LEGOLand Part 3 : Singgah di Singapura:)


Hari Ahad kami sekeluarga memang plan nak jalan-jalan di Singapura. Kami fikir  urusan kastamnya seperti urusan kastam di Brunei....
 
Passport kami anak beranak memang dah sedia...tiba-tiba sampai di Imigresen Johor (kompleks Sultan Abu Bakar) suami teringat dia tidak membawa salinan  passport  kereta (Green Card la...). Adoii...Hendak dijadikan cerita semasa hendak keluar dari kompleks tersebut untuk patah balik ke Johor Bahru, suami tersilap belok..sepatutnya belok ke kanan tetapi suami belok ke kiri...So selamat datang ke Singapura jawabnya.
 
Di  tengah2 jambatan suami buat U Turn balik ke Johor. Nasib baik ada tempat untuk U Turn.
 
Macam mana hendak ke Singapura...kalau kereta tiada passport? hishishis...


 
Aku mencadangkan supaya kami naik bas sahaja.
Tetapi...selepas lunch di KFC Johor kami memandu ke Singapura. Suami bersedia menanggung risiko. Paling penting kami semua ada passport. Selagi ada passport, kami adalah pelancong dengan izin...hehehe:)
 
Berdebar juga apabila dah sampai di Woodland Singapura...+ jalan jam, hati makin berdebar-debar. Risau kastam tanya Green Card kereta. Alhamdulillah...kastam check bonet kereta je. Tapi urusan passport agak leceh. Kami ditahan di Imigresen Singapura hampir sejam semata-mata untuk mengisi borang masuk..hisss. Then beli Auto Pass untuk masuk ke Singapura. Auto Pass ini adik beradik kepada kad Touch N Go. Perlu bayar untuk masuk ke Singapura. Harganya S$10.00.
 
 
 
 
 
Sampai saja di Singapura, tempat pertama yg kami cari ialah masjid.
Untuk solat jamak & qosar...+ untuk merehatkan diri sekejap selepas penat
berpusing2 mencari jalan +  selepas penat beratur di Imigresen.
(Imigresen Johor clear, tetapi Imigresen Singapura jam gila2)
 
Ini adalah Masjid Sultan


Selepas solat..kami jalan2 cari makan.
Berdekatan dengan masjid, banyak pilihan makanan halal (inshaALLAH)
Restoran2 ini kebanyakkannya diusahakan oleh India Muslim.
 

 



Kami sampai di Singapura agak lewat...
so... kami hanya sempat singgah di Taman Merlion 
Taman Merlion adalah mercu tanda Negara Singapura.


Dalam keletihan sempat juga aku bergambar di depan rumah peninggalan Stamford Raffles
 
 
 

Selepas jam 12.00 pagi kami window shopping di Mustafa Centre. (Kalau ikutkan aku, aku hendak sangat balik ke Johor dan tidur. Letih teramat sangat.  Namun apabila melihat spirit suami yg masih dalam mood melancong, aku turutkan saja)...
 
Jenuh jugalah mencari Mustafa Centre ni. Pusing2. Map tidak banyak membantu. Kena berhenti di stesen minyak bertanya pada orang Singapura sendiri...akhirnya sampai juga di Mustafa Centre, yg sebenarnya tidak jauh daripada Jalan Sultan. Mustafa Centre adalah pusat membeli belah yang beroperasi 24jam setiap hari. Segala jenis barang dijual di sini. Barang2 yg dijual di sini antara yg termurah di Singapura...juga di Malaysia...mungkin:)
 
Anak2 masih aktif dan cergas...cuma baby Izzat sahaja yg dah tidur.


Awal pagi hari Isnin kira2 jam 3.00 pagi kami berangkat balik ke Johor. Selepas melepasi Kompleks Sultan Abu Bakar kami berhenti di tepi jalan...memikir..Hendak balik terus ke Bangi...atau berpagi lagi di Johor. Suami surrender..dia keletihan, mata rasa hendak pejam...(tahu pun...)
Kami call semua hotel berbintang2...Hanya layan hotel berbintang2 kononnya...kerana malam sebelum tu iaitu malam hari sabtu kami terpaksa tidur di hotel bajet kerana hotel 3 bintang ke atas semua fullhouse. Marina Bayu Resort masih fullhouse malam tersebut.
Persoalannya berbaloi ke membayar???...Sedangkan masa untuk check out hanya tinggal beberapa jam???...Tetapi si kakak asyik demand hendak mandi kolam.
 
Akhirnya kami memilih M.Suite Hotel. Ada play ground. Ada kolam renang.
Memang agak berbaloi. Dengan harga hanya RM160 semalam kami dapat standard room yg agak besar. Ada bath tub, dapur, ruang tamu...dan katil yg agak besar. Breakfast untuk 2 orang (anak-anak 5 tahun ke bawah percuma) di Myra Bistro (Restoran yg mendapat pengesahan halal oleh JAKIM)
Selepas solat subuh kami semua terus membuta...zzzzzz
 
Akhirnya tertunai juga hasrat anak2 khasnya kakak untuk mandi kolam pagi tu...
 
 
 
Jam 2.00pm kami check out...
 
Selamat tinggal Johor dan Singapura
InshaAllah kita akan ketemu lagi.
 
 
 
 
 
 
 
Admin :
Dalam perancangan hendak menunaikan umrah hujung tahun ini, inshaAllah. Doa2kanlah moga tercapai dan segala urusan dipermudahkan.




Ulasan

  1. As-Salam. Kak Nurul nampak semakin solehah sekarang ni. Tahniah :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

BACAAN POPULAR

Pesanan Buat Semua Pelajarku

Kod Makanan E471, E472 - Halal atau Haram?

Mahalnya Sumbangan PIBG

Kawan Terbaik Sekolah Menengah

MURTAD JANGAN DIPANDANG SEBELAH MATA