ALANGKAH SINGKATNYA HIDUP INI


Semasa sedang menghadap "laptop" lewat malam tadi aku dikejutkan oleh pesanan ringkas seorang rakan guru yang pernah sama-sama mengajar di sebuah sekolah di Selangor :


"Al Fatihah..suami teeeet telah meninggal dunia pada pukul 3.00 petang tadi. Kawan-kawan tolong sedekahkan Al Fatihah."


Gambar hiasan

 
Sungguh mengejutkan. Kawan tu mungkin lagi terkejut sebab baru saja terjumpa isteri dan arwah suami awal cuti sekolah akhir tahun baru-baru ini. Arwah masih muda. Baru 31 tahun. Sedang mengikuti kursus juruterbang helikopter. Sayangnya Allah lebih menyayangi arwah. Beliau Allah 'panggil' ketika sedang menerbangkan helikopter. Berita kemalangan itu disiarkan dalam Buletin Utama malam tadi (tapi aku tak tengok TV malam tadi, itu yang tak perasan tu)


Lebih berita di BERITA HARIAN

 
Tidak dapat dibayangkan perasaan si isteri. Aku pernah mengajar di sekolah yang sama dengannya selama setahun lebih. Mendengar berita ini aku terbayang-bayangkan wajahnya, orangnya...Ibu muda beranak kecil. Bila teringat tubuhnya yang kurus, lemah lembut...alangkah...berat  mata memandang. Berat lagi bahu memikul. Moga isteri ini kuat, tabah dan sabar menghadapi ujian ini...(tiba-tiba aku teringat beberapa kes pelajar dan kenalan yang meninggal muda...hisss..macam-macam. Ada kes bunuh diri, sakit, kemalangan dan sebagainya)



Gambar hiasan


Alangkah singkatnya hidup ini. Hanya antara azan dengan solat saja. Tika lahir kita diazankan. Tika menjadi arwah kita disolatkan.


Macam-macam cara Allah 'memanggil'  kita. Tidak kira usia. Tidak kira masa. Bila-bila masa saja bila tiba waktunya...eeeee..takutnya.


BERSEDIAKAH KITA??????
 
 


Gambar2 di bawah hanya sekadar  renungan buat kita semua....:)


Hanya kain kafan membaluti tubuh...
bukan baju jenama Polo, Armani dan bla-bla...



Dari tanah kita dijadikan, ke dalam tanah kita dikembalikan...
atau lebih tepat Dari ALLAH kita datang kepada ALLAH kita dikembalikan...


 
Inilah 'rumah' transit kita sebelum menuju alam akhirat yg kekal abadi.
Sedalam 7 kaki dan sepanjang hujung kepala ke hujung kaki...
sudah pastinya tiada bekalan elektrik :(


 
Bekalan kita hanya :
i. DOA anak yang soleh
ii. ibadah dan amal jariah
iii. ilmu yang bermanfaat





Ulasan

  1. Mengingati mati itu hukumnya sunat. Tak perlulah kita bangga apa yang ada di dunia sekadar kesederhanaan sahaja. Bila-bila masa kita akan dijemputnyanya cuma tidak tahu tarikh dan masa. Mudah-mudahan kita disudahkan di dunia ini dalam kebaikan. Insyaallah...Mudah-mudahan anak yang ditinggalkan nanti sentiasa mendoakan kita di sana. Untuk itu juga, perlulah kita sentiasa mendoakan untuk kebaikan dan kebahagiaan ibu bapa kita.

    BalasPadam
  2. ...teringat kes seorg rakan yg mengelar pergelangn tgnnya dgn pisau pertengahn tahun lps krn tension ngan keja. Beliau bru 30an, meninggal dlm keadaan bgitu..nauzubillahiminzaliq. Cian istri dan 2 org anknya yg msih kecik..huhuhu

    juga keluar berita..

    BalasPadam

Catat Ulasan

BACAAN POPULAR

Kod Makanan E471, E472 - Halal atau Haram?

Pesanan Buat Semua Pelajarku

Kenapa Aku Menjadi Cikgu?

BAHAYA POLISTERIN: Tolong Berhati-hati