Assalamualaikum wbt... Sistem Pentaksiran Pendidikan Berasaskan Sekolah (SPPBS) adalah sistem yg nampak comel atas kertas....namun SPPBS adalah antara sistem pendidikan yang tidak relevan yang pernah diperkenalkan. Kenapa SPPBS tidak relevan?
Salam followers yang budiman, . Maaf sebab sudah lama tidak menulis di sini, Aku tidak pernah berhenti menulis, Insya-Allah, cuma bukan di sini buat masa ini, Kalian masih boleh membaca tulisanku di "facebook" . . Kini aku merapu di sana😜 . Jemput follow aku di sana dengan mengetik pautan ini http://facebook.com/gloriaabdullah . Jumpa di sana semua😘 .
Bismillah dan Assalamualaikum wbt semua... Alhamdulillah syukur. Sesi persekolahan 2017 telah selesai. Kini masanya berehat dan fokus pada hobi yang lama tertinggal. Anak-anak tetap memilih mengunjungi perpustakaan. Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Raja Tun Uda Shah Alam sudah menjadi tempat kegemaran anak-anak. Aku memberi kebebasan untuk mereka beraktiviti. Membaca buku Menonton animasi Meningkatkan kemahiran sosial (berkawan). . Jadi, bolehlah ibunya menyiapkan kerja menulis/membaca di satu sudut lain di ppas ini (seperti juga ibu-ibu lain di sini) Atau tulis entri baru untuk santapan korang 😘 . PPAS adalah tempat terbaik untuk 'mengasuh' anak-anak di hujung minggu. PPAS tidak pernah mengecewakan. Hampir setiap hujung minggu zon kreatif ppas ada aktiviti untuk kanak-kanak; seperti membuat playdoh, membina kotak pensil dari bahan terbuang, membina stress ball, mencantum 3D puzzle dan bermacam-macam lagi. . Cu...
"Keluarga saya dikecualikan membayar PIBG cikgu" "Kenapa?" "Cikgu boleh tanya Cikgu Mala, kenapa? Tahun lepas pun dia kecualikan saya" (Mala bukan nama sebenar😊) . Sejak kebelakangan ini kecoh berkenaan sumbangan PIBG. Kononnya guru menyalahgunakan duit PIBG untuk kegunaan majlis hi-tea guru. Amboi mulut... . Contoh seorang ibu yang tidak pernah hadir mesyuarat agung PIBG Kekecohan ini ditimbulkan oleh segelintir kecil ibu bapa yang tidak pernah hadir mesyuarat pibg, yang tidak aktif program PIBG. Diorang ingat guru-guru serakus itu ke? Jamuan hi-tea guru menggunakan duit kelab guru. Tiada sesen pun menggunakan duit PIBG. Jika ada pun, sekadar tajaan 1-2 hadiah untuk cabutan bertuah. Itupun kena tulis surat rasmi dan menghadap muka YDP PIBG (iaitu bapa murid). . Contoh seorang bapa yang tidak pernah hadir mesyuarat agung PIBG . Ada juga mulut gatal yang menuduh sekolah paksa rela ibu bapa membayar sumbangan PIBG. Amboi amboi🙄 (P...
Bismillah.... Pada 12hb Mac baru-baru ini suami mengajak aku dan anak2 dinner bersama rakan kontraktornya di sebuah restoran di Pelabuhan Kelang (maaf, terlupa nama restoran) Sambil makan-makan, kami bersembang pelbagai isu, terutama isu berkaitan krisis di Lahad Datu. Entri kali ini bukanlah hendak bercerita berkenaan krisis Lahad Datu. Aku kurang arif berkenaan krisis ini; terlalu banyak spekulasi. Apa yang menariknya; beliau (kontraktor tersebut) mengatakan sepanjang kerjayanya sebagai kontraktor (iaitu semenjak Selangor ditabdir oleh Barisan Nasional (BN), sekarang Pakatan Rakyat (PR)), dia telah berjumpa dgn pelbagai jenis orang (orang politik). Katanya; kebanyakan orang BN siang hari jadi orang, malam hari jadi hantu. Kalau orang PAS, siang hari jadi orang politik, malam hari jadi orang biasa (orang yang bekeluarga; bersama keluarga). Katanya. Bukan kata aku ok. Orang BN kaya-kaya. Orang PAS sederhana saja, katanya. Bukan kata aku ok. Gambar : Ustaz Azi...
Ulasan
Catat Ulasan