Kemiskinan : Apabila Kanak2 Menjadi Mangsanya

Bismillah...

Pada 25hb Jun baru-baru ni, sekolah  mengadakan Hari Pelaporan. Hari Pelaporan ini antaranya bertujuan untuk memaklumkan ibu bapa berkenaan prestasi akademik dan akhlak anak-anak mereka di sekolah. Ia juga bertujuan untuk membolehkan  ibu bapa dan guru  berbincang dan bertukar idea apakah tindakan susulan seterusnya, jika perlu.

Kelas aku hanya 6 ibu bapa  yg menghadirkan diri (daripada 29 ibu bapa).

Apabila berjumpa face 2 face dgn ibu bapa, barulah tahu apa masalah keluarga mereka.


Gambar kredit  LifeIsABigCanvas

Kisah 1 :
Pelajar A, seorg pelajar yg berpotensi dan mempunyai sikap yang baik. Dia terpaksa memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga sejak tahun lepas kerana ayahny 'tiada' di rumah. Kadang-kadang balik rumah, kadang-kadang tidak. Awal tahun ini ayahnya dalam tahanan polis (sebab "kenapa ditahan" tidak dimaklumkan). Selesai sahaja sesi persekolahan harian, dia akan terus ke tempat kerja.  Disebabkan terpaksa bekerja sampai lewat malam dan keletihan bekerja menyebabkan dia selalu sukar menghadirkan diri ke sekolah pagi. Dia ada ibu dan 5 org adik yang perlu  diberi makan. Ada sewa rumah dan bil elektrik tertunggak  yang perlu dibayar. Apa boleh buat. Alah bisa tegar biasa. Dia telah mengalas tanggung jawab sebagai ketua keluarga semenjak berumur 14 tahun. Sungguh kasihan....




Kisah 2 :
Pelajar B, pelajar perempuan yg moody. Curi-curi kerja selepas sekolah dan hujung minggu tanpa pengetahuan ibunya. Hendak dijadikan cerita, pendapatan ayahnya bekerja sendiri tidak menentu. Emaknya kadang-kala berniaga kuih muih, kadang-kala tidak. Mempunyai adik beradik yg ramai. Dia curi-curi kerja kerana ibunya tidak membenarkan dia bekerja. Ibunya hendak dia fokus pada pelajaran kerana tahun ini SPM. Ibunya memang selalu menghubungiku bertanyakan hal ehwal anak gadisnya ini. Tetapi akhirnya ibunya dapat tahu juga tanpa perlu aku memberitahu.


Gambar kredit Billy


Kisah 3 :
Pelajar C, seorang yang pendiam. Ibu bapanya telah bercerai. Keduanya telah berkahwin lain dan tinggal di negeri lain. Ayahnya di Kuala Lumpur, emaknya di Sabah. Pelajar C kini tinggal bersendirian bersama dengan adiknya yang berumur 15 tahun. Aku diberitahu ayahnya selalu menghubungi mereka dan menghantar belanja. Masalahnya pelajar ini sekejap ada sekejap tiada di sekolah. Masalah paling besar tiada orang dewasa tinggal bersama mereka atau dengan perkataan paling mudah TIADA PENJAGA. Kadang-kala terpaksa berharap pada ihsan jiran tertangga. Sedih...

Aku pernah menghubungi ayahnya berkenaan kekerapan ketidakhadirannya ke sekolah dan kemerosotan prestasi akademiknya. Ayahnya berkata dia akan bercakap dengan anaknya.

"......"

Di sekolah ini ramai pelajarnya lahir dari keluarga miskin dan bermasalah. Kebanyakan ibu bapa kurang berpendidikan. Mereka sayang anak mereka cuma tidak tahu bagaimana hendak menunjukkannya. Mereka mengharapkan bantuan, tetapi tidak tahu caranya. Sekolah ingin membantu, masalahnya ibu bapa dari keluarga begini yang amat payah hadir ke program-program sekolah. Anak-anak mereka juga amat payah duduk tetap di dalam kelas. Asyik tawaf kawasan sekolah. Suka mencarut dan kurang menghormati guru.

Aduhai...
Macam manalah guru-guru hendak bantu.







Admin : 
Ya ALLAH berilah kami kudrat dan kesabaran dlm mendidik dan membimbing anak-anak bangsa ini.
Aku ingin sekali menjerit kepada pihak2-pihak berkenaan : ke mana pergi wang baitulmal, wang rakyat???????


Ulasan

Catat Ulasan

BACAAN POPULAR

Kod Makanan E471, E472 - Halal atau Haram?

Pesanan Buat Semua Pelajarku

BAHAYA POLISTERIN: Tolong Berhati-hati