Impianku ingin melihat dunia ini aman, dunia ini hanya dihuni oleh mereka yang ada rasa belas dan kasihan.


Bukan dihuni mereka yang jahat, bukan dihuni oleh mereka yang menipu; apatah lagi seorang perompak (terutamanya yang merompak dari kaumnya sendiri)

Tetapi Allah swt Maha berkuasa. Dia hendak kita berfikir. Hendak kita belajar. Dia (Allah swt) memberi kita pilihan. Hendak menjadi baik atau hendak menjadi jahat?

Aku memilih untuk menjadi baik inshaAllah. Aku tahu aku bukan yang terbaik. Aku bukan seorang yang cemerlang. Aku hanya seorang pejuang...mungkin.

Aku menyintai kerja-kerja kemasyarakatan. Aku mahu semua orang memiliki peluang dan berjuang. Jika merempat, diberi peluang pekerjaan; dan mesti berjuang untuk terus hidup.

"Apabila saya pencen nanti atau abang cukup mampu untuk menyara saya tanpa saya perlu bekerja, saya hendak terlibat sepenuh masa dalam kerja-kerja kemasyarakatan"

Entah suamiku mendengar atau tidak. Jika pun mendengar, mungkin tidak mendengar dengan teliti. Suami....

Entah akan sampaikah umurku kepada umur pencen? 
Entah bilakah suamiku akan mempunyai pendapatan 'mampu' tersebut?

Impian ini memerlukan pengorbanan ringgit, masa dan tenaga.

Aku belum punya kesanggupan berkorban masa dan tenaga  kerana masa dan tenagaku lebih diperlukan oleh suami dan anak-anak yang masih kecil.

Apa yang melegakan aku, aku masih boleh melakukannya dari jauh. Alhamdulillah sebelum nafas terpisah daripada jasad ini aku berkesempatan memanfaatkan perkhidmatan pos laju dan e-dagang seperti maybank. Alhamdulillah.

InshaAllah segala pemberian walaupun sedikit boleh menambah nilai kepada kehidupan orang lain di luar sana. InshaAllah akan ada anak-anak yang tidak menangis kelaparan (walaupun untuk satu hari). InshaAllah akan ada anak-anak boleh memakai baju dan kasut yang lebih elok. Alhamdulillah....

Aku selalu mencuba untuk beringat; apa yang aku ada, bukan aku yang punya tetapi Allah yang punya.

Aku mempunyai banyak senarai impian dalam kerja kemasyarakatan ini.

Individu pertama yang hendak aku mudahkan hidupnya adalah ibuku. Aku teringin sangat membantu ibu merealisasikan cita-citanya mengusahakan tanah di kampung. Cita-cita ibu memiliki ladang kelapa sawit dan getah yaang diusahakannya sendiri (bukan syarikat). Alangkah indahnya jika aku punya kemampuan mengupah beberapa orang pekerja ladang sepenuh masa untuk meringankan kerja-kerja ibu? 

Individu kedua tentu sekali ayahku. Alangkah baiknya jika aku mampu menyediakan tempat tinggal yang lebih selesa untuk ayah? Alangkah senangnya hati jika mampu menyediakan pembantu rumah harian untuk ayah? 

Impian aku seawal aku melangkah kaki ke menara gading adalah untuk membantu orang kampungku. Alangkah leganya jika aku punya kemampuan untuk mengupah peguam yang handal? Seorang peguam yang boleh berjuang mempertahankan tanah adat orang kampungku; Seterusnya boleh berjuang mendapatkan bekalan elektrik dan air paip; yang orang kampungku tidak pernah dapat sejak negara ini merdeka.

Diulangi! Orang kampungku tidak pernah menikmati bekalan elektrik dan air paip SEJAK NEGARA INI MERDEKA.

Apa perasaan anda jika sehari tiada bekalan elektrik?
Apa perasaan anda jika sehari tiada bekalan air paip?
Apa perasaan anda?!

Aku juga mengimpikan untuk membina asrama dan dewan terbuka di sebidang tanah kampung yang ibu hadiahkan kepadaku. Ibu berharap sangat aku membina sebuah banglo di tanah itu; tetapi impian aku lain. Aku ingin menyediakan kemudahan asrama dan dewan terbuka di tanah itu. Asrama untuk kelas-kelas pengajian agama dan kumpulan dakwah yang singgah ber-3 hari, ber-10 hari atau ber-40 hari.


Begitu banyak  impianku...

Semua impian  ini perlukan MONEY! MONEY! MONEY!

Impianku terbesar aku sejak dulu hingga kini adalah menubuhkan sebuah yayasan; Yayasan Hidayah. Alangkah seronoknya hati ini jika semua kanak-kanak dapat pergi ke sekolah dengan hati gembira? Tidak perlu risau tentang tambang van sekolah. Tidak perlu risau untuk berganti baju sekolah dengan abang atau adik. Tidak perlu risau tentang duit belanja buku dan makan. Tidak perlu risau tentang yuran pengajian di universiti/kolej. Alangkah seronoknya dapat menambah nilai kehidupan kanak-kanak miskin? 

Sangat seronok. Sangat nikmat rasa di hati apabila dapat memudahkan kehidupan orang lain.

Entah akan tercapai ke tidak semua impianku ini. Atau  sekadar angan-angan mat jenin? Hah!

Sudikah anda semua menolongku?
Menolong aku merealisasikan impianku ini?

Aku tidak mengharapkan bantuan kewangan. Tidak sama sekali.

Apa yang aku harapkan adalah doa daripada anda semua.

Dan....

Jemput ramai-ramai memeriahkan page Kedai Gloria😊


Dapatkan shawl dua muka dua warna PERCUMA di Kedai Gloria

Ulasan

BACAAN POPULAR

Pesanan Buat Semua Pelajarku

Kod Makanan E471, E472 - Halal atau Haram?

BAHAYA POLISTERIN: Tolong Berhati-hati

SAPS Memang Lembab! Tensionnya.

Jumpa di FACEBOOK