Budaya Fitnah - Tanda Kejatuhan Sebuah Kerajaan



Aku sebagai guru sejarah selalu berpesan kepada para pelajarku supaya belajar melalui sejarah. Sesiapa yang tidak mengambil pengajaran daripada sejarah akan mengulangi kesilapan sejarah itu.

Inilah yang banyak berlaku pada pemimpin kita hari ini. Rasuah berleluasa. Harta rakyat dibuat seperti harta sendiri. Budaya fitnah memfitnah kerana kepentingan peribadi dan politik bermaharajalela. Ingatlah keruntuhan sesebuah kerajaan seringkali berpunca daripada penyebaran fitnah dalam politik.


 
 
 
 Ilustrasi :
Kejatuhan Kerajaan Melaka 1511
berpunca dari budaya rasuah
dan fitnah berleluasa







Di Malaysia, penggunaan fitnah sebagai senjata politik dapat dilihat apabila golongan politik sejak dahulu lagi kerap menyalahgunakan agama untuk menarik sokongan orang ramai. Begitu mudah bersumpah "dengan nama ALLAH" untuk membenarkan perbuatan mereka.

Isu ini mungkin telah basi bagi sesetengah orang tetapi itulah yang berlaku dan akan terus berlaku dalam politik di negara kita (selagi kita memilih pemimpin yg cetak agama dan sombong terhadap perintah ALLAH).

Gambar Hiasan;)

Ada sesetengah ahli parti politik gemar menggunakan masalah peribadi seseorang sebagai modal politik mereka. Mereka melakukan fitnah kerana ingin bersaing dan mahu mewujudkan pengaruh. Golongan yang mempunyai kuasa pula ingin terus kekal di atas dan menggunakan fitnah untuk menumpaskan pesaing mereka.

Sebab itu, agama perlu berada di atas politik dan bukan parti politik yang mengarah golongan ulama supaya mengeluarkan fatwa yang sesuai dengan kehendak mereka. Agama adalah asas kepada semua urusan kehidupan kita umat manusia. Tiada istilah agama dipolitikkan. Sepatutnya politik itu diagamakan. Sesuai dengan syariat Islam.

Berhubung isu video seks yang berleluasa, aku secara peribadi tidak bersetuju dengan pendedahan keaiban individu termasuk menjadikan ia sebagai modal politik. Sesiapa yang membantu menyebarkan keaiban orang lain (dengan apa cara sekalipun) akan mendapat saham dosa yang sama seperti pembuka aib tersebut. Niat tidak menghalalkan cara. Dosa zina itu, dosa hambaNya kepada ALLAH. Tidak perlu digembar-gemburkan.


Gambar Hiasan


Sepatutnya tokoh politik kita atau pengikut politik yang mengaku dirinya beragama islam harus mengamalkan dasar dan sistem politik yang berakhlak, berhemah dan bermaruah, tidak mahu politik jijik dan keji apatah lagi menjatuhkan serta membina jati diri di atas kesengsaraan dan penderitaan orang lain.

Gambar Hiasan :)

Ingatlah, kalau anda mempunyai keluarga, individu yang anda aibkan juga mempunyai  keluarga. Fikir-fikirkanlah...

Paling penting, takutlah kepada ALLAH. Pencipta kita. KepadaNya jua kita akan kembali satu hari nanti.








Disunting dari Forum berjudul “Fitnah: Ancaman Umat Akhir Zaman” anjuran akhbar Sinar Harian yang diadakan di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam.

Ulasan

BACAAN POPULAR

Pesanan Buat Semua Pelajarku

Kawan Terbaik Sekolah Menengah

Kod Makanan E471, E472 - Halal atau Haram?

Mahalnya Sumbangan PIBG

BAHAYA POLISTERIN: Tolong Berhati-hati