Gangster Cap Ayam

Bismillah....
.
Aku ingin berkongsi kisah benar.
Kisah benar yang dialami kebanyakan guru yang mengajar sekolah harian. Tiada yang tak benar, melainkan yang benar belaka😂.



Pada suatu hari..
Hari jumaat lepas, aku dalam perjalanan menuju ke satu kelas tingkatan 3.
Tengah aku berasa teruja, tak sabar nak mengajar, aku terpandang sekumpulan murid berkumpul di luar kelas. Kebanyakannya murid kelas tingkatan 3 yang aku akan ajar. Dua murid lagi adalah murid lelaki daripada tingkatan 4. Kelihatan salah seorang murid perempuan mukanya sembab. Matanya berair; seperti baru lepas menangis.
.
"Apa yang berlaku di sini? Semua orang masuk kelas." Aku 'menghalau' mereka dengan nada yang sedikit lembut tapi tegas. 
.
Beginilah rutin seorang guru yang mengajar kelas belakang setiap kali hendak memulakan sesi pembelajaran dan pengajaran (pdp). 'Menghalau' murid-murid masuk ke kelas masing-masing itu biasa. Jika tidak, mereka akan bertenggek di luar kelas seperti burung punguk.  Atau paling teruk tawaf sekeliling kawasan sekolah menganggu kelas-kelas lain.
.
Murid-murid tingkatan 3 beransur masuk ke kelas.
.
Belum sempat aku memulakan sesi pdp, dua orang murid lelaki tingkatan 4 tadi masuk tanpa kebenaran. Seolah-olah tiada guru dalam kelas. Mereka terus berjalan ke belakang kelas menuju ke tempat duduk murid perempuan yang menangis itu.
.
"Boys! Keluar! Balik ke kelas awak!." Aku 'menghalau' seperti kebiasaannya.
.
"Diamlah! C****!" Salah seorang murid bersuara. What?! Nada suara itu. Air muka ala gangster jalan chow kit itu, memang aku tak boleh blah. Huh!
Sabarrr...
.
Orangnya berbadan kurus, bermuka pucat dengan fesyen rambut ala artis korea. Aku pandang dia betul-betul dengan mata tidak berkelip, dengan muka marah seorang guru. Biar dia rasa bersalah. Biar. Itupun kalau masih ada hati...
.
Temannya seorang murid lelaki yang agak tinggi dan kacak. Temannya seperti memahami yang aku sedang hot. Dia menarik tangan kawannya, memujuk mengajaknya keluar.
.
"Awak cakap apa pada saya?!" Aku memandang ke arahnya. Dia kelihatan mengelak untuk bertentang mata.
"Awak cakap apa?! Jawab!"
Dia diam. Masih melarikan pandangan matanya. Dia terus melangkah keluar dengan selamba (harap ada sedikit rasa menyesal).
.
Aku tidak mengharapkan dia menjawab. Tetapi aku memang geram sangat ketika itu. Boleh dia selamba mencarut?! Rasa tercabar. Terpaksa menahan sabar. 
.
Murid-murid dalam kelas menunjukkan pelbagai reaksi. Ramai yang diam. Ada yang tersengih. Ada juga yang prihatin.
"Kurang ajar kan dia cikgu"
"Dia tu memang macam tu cikgu"
"Sabar cikgu. Mari kita belajar"
.
Budak ini memang biadab. Tak sabar nak masukkan markah panelti dalam e-disiplin. Kalau boleh bagi 100, aku nak bagi dia 100, bagi dia dapat gred A++ dalam kes disiplin. Padan muka dia!
.
Tetapi aku tidaklah sekejam itu. Kes murid biadab pada guru hanya dapat panelti maksimum 20 mata. Satu kali rotan, surat amaran dan makluman pada ibu bapa. Murid juga akan dirujuk kepada guru kaunseling. Begitulah. Hanya setakat itu kuasa guru-guru. (jika kurang tepat, mohon guru disiplin yang arif tolong betulkan😉).
.
Aku tak tahu nama murid ini. Aku baru masuk dua kali ke kelasnya. Baru mengambilalih kelasnya kerana guru mata pelajaran berkenaan telah bertukar sekolah. Tak apa. Isnin depan kita jumpa. InshaAllah...
.
Pdp hari itu diteruskan seperti biasa. Itulah pengorbanan seorang guru. Walau sesakit mana pun sekeping hati dipijak-pijak oleh murid, tanggungjawab untuk mencurahkan ilmu perlu diteruskan. Masih ramai murid yang beradab dan hendak belajar.
.
Isnin minggu ini aku masuk mengajar kelas murid bermuka ala gangster itu. Dia masuk lambat hampir 20 minit (ikut suka dia je😎. Ingat ini kelas bapa dia)
Aku diam. Sabarrr....
.
Aku biarkan dia tarik nafas dan duduk bertenang untuk beberapa minit...
.
"Awak ke sini" aku panggil dia. Dia melangkah malas. Muka masih kelat.
"Awak ingat tak apa yang awak katakan pada cikgu jumaat lepas?"
"Bukan saya yang kata cikgu?" Ya memang bukan awak. Hantu awak yang cakap.
"Kata apa?"
"C****" dia menjawab selamba.
Tahu pun. Macam mana tahu? Hantu awak yang beritau?
"Cikgu dengar. Semua murid dalam kelas itu dengar."
"Sorry cikgu" Acuh tak acuh sorrynya.
"Sila minta maaf betul-betul." aku bersuara lembut.
"Sorry cikgu" nadanya kali ini kedengaran lebih menyakinkan. Dia tersenggih.
"Cikgu tak marah pada awak. Cikgu kasihan je" Ya. Memang tiada lagi marah. Geram masih ada sedikit. Marah telah habis pada hari jumaat itu. Aku cuma nak dia belajar meminta maaf. Belajar beradab pada orang tua.
.
"Kasihan...?"
"Yalah. Kasihan pada ibu bapa awak"
"Kenapa pula cikgu?"
"Yalah. Kalau dengan cikgu pun awak boleh mencarut, apatah lagi dengan ibu bapa awak? Kasihan ibu bapa awak tau"
"Ala cikgu. Mereka tak pernah perduli pun" 
" .........."
What?! Biar betul?
Betulkah ibu bapanya tidak peduli? Ke carutan itu telah menjadi bahasa harian mereka? Allahualam.
.
Aku dah tak tahu nak kasihan pada siapa. Anak ini? Atau ibu bapanya? Kenapa selalu begini?
.
.
Anak-anak adalah cermin ibu bapa mereka.

Ulasan

BACAAN POPULAR

Pesanan Buat Semua Pelajarku

Kawan Terbaik Sekolah Menengah

Kod Makanan E471, E472 - Halal atau Haram?

Mahalnya Sumbangan PIBG

BAHAYA POLISTERIN: Tolong Berhati-hati