BE POSITIF GLORIA:)

Bismillah...

Sudah menghampiri 3 minggu aku mengajar di sekolah baru, di Klang, Selangor.

Alhamdulillah sekolah baru ok. Ini bukanlah kali pertama bertukar sekolah, sudah banyak kali. Alah bisa, tegal biasa.


Gambar depan sekolah baru aku:)

Namun..
Dua minggu pertama, memang meletihkan. Meletihkan aku, suami dan anak-anak. Dua minggu pertama kami sekeluarga berulang-alik sejauh kira-kira 130km setiap hari (ulang alik la) dari Bangi ke Klang, dari Klang ke Bangi. Kami terpaksa tinggal jauh di Bangi sementera menunggu kuarters di seksyen 16 Shah Alam selesai diperbaiki (kononnyalah. Campur tolak minggu kedua sudah 3 minggu kami menunggu)

Paling kasihan anak-anak. Sakit badan dan demam. Terutama Alif.
Di Bangi kami tinggal di rumah pinjam dengan Perbendaharaan Negara (lama lagi kena bayar 'sewa'). Rumah ini dibeli pada tahun ke-2 perkahwinan.

Bayangkan...
Sekolah selesai awal, kira2 1.30pm setiap hari. Untuk memberi laluan kepada sesi petang. Pukul 2.00pm ambik anak-anak di Taska seksyen 6. Aktiviti seterusnya singgah, lunch  dan berehat di surau pejabat suami sementera menunggu suami habis waktu pejabat. Keletihan bertambah apabila terpaksa menunggu. Sekejap duduk. Sekejap baring. Sekejap berkejar menegur anak-anak yang sedang lasak. Risau menganggu orang yang hendak solat. Sakit satu badan duduk baring di atas lantai surau yang keras. Apa boleh buat, aku dan suami berkongsi kereta untuk menjimatkan kos petrol dan tol (Yalah, menyahut seruan PM = kesederhanaan).

Selesai waktu pejabat belum tentu kami dapat terus balik ke rumah. Biasanya selepas mahgrib baru kami sekeluarga bertolak, itupun untuk aktiviti jalan-jalan cari makan (dinner). Dalam jam 10.00 atau 11.00 pm baru sampai  rumah di Bangi.

Allah..
Bertolak ke tempat kerja, hari masih gelap; sampai di rumah pun hari gelap. Rumah dah jadi macam hotel.

Begitulah rutin minggu pertama persekolahan. Minggu kedua, rutin tetap sama; cuma tempat menunggu berpindah ke rumah kawan sepejabat suami (kuarters). Alhamdulillah sesangat. Terima kasih kepada Encik Kamal sekeluarga. Isteri Encik Kamal surirumah sepenuh masa; anak-anaknya pun dah besar; mereka banyak menolong aku melayan kerenah anak-anak. Jadi bolehlah aku berehat. Kadang-kadang isteri Encik Kamal masak lebih, bolehlah kami menumpang makan malam di situ. Aku selalu rasa bersalah dalam hati. Rasa seperti menyusahkan. Tapi apa boleh buat...

Dua sabtu aku tidak menyertai aktiviti di sekolah kerana keletihan dan sakit badan yg teramat sangat. Penyelesaiannya aku ambik MC. Apa boleh buat. Sekolah jauh sangat...

Minggu ketiga (sekarang), kami menumpang di kuarters tingkat 2 sementera menunggu kuarters di tingkat 4 (kuarters yg dipohon) selesai diperbaiki. Alhamdulillah. Bolehlah balik awal ke rumah. dan berehat. Gudnite ZZZZZ




#gloriaabdullah

Ulasan

Catat Ulasan

BACAAN POPULAR

Pesanan Buat Semua Pelajarku

Kawan Terbaik Sekolah Menengah

Kod Makanan E471, E472 - Halal atau Haram?

Mahalnya Sumbangan PIBG

BAHAYA POLISTERIN: Tolong Berhati-hati