Selamat Tinggal Kuantan Pahang


Alhamdulillah....selepas tiga kali mohon eg-tukar, akhirnya dapat juga aku kembali ke Selangor.


Sayu, sedih meninggalkan Kuantan. Banyak kenangan manis di sini. Rakan2 guru yg banyak membantu. Staf pejabat yg mesra. Jiran2 yg baik. Entah akan aku temui suasana begini di tempat baru?

Paling sayu apabila terpandang muka para pelajar yg bakal ditinggalkan khasnya para pelajarku di tingkatan satu. Muka2 nakal, tetapi penuh harapan dan masih suci. Dalam senyumku, mengalir juga air mataku. Mudah2an mereka mendapat guru yg lebih baik, yg boleh mendidik dan membimbing mereka mengapai cita2 dan kecemerlangan

Dalam keseronokan dapat kembali ke Selangor, ada juga yg tak seronoknya....

Hajat hati hendak mengajar di sekolah berdekatan dgn rumah sendiri di Bangi, tetapi JPNS melontar aku jauh ke Klang....atas alasan ikut SISTEM.




Sistem?




Sistemkah yg tolong carikan aku rumah sewa baru?
Sistemkah yg tolong carikan taska dan tadika baru anak2 aku?
Sistemkah yg tolong bayarkan kos berganda aku? Rumah sewa dan rumah sendiri?
Sistemkah yg tolong aku menghadapi kesesakkan lalu lintas?
Sistemkah yg akan tolong aku menjawab pada pegetua jika terlewat sampai ke sekolah?
Sistemkah yg tolong menghantar anak2 aku ke taska dan tadika jika suami aku kerja luar? Aku perlu berada di sekolah sebelum jam 730am, sedangkan taska dan tadika mula beroperasi jam 800am.


Sistemkah?


Kalau sistem tak boleh tolong, memang banganglah sistem tu. Manusia yg terlalu ikut sistem tu dua kali bangang (maaf...yalah, Allah telah kurniakan manusia akal, hati dan perasaan. Sepatutnya budi bicara boleh digunakan dlm kes2 tertentu)

Mungkin robot yg membina sistem tu! (mood geram)

Cuti sekolah tinggal seminggu lagi. Semua perkara di atas belum setel2 lagi. Pening!




Admin :
Maaf.....


Ulasan

  1. Salam.

    Bukan senang menjadi ibu bapa dalam zaman sekarang terutama dalam sistem kekeluargaan yang berteraskan keluarga nuklues. Sistem tanpa budi bicara memang melelahkan dan situasi begini menyebabkan dalam keadaaan tertentu perlu kepada keputusan melangkaui sistem melalui penggunaan 'kabel'.

    BalasPadam

Catat Ulasan

BACAAN POPULAR

Kod Makanan E471, E472 - Halal atau Haram?

Pesanan Buat Semua Pelajarku

BAHAYA POLISTERIN: Tolong Berhati-hati

Kenapa Aku Menjadi Cikgu?