Catatan

Kenapa Aku Menjadi Cikgu?

Imej
Bismillah.... Gambar hiasan Setelah hampir 14 tahun jadi cikgu, aku selalu ditanya 2 soalan utama... "Seronok ke jadi cikgu?" "Kenapa nak jadi cikgu?" Soalan di atas nampak mudah. Namun agak sukar juga untuk aku menjawabnya. Soalan2 ini boleh dikategorikan sebagai soalan aras tinggi...:-) Hanya mereka yg bergelar pendidik yg tahu seronok ke tak seronok jadi cikgu ni. Seronok ke jadi cikgu? Aku mula menjadi cikgu seawal umur aku 9 tahun.

Kuching : Hujan Oh Hujan

Imej
Sebenarnya dah lama nak kongsi pasal percutian di Kuching Sarawak ni. Tetapi asyik tertunda je :-). Walaupun aku berasal dari Negeri Sarawak, Kuching masih agak janggal bagiku. Bukan mudah untuk bertandang ke sini. Jika bukan disebabkan hadir kursus keguruan, memang tidak akan 'mampu' bertandang ke sini. Limbang ke Kuching...jaraknya seperti Kelantan ke Johor (lebih kuranglah). Bezanya tiada highway berkembar  atau bertingkat. Cuma jalan kampung ...mungkin. Aku biasanya naik flight saja. Lebih cepat dan mudah. Percutian aku sekeluarga ke Kuching pada cuti sekolah hujung tahun lepas (2 hingga 6 Disember 2013) adalah kerana 'menemani' suami yg menghadiri kursus di Kuching...5 hari. Kebetulan pula cuti sekolah, kebetulan pula rakan sebilik hotel suami tidak jadi hadir kursus kerana masalah keluarga....maka kami rebutlah peluang tersebut (dengan kebenaran pihak penganjur). Bilik hotel free , makan sendiri2 la yea;-) Alhamdulillah memang rezeki kami anak beranak.. ...

Misteri MH370?

Imej
Assalamua'laikum wbt.. .. Rasanya hampir sebahagian blogger di negara ini (Malaysia) bercerita mengenai penerbangan MH370 . Peristiwa kehilangan MH370 masih menjadi misteri sehingga entri ini ditulis. Masih menjadi tanda tanya semua orang. Terhempas ke kena rampas ke....atau sesat di mana2 galaksi? Entah. Hanya ALLAH Maha Mengetahui. Misteri ini amat menyedihkan. Membebankan perasaan, terutama ahli keluarga krew dan penumpang MH370. Berat mata memandang. Berat lagi bahu yang memikul. Apa yg kita semua sebagai rakyat biasa boleh buat adalah berdoa dan terus berdoa. Mudah-mudahan mereka yang hilang ditemui segera. InshaAllah dalam keadaan selamat. Tidak mustahil mereka masih selamat. 'Kehilangan' MH370 memang misteri. Apa yang misteri di sebalik kehilangan MH370  ini?....

PRAY FOR MH370

Imej
Hanya doa yang mampu diiringkan rakyat Malaysia untuk semua mangsa yang berada di dalam pesawat gergasi yang masih menjadi tanda tanya ini. Setakat entri ini, sudah 30 jam pesawat ini hilang dari radar. Sama-sama kita doakan yang  terbaik buat semua mangsa yang terlibat di dalam kejadian ini. Senarai Anak Kapal MH370 KL – Beijing:

Islam Pilihanku, Ayah Ibu

Bismillah... Ketika menghadiri Kursus Asas Perbandingan Agama kelolaan Interative Da'wah Training (IDt) , aku berpeluang berkenalan dgn seorang saudara baru (muslimah). Kebetulan dia duduk bersebelahan denganku. Orangnya masih sangat muda. Aku kira dia masih belajar lagi. Berbangsa cina. Aku tahu dia berbangsa cina apabila terdengar dia bercakap dengan seorang urusetia yg berniqab. "Masih belajar ke? Kat mana?" "UNITAR.." "Berapa lama dah memeluk islam?" "2 tahun.." "Satu family atau awak seorang saja?" "Saya seorang..." "Parents dah tahu ke?" "Belum.."

Kawan Terbaik Sekolah Menengah

Imej
P engalaman bersekolah menengah terutama menengah atas adalah pengalaman yang paling menyeronokkan😊 Semasa tingkatan 5 aku mempunyai 5 orang kawan baik. Jadi kami ada 6 orang. Kami berenam duduk di barisan pertama dan kedua paling depan di dalam kelas. Aku duduk di barisan kedua paling tengah. Kami menamakan kumpulan kami Goddes of Ros es (nama ini diambil pengaruh daripada cerita dongeng yang popular akhir tahun 1980an) Kami agak nakal (ala..nakal-nakal remaja; tetapi masih tetap pandai menjaga diri). Nakal kami di kalangan kami sahaja.(sesekali cikgu-cikgu pun kena bahan oleh kami😂) Walaupun kami 6 orang. kami ada kawan rapat masing-masing. Rose dengan Winie. Simba dengan Madu. Saya dengan Monica. Dalam 3 pasangan ini; Rose dengan Winie paling nakal dan mereka juga yang paling cantik 😍.

Misteri Al Kitab : Persamaan Ajaran Kristian dengan Islam

Bismillahirahmanirahim... ( Bacalah dgn  nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...) Nabi Isa as (Yesus) diutus oleh Allah swt sebagai rasul bukan untuk menidakkan hukum Taurat (ajaran nabi2 sebelum baginda) tetapi melengkapkannya. " Janganlah kamu menyangka, bahwa Aku datang untuk meniadakan hukum Taurat atau kitab para nabi. Aku datang bukan untuk meniadakannya, melainkan untuk menggenapinya." (Matius 5 : 17) Ajaran nabi2 sebelum kedatangan Yesus diceritakan dalam perjanjian lama. Oleh itu perjanjian lama sepatutnya diterimapakai oleh gereja2 pada hari ini. Namun kebanyakan gereja hari ini menolak perjanjian lama dan hanya berpandukan perjanjian baru terutama surat2 yg ditulis oleh Paulus . Entri kali ini menyingkap misteri Al Kitab yg ada ajarannya menyamai amalan muslim (orang islam) hari ini. Ajaran ini diamalkan oleh muslim tetapi TIDAK diamalkan oleh gereja dan penganut kristian hari ini.