Kuching : Hujan Oh Hujan


Sebenarnya dah lama nak kongsi pasal percutian di Kuching Sarawak ni. Tetapi asyik tertunda je :-). Walaupun aku berasal dari Negeri Sarawak, Kuching masih agak janggal bagiku. Bukan mudah untuk bertandang ke sini. Jika bukan disebabkan hadir kursus keguruan, memang tidak akan 'mampu' bertandang ke sini. Limbang ke Kuching...jaraknya seperti Kelantan ke Johor (lebih kuranglah). Bezanya tiada highway berkembar  atau bertingkat. Cuma jalan kampung ...mungkin. Aku biasanya naik flight saja. Lebih cepat dan mudah.

Percutian aku sekeluarga ke Kuching pada cuti sekolah hujung tahun lepas (2 hingga 6 Disember 2013) adalah kerana 'menemani' suami yg menghadiri kursus di Kuching...5 hari. Kebetulan pula cuti sekolah, kebetulan pula rakan sebilik hotel suami tidak jadi hadir kursus kerana masalah keluarga....maka kami rebutlah peluang tersebut (dengan kebenaran pihak penganjur). Bilik hotel free, makan sendiri2 la yea;-)

Alhamdulillah memang rezeki kami anak beranak..

Kami menetap di sini, di Riverside Majestic Hotel.
Hotelnya memang superb....
paling penting dekat betul dengan Tebingan Kuching
Bawah hotel pulak ada Riverside Shopping Mall.. 
Maka mudahlah hendak membeli apa2 bekalan.


Suami berkursus...aku dan anak2 bercuti:-)


Tak sah kalau tidak mandi kolam. 
Kolam hotel ini agak menarik. 


....dan airnya agak sejuk. 
Mungkin disebabkan waktu ini musim hujan.
Si kakak tak tahan.
Adik2 masih nak main2.


Anak2 sambung mandi di tab..
airnya suam dan nyaman.



Pada malam suami tiada program rasmi...
kami naik bot di Tebingan Kuching  menyeberangi Sungai Sarawak 
untuk ke kampung Bayan
Kampung Bayan ini kampung orang islam. 
Jadi sesuai sangat menjadi destinasi jalan2 cari makan.



Gambar ni ihsan Mr Google...
Ini gambar Tebingan Kuching pada siang hari. 
Tempat ini sesuai juga untuk melepak selepas senja.
Selepas senja pelbagai kiosk jualan di buka di sini.
Kiosk barang kraf tangan dan makanan.


Kenangan di Jeti kampung Bayan
Tempat ini wajib dikunjungi . 
Ada medan selera di sini.
 Di sini juga terletak gerai2 menjual pelbagai kek lapis sarawak


Bot penambang sentiasa ada. 
Bayarannya pun murah. 
Hanya 50sen seorang.
(Ditaja oleh Takaful Ikhlas :-)


Kami makan makanan yg memang berlambak terdapat di semenanjung.
Nasi  ayam penyet....semuanya kerana kelaparan dan hendak cepat.
Ayam penyetnya memang sedap....
ditambah lagi dengan beras pribumi Sarawak yg segar dan sedap.


Inilah restoran pilihan kami di Kampung Bayan.
Restoran ini memang menjadi pilihan pelancong2.
Gambar ihsan Mr Google



Selesai makan kami singgah di sini. 
Sebenarnya banyak kedai menjual kek lapis Sarawak di kampung Bayan ini.
Tetapi kami memilih Mira Cake House.
Kedainya nampak happening.
Gambar ihsan Mr Google:-)


Berdekatan kuanters juga disediakan pelbagai sampel kek lapis.
Anda boleh mencuba dahulu sebelum membuat pilihan.
Harga pun berpatutan. 
Gambar ihsan Mr Google



Petang hari Rabu kami berkelah sekejap di D'Cove Pasar Panjang Family Park. 
Kami ditemani oleh adik angkat iaitu Samsul sekeluarga.
Pasangan suami isteri inilah yang bersabar melayani  kerenah kami sepanjang bercuti di Kuching.


Gambar2 D'Cove berikut ihsan dari Mr Google..:-)
Pantainya bersih dan cantikk...
Aku tidak nampak sampah bertaburan..
 tidak seperti kebanyakan family park di pantai barat semenanjung
(sori to say la yea...)


Kedai-kedai pun tersusun dan suasana tamannya pun segar..


Tempat mandi awam dan playground..
kemasukan ke taman ini adalah percuma
cuma perlu jaga kesopanan dan kebersihan ;-)


Kami berkelah sekejap saja. 
Tidak berkesempatan explore semua tempat..
...sebab tidak lama selepas itu hujan pun turun. 
Kami cuma sempat makan. 
Anak2 tidak sempat bermain pasir. 
Si kakak memang frust sangat2..:'(
Apa hendak buat...balik semenanjung nanti kita berkelah di Port Dickson ya..



 
Pada hari terakhir...iaitu hari sabtu
kami  jalan2 ke Tebedu yg terletak berdekatan sempadan Sarawak Kalimantan.
Dalam perjalanan ke sana, 
kami singgah di sebuah mini zoo...


Mini zoo ini diuruskan oleh persendirian.
Keadaan zoo agak terurus dan bersih....
tetapi keadaan binatang2 dalam zoo sungguh kesian. 
Kebanyakannya tidak berteman dan bersendirian...
contohnya buaya ini. Badannya luka dan tidak dirawat. 
Aku tidak pasti bagaimana pembukaan zoo ini boleh diluluskan.



Ini adalah sebahagian kecil suasana di Pasar Tebedu.
Gambar ihsan Mr Google


Pelbagai jenis barang dijual di sini...termasuk kraf tangan.
Gambar ihsan Mr Google



Pasar di Tebedu ini sebenarnya happening.... Penuh dengan lautan manusia dan barang...agak sukar mencari tempat letak kereta. Kebanyakan dah penuh. Sesiapa yg kaki shopping bolehlah singgah di sini. Aku bukan kaki shopping. Juga bukan jenis yg suka window shooping. Tetapi atas maksud sesekali hendak melihat tempat orang...akhirnya kami jejaki kaki di sini.

Di sini...tiada surau. Tiada tempat makanan halal. Kawasan sempadan ini majoriti didiami oleh orang bukan islam. Oleh itu, kena pastikan perut sudah kenyang dan solat sudah dijamak sebelum berlabuh ke sini. Kami menumpang solat di bilik sewa pengerai muslim di situ. Alhamdulillah kewajiban itu dipermudahkan. Mudah2an mak cik pengerai tersebut dimurahkan rezekinya oleh ALLAH SWT.


Selesai saja solat, hujan turun dengan lebatnya..


kesian suami dan anak2 hanya mampu melihat titik2 hujan.


Kami bersegera ke Pasar Satok baru selepas itu. Merasa juga Mee Koloknya yg sedap. Sesiapa yg bercuti ke Kuching memang wajib singgah di sini. Di sinilah pusat terubuk masin.


Pasar Satok Baru
Gambar ihsan Mr Google

Pasar Satok Baru ini menjual pelbagai jenis makanan kering dan basah.


Pengerai ikan terubuk masin
Gambar ihsan Mr Google :-)


 
Kubah Ria Satok.
Terdapat pelbagai jenis kedai di sini termasuk klinik, kedai mainan,
kiosk2 makanan, barang  kraf  tangan dan sebagainya.
Gambar ihsan Mr Google


Jambatan gantung Satok.
Menghubungkan Pekan Satok dengan bandar Kuching
Gambar ihsan Mr Google



Tip bercuti di Kuching:
-Jangan bercuti pada musim hujan-


Terima kasih banyak2 buat adik beradik angkat iaitu kak Ana sekeluarga dan Samsul sekeluarga atas layanan yg sangat baik sepanjang kami bercuti di Kuching. 
InshaAllah ketemu lagi :-)

Masih banyak lagi  tempat menarik di Kuching @ Sarawak yg belum dilawati.


Sila klik Sarawak Tourism Board untuk info lanjut tempat2 percutian menarik di Sarawak.



Ulasan

  1. Menarik percutian Kak Nurul sekeluarga, hotel dah dikira free :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang menarik....tapi banyak tempat menarik tidak dilawati krn faktor cuaca & masa.

      Padam
  2. Senangnya bisa liburan bersama keluarga. Pengalaman yang sangat menyenangkan tentunya.

    BalasPadam

Catat Ulasan

BACAAN POPULAR

Pesanan Buat Semua Pelajarku

Kawan Terbaik Sekolah Menengah

Kod Makanan E471, E472 - Halal atau Haram?

Mahalnya Sumbangan PIBG

BAHAYA POLISTERIN: Tolong Berhati-hati