Catatan

Jumpa di FACEBOOK

Salam followers yang budiman, . Maaf sebab sudah lama tidak menulis di sini, Aku tidak pernah berhenti menulis, Insya-Allah, cuma bukan di sini buat masa ini, Kalian masih boleh membaca tulisanku di "facebook" . . Kini aku merapu di sana😜 . Jemput follow aku di sana dengan mengetik pautan ini http://facebook.com/gloriaabdullah . Jumpa di sana semua😘 . 

Mahalnya Sumbangan PIBG

Imej
"Keluarga saya dikecualikan membayar PIBG cikgu" "Kenapa?" "Cikgu boleh tanya Cikgu Mala, kenapa? Tahun lepas pun dia kecualikan saya" (Mala bukan nama sebenar😊) . Sejak kebelakangan ini kecoh berkenaan sumbangan PIBG. Kononnya guru menyalahgunakan duit PIBG  untuk kegunaan majlis hi-tea guru. Amboi mulut... . Contoh seorang ibu yang tidak  pernah hadir mesyuarat agung PIBG Kekecohan ini ditimbulkan oleh segelintir kecil ibu bapa yang tidak pernah hadir mesyuarat pibg, yang tidak aktif program PIBG. Diorang ingat guru-guru serakus itu ke? Jamuan hi-tea guru menggunakan duit kelab guru. Tiada sesen pun menggunakan duit PIBG. Jika ada pun, sekadar tajaan 1-2 hadiah untuk cabutan bertuah. Itupun kena tulis surat rasmi dan menghadap muka YDP PIBG (iaitu bapa murid). . Contoh seorang bapa yang tidak pernah hadir mesyuarat agung PIBG . Ada juga mulut gatal yang menuduh sekolah paksa rela ibu bapa membayar sumbangan PIBG. Amboi amboi🙄 (P

PPAS - Pusat Asuhan Terbaik:-)

Imej
Bismillah dan Assalamualaikum wbt semua... Alhamdulillah syukur. Sesi persekolahan 2017 telah selesai. Kini masanya berehat dan fokus pada hobi yang lama tertinggal.  Anak-anak tetap memilih mengunjungi perpustakaan.  Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Raja Tun Uda Shah Alam   sudah menjadi tempat kegemaran anak-anak.  Aku memberi kebebasan untuk mereka beraktiviti.  Membaca buku Menonton animasi Meningkatkan kemahiran sosial (berkawan). . Jadi, bolehlah ibunya menyiapkan kerja menulis/membaca di satu sudut lain di ppas ini (seperti juga ibu-ibu lain di sini) Atau tulis entri baru untuk santapan korang 😘 . PPAS  adalah tempat terbaik untuk 'mengasuh' anak-anak di hujung minggu. PPAS tidak pernah mengecewakan. Hampir setiap hujung minggu zon kreatif  ppas ada aktiviti untuk kanak-kanak; seperti membuat playdoh, membina kotak pensil dari bahan terbuang, membina stress ball, mencantum 3D puzzle dan bermacam-macam lagi. . Cuti sekolah ini, lagilah banyak

KBAT: Relevankah?

Imej
Bismillah... BEBERAPA bulan sebelum saya berhenti mengajar di sekolah, saya sempat mengikuti latihan memperkenalkan sistem Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan iThink. Saya masih ingat, pertama kali kami warga guru diperkenalkan dengan perkataan KBAT dan iThink ini di bilik mesyuarat oleh seorang jurulatih yang sudah saya lupa nama dan jawatannya. Latihan di bilik mesyuarat itu berjalan dua kali, sebelum kami para guru diberikan ultimatum untuk terus mengaplikasikannya di kelas. Saya masih ingat lapan peta pemikiran iThink atau “thinking maps” yang wajib ditampal di belakang kelas kerana diwajibkan oleh guru besar. Peta tersebut adalah peta pelbagai alir, peta buih, peta buih berganda, peta alir, peta dakap, peta bulatan, peta titi dan peta pokok. Bagaimanapun sudah pastilah saya agak skeptik dengan projek ini. Saya tidak dapat memahami aspirasi orang luar yang tiba-tiba datang ke sekolah kami dan mula mengajar-ajar guru bagaimana mengajar dan lebih dahsyat, memaksa

Berhenti Bersembunyi

Imej
“kamu semakin jauh daripada islam. Kamu lebih sukakan hiburan..” kata seorang rakan guru semalam kepada murid-murid seusai ceramah israk mikraj. Rakan guru tersebut (mungkin juga rakan-rakan guru lain) berasa geram kerana kebanyakan murid mulai bersembang sedangkan penceramah belum lagi turun daripada pentas.  Bergerak saja penceramah ke kantin untuk kudapan, murid-murid terus dihadiahkan dengan tazkirah percuma oleh guru bertugas. Gambar hiasan

Hati Yang Khusyuk?

Bismillah... Ini kali kedua aku balik kampung selepas kembali kepada Islam. Kali ini aku balik melalui Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam. Ramai kaum kerabat tinggal dan mencari rezeki di sini. Aku transit di rumah ibu saudaraku (adik kepada ibuku) di Kem Polis Jalan Mata-mata Gadong. Sejak zaman sekolah menengah aku memang selalu ke sini. Setiap kali ke Brunei, mesti singgah di sini. Kadang-kadang bermalam, kadang-kadang balik hari. Mereka bukan islam tetapi telah biasa bergaul dengan orang islam di negara ini. "Antie, saya hendak tumpang solat" "Ok. Tapi tiada sejadah di sini"

Kapal Sin Too

Imej
Memori zaman sekolah menengah kadang kala singgah satu persatu di benakku. Antara memori manis adalah naik kapal Sin Too (aku tak ingat ejaan yang tepat, tapi bunyinya begitu). Kapal itu ditambat di jeti kepunyaan orang melayu (satu-satunya keluarga melayu di kampungku) tidak jauh dari rumah panjang kami. Jalan air adalah pengangkutan utama orang kampung ketika itu. Sebelum dinihari kami dah bangun kerana kapal itu akan bertolak seawal jam 6.00 pagi. Jam 6.00 pagi di Limbang Sarawak seperti jam 5.00 pagi di Semenanjung Malaysia. Keadaan persekitaran masih sangat gelap. Gambar hiasan.  Kredit Kompas .