5 Hari Bercuti di HTAR

Bismillah..

Malam itu malam jumaat....
Untuk ketiga kalinya Izzat menempah percutian di HTAR (Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang).

Semuanya bermula dengan demam. Selepas rawatan klinik swasta tidak menjadi, kami (aku dan suami) membawa Izzat ke klinik Kesihatan berhampiran. Selepas melihat keputusan ujian darah Izzat, doktor bertugas memberitahu Izzat perlu dikejarkan ke hospital dengan segera. Allahu...

Suami bersama kakak (Batrisyia) dan abang (Alif) balik ke rumah mengemas barang-barang keperluan bercuti di hospital. Aku dan Izzat naik ambulan terus ke HTAR. Cuti sekolah sudah hendak habis, tetapi Izzat baru hendak menempah katil di HTAR. Alahai..
.

28hb Mac 11.30pm..
Izzat masuk wad.
Doktor yg incaj kata Izzat nampak aktif dan sihat.
Sepatutnya tidak perlu masuk wad.
(Pulakk....)
Di wad macam- macam penyakit ada, risau terkena jangkitan katanya.
Bolehke discaj malam ni doktor?
Doktor senyum, kena periksa dulu katanya...
hmmm




29hb Mac...
Pagi: Doktor senior kata...
Izzat boleh discaj kalau tidak demam petang ni.
Tetapi petang tu Izzat macam hendak tinggal lebih lama di HTAR.
Dia demam.


30hb Mac...
Doktor Pakar Darah mengarahkan supaya Izzat dimasukkan darah.
Hemoglobin (HB) darahnya turun dari 6.0 kepada 5.60. Allahuakbar!
Tetapi aku meminta ujian dibuat sekali lagi.
 Doktor setuju tunggu sehingga esok.

31hb Mac...
Jam 6.00am Izzat kena cucuk lagi untuk ambil darah.
Kesian Izzat, asyik kena cucuk.
Keputusannya teruk, HB turun ke 5.4.
Mau tak mau, izzat perlu dimasukkan darah.
Jam 3.30pm Izzat dimasukkan 1 pain darah jenis O+
Dia tidur sepanjang proses.


Mudah-mudahan darah yg dimasukkan itu darah yg suci dan bersih. Ameen.


Izzat nampak lebih merah selepas dimasukkan darah.
01hb April bacaan HB darahnya 10.0
Tetapi petang itu Izzat demam, jadi masih tidak boleh discaj.

Alhamdulillah...
02hb April baru Izzat boleh discaj selepas betul-betul sihat, in shaa ALLAH.
Izzat dibekalkan dengan multivitamin, zat besi dan asid folik...
dan perlu follow up sebulan kemudian.

Sepanjang 5 hari Izzat di HTAR,
 keadaan agak kelam kabut.
Aku dan suami bergilir-gilir menjaga Izzat di wad.
Suami tidak hadir kursus 1 hari
(kena marah dengan bos itu biasa)

Aku terkejar-kejar antara tugas di sekolah dan izzat yang sedang menunggu di wad.
Kakak dan abang pun sangat kasihan..
2 hari tidak berjumpa mama; 
3 malam tidur di rumah kawan suami.
Alhamdulillah kawan suami tu memahami 
(terima kasih banyak-banyak buat en kamal sekeluarga)

Hari ke3 baru dapat kakak dan abang dapat jumpa mama. 
Rindunyalah pada dua kesayangan-kesayangan mama ni.
Sayang anak-anak  mama selalu.
Malam ke4 dan ke5 baru mereka kembali tidur dengan mama.
(setelah suami ambil giliran tidur di wad menemani izzat:-))


Begitulah ceritanya apabila ada ahli keluarga yang sakit. Perlu ada tolak ansur apatah lagi berkaitan anak sendiri. Suami isteri perlu berbincang dan saling membantu. Terima kasih suami kerana sentiasa berusaha menjadi ayah yang bertanggungjawab.




p/s : Kucing-kucing di rumah pun sangat kesian.






Admin:
Alhamdulillah, masalah tiub jantung dan buah zakar Izzat sudah pulih sebelum umurnya 1 tahun. Cerita dulu-dulu klik SINI




Ulasan

BACAAN POPULAR

Kod Makanan E471, E472 - Halal atau Haram?

Pesanan Buat Semua Pelajarku

BAHAYA POLISTERIN: Tolong Berhati-hati

Kenapa Aku Menjadi Cikgu?