Catatan

Sudahkah Anda Menolong Orang Lain Hari Ini?

Imej
Bismillah.... Aku insan yang kerdil yang memiliki impian besar (dan banyak) Impianku ingin melihat dunia ini aman, dunia ini hanya dihuni oleh mereka yang ada rasa belas dan kasihan. Bukan dihuni mereka yang jahat, bukan dihuni oleh mereka yang menipu; apatah lagi seorang perompak (terutamanya yang merompak dari kaumnya sendiri)

TIADA LELAKI DALAM RUMAH INI?

Imej
Malam itu seperti malam-malam biasa. Kami semua belum tidur lagi walaupun sudah hampir tengah malam. Ada yang masih bersembang sambil makan jajan di ruang tamu. Ada yang membaca novel/majalah sambil mendengar radio muzik. Tiada TV. Tiada gajet. Tiba-tiba kedengaran ketukan bertalu-talu di pintu. Macam nak roboh gril besi yang memagari pintu cermin rumah sewa kami. Kedamaian malam kami diganggu... Tiada salam. Yang ada hanya ketukan dan jeritan "buka pintu cepat!". Jeritan tu berulang-ulang. Suara lelaki. Kami tidak pernah menerima tetamu lelaki di waktu malam, apatah lagi lewat malam begini. Seorang rakan serumah kami yang berani cuba mengintai-intai melalui tingkap. "Van Masjid UKM!" Ahhh! Kami semua terkejut. Apahal orang masjid UKM datang malam-malam buta begini. Kami ada buat salahke?

KEMANISAN HIDUP MISKIN

Imej
Melalui tepi-tepi jalan projek perumahan mewah aku melihat deretan rumah kongsi. Berkotak-kotak. Diperbuat daripada papan plywood murah. Aku memberitahu anakku, ibu pernah tinggal di rumah seperti itu. Pernah tinggal di rumah kongsi. Aku melihat diriku di situ.

Suamiku Yang Luar Biasa

Imej
Bismillah... Sudah agak lama tidak menulis. Kebelakangan ini aku agak sibuk. Sibuk dengan kerja-kerja keguruan dan sebagai seorang ibu. Alhamdulillah, aku dapat bertukar mengajar di sekolah berdekatan dengan rumah. Sekolah baru, rakan-rakan baru, cabaran baru dan murid-murid baru. "Apasal nama awak ada Gloria?" "Awak reverted ke?" "Suami awak orang melayu ke?" Aku akan selalu ditanya soalan yang sama. Berulang-ulang.... Bosan, namun perlu dijawab dengan sabar dan senyuman😊 Entri ini untuk menjawab,"Suami awak orang melayu ke?" Bukan. Suamiku orang english.

Panduan Menyiapkan Tugasan PT3 SEJARAH 2015

Imej
Bismillah.... Tugasan PT3 Sejarah adalah berdasarkan dokumen Persetiaan Persekutuan 1895 Tugasan mestilah mengandungi beberapa perkara seperti di bawah: 1.  Tajuk kajian 2.  Nama penulis      3. Kandungan      Pengenalan- menjelaskan latarbelakang perjanjian dan menggambarkan keseluruhan kajian         secara umum        Menjelaskan faktor pemeteraian persetiaan persekutuan 1895        Menganalisis kesan setiap butiran perjanjian terhadap negeri-negeri melayu       Menghubungkait pembentukan persekutuan dengan kedaulatan malaysia       Rumusan         Sumber rujukan Nasihat saya kepada murid-murid...

Aku dan Melayu Part 2 : Sayang Seribu Kali Sayang

Imej
Bismillah dan Assalamua'laikum wbt.... Aku selalu melawat perkampungan melayu ini. Kali pertama aku melawat perkampungan ini adalah 10 tahun lepas...dari jalan depan. Naik bot dari kampung seberang. Lebih kurang 10km dari Pekan Lawas Sarawak. Perkampungan melayu atas sungai. Sangat indah panaromanya. Semua rumah bersaiz besar. Ruang tamu besar. Dapur besar dan banyak bilik. Rumah-rumah dibina berdekatan. Rumah -rumah dihubungkan antara satu sama lain dengan pembinaan jeti. Sangat menarik. Sangat sesuai dijadikan destinasi pelancongan. Kampung ini dilengkapi pelbagai kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air paip, surau dan dewan orang ramai.. Masjid, sekolah dan klinik juga dibina berdekatan. 

Kemiskinan Tidak Salah

Imej
Dua orang murid kelasku dibuang sekolah. Sedih juga mengenangkan. Mereka bukanlah murid yang jahat. Keduanya agak pendiam ketika dalam kelas. Tidak banyak membantah jika diminta membuat kerja sekolah. Cuma sesekali mereka menjadi malas dan perlu dipujuk. "Ya cikgu" itulah jawapan yang mereka selalu berikan.