Perbezaan Asas Agama Kristian dan Islam

 
Assalamualaikum wbt...:)
 

Semasa aku beragama kristian dulu, Al Kitab adalah sahabat baikku. Aku memang selalu membaca Al Kitab. Setiap kali sebelum tidur aku akan membaca Al Kitab. Al kitab aku akan letakkan di tepi bantalku betul-betul dekat kepalaku..entahlah mungkin sebagai protection atau memudahkan aku mencapainya.
 
Selama 23 tahun hidup sebagai penganut kristian..rasanya aku telah khatam Al Kitab itu lebih 10 kali...(sebenarnya aku tak kira pun). Aku lebih suka membaca Perjanjian Lama berbanding Perjanjian Baru. Perjanjian Lama banyak bercerita tentang kisah2 nabi sebelum Nabi Isa as. Perjanjian Baru kebanyakkannya mengandungi surat2 pengikut Jesus. Daripada 27 surat (jemaah kristian lebih suka mengelarnya sebagai injil), 11 adalah surat yg ditulis oleh Paulus atau Saint Paul.
 
 
Siapakah Saint Paul?
 
1. Dia bukan salah seorang dari 12 pengikut Nabi Isa a.s.yang asal.
   
      2. Dia tidak pernah berjumpa Nabi Isa as semasa hayat baginda
 
3. Mengaku berjumpa baginda dalam mimpi dan visi (Kisah Para Rasul (9:3-7), (22:6-10), (26:12-18)
4.   Menentang dan memusnahkan pengikut dan ajaran Isa a.s yang asal ( Kisah Para Rasul 8:1-3)
 
5. Terlibat dalam pembunuhan syahid pertama – Stephen (Kisah Para Rasul 7:54-60 dan 8:1)
 
6. Yahudi berfikiran Hellenist. (Kisah Para Rasul  22:3)
 
7. Memperkenalkan Kristianity Pauline

 
 
Antara ajaran Saint Paul yang berbeza dengan ajaran Nabi Isa a.s adalah:
 
 
1. Jesus tidak mengaku Tuhan (Matthew 7:21-22) St. Paul mengatakan Jesus Tuhan (Corinthians 1:1-9)
 
2. Jesus tidak pernah mengajar dosa warisan, St. Paul mengajar dosa warisan (Romans 5:12)
 
3. Jesus menyuruh pengikut baginda mengajar berkenaan kristian hanya kepada umat Yahudi(Matthews 10:5-6, Matthews 15:24-26) . St. Paul menyuruh mengajar kristian kepada orang bangsa lain juga (Kisah Para Rasul 14:46, 14:27)
 
5. Jesus mengajarkan bahawa dosa seorang akan hanya terampun dengan bertaubat. St. Paul mengajar bahawa pengampunan dosa adalah dengan pensaliban Jesus.
 
6. Jesus mengesahkan hukum Taurat masih digunakan ke atas pengikut baginda (Matthew 5:17-18). Paul mengajar bahawa hukum Taurat tidak lagi digunakan ke atas pengikut Jesus setelah pensaliban  menghapuskan dosa manusia (Rom 7:4-6) Hukum tersebut terganti dengan iman kepada pensaliban tersebut (Rom 3:21-28). 
 
7. Jesus melaksanakan kewajiban berkhatan sebagaimana Abraham, St. Paul menghapuskannya (Rom 3:30). Semua Yahudi termasuk Jesus dan pengikut baginda berkhatan
 
 
 
Diantara kekeliruan besar yang juga akibat dari ajaran St. Paul adalah mencipta Tuhan yang ketiga iaitu Ruhul Kudus atau “The Holy Spirit” yang kononnya hanya boleh dibuktikan melalui peranannya memberikan Iman dan pengalaman peribadi.
 
 
Satu peristiwa yang masih diagungkan oleh penganut agama Kristian sekarang adalah “Speaking In Tounges” iaitu satu peristiwa yang kononnya diinspirasikan oleh Ruhul Kudus.
 
 


Gambar Hiasan



PERBEZAAN ASAS AGAMA KRISTIAN DAN AGAMA ISLAM:

KRISTIAN
ISLAM
Dengan nama BAPA, ANAK dan Ruhul Kudus...
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM : Dengan nama ALLAH yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
 
Buku Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru dengan jelas mengatakan Tuhan itu Satu.
Al Qur’an juga mengatakan Tuhan itu Satu
Tuhan itu Triniti tetapi Satu; iaitu, ada tiga “person” dalam satu Tuhan iaitu bapa, anak dan ruhul kudus .
Tuhan Satu dan Hanya Satu.
Tuhan ada satu anak yang dikenali sebagai Jesus Kristus.
Tuhan tidak beranak; Dia tidak beranak.
Tuhan menjadi manusia dan hidup di bumi.
Tuhan Kekal ; Tidak ada PermulaanNya dan Tidak ada PengakhiranNya.
Dosa pertama (Original Sin) yang dilakukan oleh manusia pertama Adam, diwarisi oleh manusia seluruhnya.
Adam di keluarkan dari syurga dengan dosa ini. Tuhan menerima taubatnya dan anak-anaknya tidak mewarisi dosa ini.
Tuhan telah berkorban dan mati di atas salib untuk menghapuskan dosa manusia.
Tuhan tidak perlu mati atau menyelamatkan manusia dengan cara ini. Tuhan Maha Hidup.
Jesus anak Tuhan yang dilahirkan oleh Mary.
Jesus anak Mary; tetapi bukan anak Tuhan.
‘Comforter’ di dalam John 16: 7, dan ‘Spirit of Truth’ dalam John 16: 13 adalah Ruhul Kudus, satu dari tiga “persons” dalam Tuhan.
Comforter’ dalam John 16: 7 dan ‘Spirit of Truth’ dalam John 16: 13 ialah Muhammad saw nabi akhir zaman.
Manusia yang terselamat hanyalah mereka yang percayakan anak Tuhan, yang dihantar oleh Tuhan, mati di atas salib untuk menghapuskan dosa manusia.
Mereka yang percaya kepada Tuhan yang Satu (ALLAH), hari Akhirat dan beramal soleh akan memasuki syurga abadi. Yang lain akan ke neraka
Semua anak lahir dengan dosa warisan.
Semua anak lahir suci dari dosa.
 



 Buku yang MESTI DIMILIKI

 

ALLAHUALAM :)

 



Disunting dari kertas kerja Ustaz Haji Nicholas Slyvester (Pengerusi JK Dakwah IKRAM)

Ulasan

  1. Islam and the Destiny of Man Charles le Gai Eaton
    The Bible, Qur'an and Science Maurice Bucaille

    BalasPadam
  2. Agama Islam lah agama yang terbaik..
    Kami penganut agama Islam tidak sesekali memaksa penganut lain untuk memeluk agama Islam.. bahkan kami orang Islam menghormati penganut agama lain..
    Sekiranya terdapat orang Islam menghina penganut lain.. itu cuma penganut Islam yang tidak belajar dengan bersungguh sungguh mengenai agamanya.. bukan agama Islam yang mengajar orang Islam berbuat jahat

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya saya setuju... bukan agama yang mengajar umatnya berlaku jahat tetapi diri sendiri.

      Padam

Catat Ulasan

BACAAN POPULAR

Pesanan Buat Semua Pelajarku

Kod Makanan E471, E472 - Halal atau Haram?

BAHAYA POLISTERIN: Tolong Berhati-hati

SAPS Memang Lembab! Tensionnya.

Jumpa di FACEBOOK