Tsunami Di Jepun : Pengajaran Di Sebaliknya
Gambar : Ombak Tsunami
Pada 11 Mac baru2 neh, ombak tsunami setinggi 10 meter yg berlaku di Jepun telah menelan ramai nyawa. Amat mengejutkan. Amat menyedihkan. Macam2 ulasan yg kita dgr/baca mengenai kejadian yg menyayat hati neh...(paling tak seronok apabila pihak Wisma Putra berdiam diri utk membawa pulang pelajar/rakyat kita di sana)
Apa2 pun entri kali neh, aku nak share sedikit pengajaran yang boleh kita pelajari based on article oleh Zuhairi Ali @Cas Bateri di Kosmo Ahad (13hb Mac):
• Harga diri sangat penting walaupun dalam situasi bencana
• Gunakan pengalaman menghadapi bencana untuk bangkit menjadi lebih kuat
Sedikit kisah yang dialami oleh pelajar Malaysia di tempat kejadian, Sendai, Jepun:
- Pelajar pergi jumpa kawan di Universiti Tohoku
- Dapat jumpa rakan tetapi nak pulang ke Tokyo menggunakan kereta api laju, tak dapat disebabkan sistem pengangkutan lumpuh. By the way, jarak Sendai ke Tokyo lebih kurang 300km
- Jalan bergegar selama beberapa minit dan merekah sehingga teksi yang dinaiki melanggar bahu jalan, pemandu meminta jangan keluar dari kenderaan
- Gegaran sangat kuat dan cukup lama sampai berdengung telinga dan ada orang macam mabuk, berdiri pun tak boleh
- Kaca tingkap bangunan pecah berderai dan macam-macam bunyi kedengaran, ada yang terbakar tetapi tiada bangunan runtuh
- Rakyat Jepun saling bantu-membantu satu sama lain. Pelajar Malaysia juga sempat membawa turun seorang OKU dari tingkat tiga dan mencari anak seorang wanita
- Seorang peruncit menolak dengan troli berpuluh-puluh botol air mineral dan snek untuk diagihkan kepada orang ramai dan kanak-kanak prasekolah
- Sebuah kedai elektrik yang ditinggalkan dalam keadaan terbuka tidak menjadi sasaran pencuri
Begitulah sedikit sebanyak. Memang sungguh kagum dengan sikap orang Jepun terutamanya yg membawa air mineral dan juga peralatan eletrik yg ditinggalkan tidak dicuri.
Masih ingatkah kejadian lori yang membawa duit syiling dan beras terbabas dan jatuh di Malaysia. Bagaimanakah sikap orang Malaysia ketika itu, adakah mereka menolong atau mengambil kesempatan? Sama-sama le kita fikirkan....('1st Lady' pula komen entah apa2..hisss)
Pesta Mengaut Beras Org2 Kita
Ulasan
Catat Ulasan