Catatan

Kenapa Nenek Perlukan RM10,000?

Imej
Bismillah... Lewat petang tadi indai call .. "Nenek awak nak jual tanah" "Berapa?" "RM10,000. Tanah seluas 1 1/2 ekar" "Tanah bergeran" indai menambah. "Kat mana?" "Tanah kebun menghadap ke rumah panjang lama" "Kenapa nenek nak jual?" "Nenek perlukan duit. Lagipun tiada sesiapa yang tolong nenek usahakan tanah tu" "Saya tiada cash sebanyak itu sekarang. Saya tak boleh beli. Anak-anak nenek ramai. Cuba tanyakan mereka. Mungkin ada yg berminat"

Aku Dan Sekawan Semut

Imej
Assalamualaikum wbt semua, Aku ingin berkongsi 2 pengalaman ajaib awal pengislamanku di sini. Memang ajaib. Kenapa ajaib? Sebab pengalaman ini sangat langka dan terlalu mustahil untuk aku alami lagi waktu ini, setelah bergelar mukhalaf.  Bismillah, Pengalaman pertama Pengalaman ini pengalaman aku dengan binatang syurga iaitu semut. Aku mempunyai pengalaman yang sangat manis dengan tentera semut ni.

Sudahkah Anda Menolong Orang Lain Hari Ini?

Imej
Bismillah.... Aku insan yang kerdil yang memiliki impian besar (dan banyak) Impianku ingin melihat dunia ini aman, dunia ini hanya dihuni oleh mereka yang ada rasa belas dan kasihan. Bukan dihuni mereka yang jahat, bukan dihuni oleh mereka yang menipu; apatah lagi seorang perompak (terutamanya yang merompak dari kaumnya sendiri)

TIADA LELAKI DALAM RUMAH INI?

Imej
Malam itu seperti malam-malam biasa. Kami semua belum tidur lagi walaupun sudah hampir tengah malam. Ada yang masih bersembang sambil makan jajan di ruang tamu. Ada yang membaca novel/majalah sambil mendengar radio muzik. Tiada TV. Tiada gajet. Tiba-tiba kedengaran ketukan bertalu-talu di pintu. Macam nak roboh gril besi yang memagari pintu cermin rumah sewa kami. Kedamaian malam kami diganggu... Tiada salam. Yang ada hanya ketukan dan jeritan "buka pintu cepat!". Jeritan tu berulang-ulang. Suara lelaki. Kami tidak pernah menerima tetamu lelaki di waktu malam, apatah lagi lewat malam begini. Seorang rakan serumah kami yang berani cuba mengintai-intai melalui tingkap. "Van Masjid UKM!" Ahhh! Kami semua terkejut. Apahal orang masjid UKM datang malam-malam buta begini. Kami ada buat salahke?

KEMANISAN HIDUP MISKIN

Imej
Melalui tepi-tepi jalan projek perumahan mewah aku melihat deretan rumah kongsi. Berkotak-kotak. Diperbuat daripada papan plywood murah. Aku memberitahu anakku, ibu pernah tinggal di rumah seperti itu. Pernah tinggal di rumah kongsi. Aku melihat diriku di situ.

Suamiku Yang Luar Biasa

Imej
Bismillah... Sudah agak lama tidak menulis. Kebelakangan ini aku agak sibuk. Sibuk dengan kerja-kerja keguruan dan sebagai seorang ibu. Alhamdulillah, aku dapat bertukar mengajar di sekolah berdekatan dengan rumah. Sekolah baru, rakan-rakan baru, cabaran baru dan murid-murid baru. "Apasal nama awak ada Gloria?" "Awak reverted ke?" "Suami awak orang melayu ke?" Aku akan selalu ditanya soalan yang sama. Berulang-ulang.... Bosan, namun perlu dijawab dengan sabar dan senyuman😊 Entri ini untuk menjawab,"Suami awak orang melayu ke?" Bukan. Suamiku orang english.

Panduan Menyiapkan Tugasan PT3 SEJARAH 2015

Imej
Bismillah.... Tugasan PT3 Sejarah adalah berdasarkan dokumen Persetiaan Persekutuan 1895 Tugasan mestilah mengandungi beberapa perkara seperti di bawah: 1.  Tajuk kajian 2.  Nama penulis      3. Kandungan      Pengenalan- menjelaskan latarbelakang perjanjian dan menggambarkan keseluruhan kajian         secara umum        Menjelaskan faktor pemeteraian persetiaan persekutuan 1895        Menganalisis kesan setiap butiran perjanjian terhadap negeri-negeri melayu       Menghubungkait pembentukan persekutuan dengan kedaulatan malaysia       Rumusan         Sumber rujukan Nasihat saya kepada murid-murid...