Aku Dan Sekawan Semut


Assalamualaikum wbt semua,

Aku ingin berkongsi 2 pengalaman ajaib awal pengislamanku di sini. Memang ajaib. Kenapa ajaib? Sebab pengalaman ini sangat langka dan terlalu mustahil untuk aku alami lagi waktu ini, setelah bergelar mukhalaf. 

Bismillah,
Pengalaman pertama
Pengalaman ini pengalaman aku dengan binatang syurga iaitu semut.
Aku mempunyai pengalaman yang sangat manis dengan tentera semut ni.




Waktu itu permulaan semester ketiga aku di UKM bersamaan baru satu semester aku memeluk islam. Setiap semester kami akan bertukar bilik hostel. Penat berpindah randah jangan cakaplah. Setiap semester gitu, sebab itu aku tidak suka membeli dan mengumpul barang banyak.

Aku ditempatkan di bilik satu katil. Alhamdulillah adalah privacy. Kedudukannya pun terbaik iaitu menghadap jalan. Sebalik saja aku masuk ke bilik itu, aku nampak sekawan semut yang banyak. Mereka berjalan berbaris-baris dan berumah di dalam almari.

Ah. Sudah. Tak boleh jadi ni. Apa perlu aku buat? Diletak racun, tak sampai hati. Disapu, 2X5 seperti membunuh.

"Assalamualaikum semut. Saya minta maaf, awak semua terpaksa berpindah dari bilik ini, sebab saya akan tinggal di sini. Saya akan bagi masa untuk awak semua berpindah keluar ok" aku memulakan bicara. Sedaya upaya berlembut dan bersopan.

Selepas itu, aku pun keluar dari bilik tersebut. Barang-barang aku tinggalkan di luar bilik dan menuju ke kantin. Perut terasa lapar selepas perjalanan jauh dan urusan pendaftaran. Beri peluang kepada semut dan rakan-rakannya berpindah. Harap-harap mereka fahamlah bahasa manusia aku.

Hampir sejam selepas itu aku kembali ke bilik.
SubhanaAllah!
Seekor semut pun tak ada dalam bilik tersebut.
Atas lantai, tepi dinding dan dalam almari; seekor pun tak ada.

SubhanaAllah!
SubhanaAllah!
SubhanaAllah!
Semuanya berlaku dengan izin Allah. 

Aku tak tahu ke mana mereka berpindah. InshaAllah mereka berpindah ke tempat yang selamat.

Aku pun memulakan sesi membersihkan bilik dan berkemas dengan gembira tanpa perlu 'membunuh' seekor semut pun.


Itu kisah lebih berbelas tahun dahulu. 
Sekarang?

".........."

Iman kita ini ada turun naik. Begitu juga hubungan aku dengan semut. Ada masa mereka dengar cakap aku, ada masa mereka buat don't know je. Astagfirrullahalazhim. Sampai hati kau semut. Huhuhu.


Pengalaman kedua?
InshaAllah saya akan ceritakan di entri yang akan datang.

Pengalaman-pengalaman yang sangat ajaib dan amat aku rindui.



Terima kasih kerana sudi membaca entri ini. Mudah-mudahan ianya bermanfaat.

Ulasan

BACAAN POPULAR

Pesanan Buat Semua Pelajarku

Kawan Terbaik Sekolah Menengah

Kod Makanan E471, E472 - Halal atau Haram?

Mahalnya Sumbangan PIBG

BAHAYA POLISTERIN: Tolong Berhati-hati