Syawal Yang GELAP:'(



Salam Syawal buat semua pengikut dan pembaca blog ini :)

Alhamdulillah raya tahun ini aku berpeluang balik beraya ke rumah panjang indai (ibu). Aku sekeluarga berada di sana selama dua hari dua malam. Seronok sangat rasanya. Seronok dapat bertemu dan bermesra dengan ibu, adik beradik dan keluarga mereka, datuk nenek dan juga saudara mara sekampung:)

Rumah indai. Rumah jiran di kiri kanan belum siap. Jadi belum boleh dipanggil rumah panjang.


Keseronokan beraya  di rumah indai masih mengharukan mengenangkan nasib indai dan orang kampung yang belum terbela. Negara kita telah lebih 55 tahun merdeka, tetapi.... 

Nasib orang kampungku  masih belum terbela. 


Orang kampungku masih tidak dapat menikmati bekalan elektrik. Hak mereka terus dinafikan. Tiang elektrik ada (seperti dalam gambar di atas. Maaf gambar tidak berapa jelas); tetapi kemudahan bekalan elektrik sebenar hanya melintasi kampungku untuk dinikmati oleh penduduk kampung lain yang tinggal berdekatan. Orang kampung hanya dapat menikmati pemandangan tiang elektrik dari anjung rumah. Kasihan....

Dua malam dua hari beraya di kampung, suamiku telah menghabiskan kira-kira RM50 untuk membeli petrol. Petrol diperlukan untuk menghidupkan penjana elektrik indai bagi memastikan rumah terang di malam hari dan bagi memastikan lauk pauk dalam freezer tidak rosak. Bayangkan kos untuk nikmat 'elektik' ini setiap bulan?!  Lu kiralah sendiri! 

Paling menyedihkan adalah keluarga-keluarga lain yang tidak berkemampuan.


Gambar rumah jiran-jiran lain dari luar rumah indai. Ada rumah yang telah siap.
Ada yang belum siap kerana masalah kewangan.


Ini rumah jiran yang belum siap kerana masalah kewangan.
 Rumah ini telah berusia lebih 5 tahun.
Agaknya rumah ini terang ke gelap setiap malam?!
Lu jawablah sendiri.


Suasana ruai rumah jiran-jiran yang rumah mereka hampir siap.
Masih banyak kerja kasar yang perlu dibuat.



Masalah bekalan elektrik ini telah diajukan kepada wakil rakyat sebelum ini. Malahan aku sendiri pernah bercakap dengan wakil rakyat tersebut  melalui telefon.  Kes tanah adat yang masih tertangguh di mahkamah (kononnya) dijadikan alasan untuk menidakkan hak orang kampungku menikmati bekalan elektrik. (Baca Assalamualaikum YB, Mana Janji Manismu?)


Sampai bila orang kampungku perlu bergelap?!
Sampai bila?????!


Rumah indai terkini 2017
Baru boleh dipanggil rumah panjang.


Keadaan ruai rumah panjang terkini 2017.




Terima kasih kerana membaca entri ini. Selamat hari raya. Maaf zahir batin:)


Ulasan

  1. Dah lain rumah panjang sekarang ni, guna batu-bata, cantik. Tak macam dulu, rumah panjang dibuat dari papan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa2 pun aku merindui rumah panjang kayu di tepi sungai. Aman. Tenteram. Paling penting boleh mandi + berenang di sungai setiap hari.

      Padam
    2. Apa2 pun aku merindui rumah panjang kayu di tepi sungai. Aman. Tenteram. Paling penting boleh mandi + berenang di sungai setiap hari.

      Padam

Catat Ulasan

BACAAN POPULAR

Kod Makanan E471, E472 - Halal atau Haram?

Pesanan Buat Semua Pelajarku

Islam Pilihanku, Ayah Ibu