Catatan

Realiti Al Qassam Vs ISIS

Imej
Bismillah... Mudah-mudahan video forum yang sangat menarik di bawah boleh membantu kita memahami siapa Al Qasam, siapa ISIS. Selamat menonton :-)

Gangster Cap Ayam

Imej
Bismillah.... . Aku ingin berkongsi kisah benar. Kisah benar yang dialami kebanyakan guru yang mengajar sekolah harian. Tiada yang tak benar, melainkan yang benar belaka😂. Pada suatu hari..

WOW Kad Sim Ajaib

Imej
Bismillah dan Assalamualaikum wbt... Adakah anda pengguna telefon bimbit? Jika 'Ya'; B erapa yang anda peruntukkan untuk membayar bil atau tambah nilai telefon bimbit anda setiap bulan? RM30? RM50? RM100? Atau lebih? Sangat RUGI kalau sekadar bayar bil atau tambah nilai tetapi hanya boleh membuat panggilan, bermesej dan berinternet sahaja.  Sebenarnya kita boleh dapat lebih daripada itu dengan hanya menggunakan telefon bimbit. Di sini saya ingin memperkenalkan kepada anda satu simkad telefon yang amat ajaib.......

Transformasi Caca Marba

Bismillah... Dalam laporan UN Education Index Malaysia berada di kedudukan 98 daripada 181 negara. Manakala kajian “Programme for International Student Assessment” (PISA), Malaysia corot di tangga 55 daripada 74. Bagi keputusan kajian “Trends in Mathematics and Science Study” (TIMSS) 2011 pula menunjukkan penurunan prestasi Matematik dan Sains mendadak sepanjang empat kali penilaian daripada tahun 1999.” Apakah maksud semua laporan penilaian pendidikan antarabangsa ini? Maksudnya, para pelajar Malaysia adalah antara yang paling lemah apabila dibandingkan dengan pelajar-pelajar lain di seluruh dunia. Namun begitu... Dilaporkan juga Gred Purata Nasional (GPN) untuk peperiksaan PMR meningkat ketara untuk 5 tahun yang lalu iaitu 2.83 pada 2008, 2.78 pada 2009, 2.74 pada 2010 dan terbaru 2.71 pada 2011. Bilangan pelajar yang mendapat A di dalam Matematik juga meningkat dari 26.7 peratus pada 2010 kepada 28.9 peratus pada 2011 manakala untuk subjek Sains pula meningkat dari ...

Aku dan Cerita Penyamun

Imej
Bismillah... Kadang kala aku merasa kasihan kepada anak-anakku kerana tiada kebebasan untuk bermain di luar rumah berbanding aku semasa kanak-kanak dulu. Kebebasan mereka telah 'dicuri' oleh ketidakselamatan negara hari ini. Negara kita tidak cukup selamat untuk kanak-kanak bermain bebas lepas terutama kanak-kanak yg tinggal di pekan dan di bandar. Cukup tidak selamat. Hampir setiap hari kita mendengar kes kanak-kanak dan remaja hilang. Batrisyia dan Alif Aku kadang kala bercerita kepada anak perempuanku betapa seronoknya zaman kanak-kanakku yang tinggal di rumah panjang.

Kenapa Aku Menjadi Cikgu?

Imej
Bismillah.... Gambar hiasan Setelah hampir 14 tahun jadi cikgu, aku selalu ditanya 2 soalan utama... "Seronok ke jadi cikgu?" "Kenapa nak jadi cikgu?" Soalan di atas nampak mudah. Namun agak sukar juga untuk aku menjawabnya. Soalan2 ini boleh dikategorikan sebagai soalan aras tinggi...:-) Hanya mereka yg bergelar pendidik yg tahu seronok ke tak seronok jadi cikgu ni. Seronok ke jadi cikgu? Aku mula menjadi cikgu seawal umur aku 9 tahun.

Kuching : Hujan Oh Hujan

Imej
Sebenarnya dah lama nak kongsi pasal percutian di Kuching Sarawak ni. Tetapi asyik tertunda je :-). Walaupun aku berasal dari Negeri Sarawak, Kuching masih agak janggal bagiku. Bukan mudah untuk bertandang ke sini. Jika bukan disebabkan hadir kursus keguruan, memang tidak akan 'mampu' bertandang ke sini. Limbang ke Kuching...jaraknya seperti Kelantan ke Johor (lebih kuranglah). Bezanya tiada highway berkembar  atau bertingkat. Cuma jalan kampung ...mungkin. Aku biasanya naik flight saja. Lebih cepat dan mudah. Percutian aku sekeluarga ke Kuching pada cuti sekolah hujung tahun lepas (2 hingga 6 Disember 2013) adalah kerana 'menemani' suami yg menghadiri kursus di Kuching...5 hari. Kebetulan pula cuti sekolah, kebetulan pula rakan sebilik hotel suami tidak jadi hadir kursus kerana masalah keluarga....maka kami rebutlah peluang tersebut (dengan kebenaran pihak penganjur). Bilik hotel free , makan sendiri2 la yea;-) Alhamdulillah memang rezeki kami anak beranak.. ...